Banner
Teks Teks Teks Teks
SOALAN LAZIM | PAUTAN | BANTUAN | PETA LAMAN
BAHASA MALAYSIA |  ENGLISH
  • Daftar Baru
1 Malaysia

navigasi
Perkhidmatan
     e-Bayar
     e-Eduloan
     e-Baki
     SPE
     E-Vacancy
     IKM
     UPIM
    MRSM
Tender
     Iklan Tender
    Iklan Sebutharga
Pautan Pantas
     Kejayaan MARA
     UniKL
     KPTM
     GIATMARA
     FITEC
     DDEC
     ASMB
     Muat turun Borang
     Tiket MARA Liner
     e-Kemahiran
     GMI
Pautan Staff
      I-Notes
     MyXchange
     MARAnet
     SKP
     Klinik Panel
     TASKA
Forum
Sertai Perbincangan kami di forum MARA
Laman Sosial
Facebook
Social Networking

SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM : KOLEJ PROFESIONAL MARA

A.        PENGAMBILAN & PENEMPATAN PELAJAR

S1.       Berapa kalikah pengambilan pelajar dibuat setahun?
J1.        2 kali setahun iaitu pengambilan sesi Januari dan sesi Julai

S2.       Bilakah saya boleh menyemak status permohonan saya samada berjaya
            atau gagal?
J2.        2 hingga 3 minggu selepas tarikh permohonan ditutup.

S3.       Bolehkah saya mendaftar  sedangkan saya tidak mengesahkan penerimaan
            tawaran pada tarikh yang ditetapkan seperti yang dikehendaki dalam surat
            tawaran.
J3.       Tidak boleh

 

B.        PENDAFTARAN PELAJAR BARU

S1.       Bolehkah saya tidak mengikuti program orientasi untuk pelajar-pelajar
            baru?
J1.        Tidak boleh. Orientasi untuk pelajar-pelajar baru adalah wajib.

S2.       Bolehkah saya mendaftar jika kelayakan sebenar saya tidak memenuhi
            syarat kemasukan?
J2.       Tidak boleh. Tawaran dengan sendirinya akan batal sekiranya anda tidak
            menepati syarat kemasukan ke KPM. Anda akan dihalang mendaftar
            semasa melapor diri.

S3.       Saya belum menjalani pemeriksaan kesihatan. Bolehkah saya mendaftar?
J3.        Boleh. Tetapi anda perlu menyempurnakan pemeriksaan ini dalam masa 2
            minggu dari tarikh pendaftaran. Walau bagaimana pun MARA berhak
            menarik balik tawaran sekiranya hasil pemeriksaan kesihatan anda didapati
            tidak sihat.

S4.       Apakah kesannya jika saya tidak melapor diri pada tarikh pendaftaran yang
             telah ditetapkan?
J4.        Tawaran akan terbatal.

S5.       Apakah pakaian yang sesuai semasa pendaftaran?
J5.        Pakaian ke kuliah  seperti yang dinyatakan dalam panduan pelajar baru.

S6.       Bolehkah saya membuat pertukaran program atau kolej setelah melapor
            diri?
J6.        Tidak boleh. Sebarang pertukaran program atau kolej tidak dibenarkan.

S7.       Jika saya tidak melapor diri di kolej, adakah wang pengesahan penerimaan
            tawaran dikembalikan?
J7.        Tidak.

 

C.        KEBAJIKAN, KEMUDAHAN DISEDIAKAN
 
S1.       Bolehkah saya memohon pinjaman MARA bagi membiayai pengajian di
            KPM?
J1.        Tidak perlu. KPM adalah kolej bantuan penuh Kerajaan di mana yuran
            pengajian telah dibiayai oleh MARA. Pelajar hanya perlu membayar wang
            pendaftaran, buku teks dan lain-lain pembayaran keperluan pengajian di
            KPM.
S2.       Siapakah yang layak menerima elaun pelatih?
J2.        Semua pelajar yang mematuhi syarat yang berkuatkuasa.

S3.       Adakah saya layak tinggal di asrama?
J3.        Ya. Semua pelajar baru diwajibkan tinggal di asrama. Semua pelajar tahun 
            1(semester 1 & 2 ) diberi kemudahan tinggal di asrama. Lain-lain pelajar
             bergantung   kepada kekosongan dan syarat yang ditetapkan.

S4.       Adakah makan minum pelajar disediakan oleh kolej?
J4.        Tidak. Walau bagaimana pun, terdapat kemudahan kafeteria di setiap kolej.

S5.       Siapakah yang akan membayar sewa penginapan pelajar yang tinggal di luar
            asrama?
J5.        Sewa penginapan adalah tanggungan pelajar.

S6.       Adakah pelajar baru boleh membawa kenderaan sendiri?
J6.        Tidak boleh

 

D.        PROGRAM PENGAJIAN

S1.       Kemanakah halatuju pelajar yang tamat pengajian?
J1.        Pelajar boleh menyambung pengajian ke IPTA dan IPTS

S2.       Adakah kesemua  program pengajian di KPM mendapat pengiktirafan
            JPA?
J2.       Kesemua program yang telah cukup tempoh pengajian telah mendapat
            akreditasi   MQA dan pengiktirafan JPA. Kursus-kursus baru adalah dalam
            proses untuk mendapatkannya.

S3.      Sekiranya saya menyambung pengajian ke peringkat ijazah, di IPTA/IPTS,
           adakah IPTA/IPTS ini memberi pemindahan kredit?
J3.       Bergantung kepada IPTA/IPTS serta program ijazah yang diikuti dan juga
           gred  subjek berkaitan yang diperolehi semasa di KPM.

S4.      Adakah pihak MARA akan memberi kemudahan pinjaman bagi mengikuti
            pengajian di peringkat ijazah di IPTA/IPTS?
J4.        *Tertakluk kepada kursus serta syarat yang ditentukan oleh MARA iaitu di
               institusi seperti  berikut:-

  1. Institusi Pendidikan MARA (IPMa): KPTM, UniKL dan GMI
  2. IPTS yang berdaftar dengan MARA

*Syarat-syarat dan program yang ditaja adalah tertakluk kepada pindaan dari masa kesemasa yang boleh diperolehi dari Bahgian Penganjuran Pelajaran MARA.

S5.      Adakah pelajar KPM dikehendaki menjalani latihan industri?
J5.       Latihan industri diwajibkan bagi semua program di peringkat Diploma
            sahaja.

S6.      Apakah yang dimaksudkan dengan Program Intensif Persediaan (PIP)?
J6.       PIP adalah program jangka pendek (5 bulan) untuk pelajar-pelajar yang
            tidak memenuhi kelayakan akademik untuk mengikuti program Diploma dan
            Higher National Diploma (HND).

 

Soalan Lazim - GMI

  1. Adakah GMI merupakan salah sebuah kolej di bawah UniKL?

    Tidak. GMI ialah sebuah Institut Pengajian Tinggi MARA (IPMa) yang beroperasi secara berasingan daripada UniKL.

 

  1. Apakah kelebihan menyambung pengajian di GMI berbanding institusi lain?

    Banyak kelebihannya. Antaranya ialah, GMI menggunakan pendekatan hands-on training berasaskan teknologi Jerman dalam sistem pembelajarannya dengan dibantu oleh mesin dan peralatan yang sofostikated dan terkini. Pelajar-pelajar juga dibahagikan kepada kumpulan yang kecil dalam sesebuah kelas untuk penumpuan yang khusus. Kemudahan asrama dan kompleks sukan adalah tersedia untuk kegunaan semua pelajar. Selain itu, pelajar lepasan GMI juga diterima baik oleh pihak insdustri.

 

  1. Di manakah boleh saya melanjutkan pelajaran selepas tamat pengajian di GMI?

    Pelajar lepasan GMI boleh melanjutkan pelajaran di hampir kesemua universiti/institusi tempatan atau luar negara.

 

Soalan Lazim - KKTM

  1. Bila boleh memohon?
  2. Bermula daripada iklan disiarkan di akhbar iaitu dalam bulan Mac dan September setiap tahun.

 

  1. Berapa kali pengambilan dalam setahun?
  2. 2 kali setahun iaitu pada Sesi Januari dan Sesi Julai setiap tahun
  1. Syarat-syarat kelayakan?

 

SYARAT KEMASUKAN

    1. Am
      1. Calon mestilah Warganegara Malaysia
      2. Calon mestilah bertaraf Bumiputera
      3. Calon mestilah berumur antara 17 hingga 45 tahun
      4. Calon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ATAU Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV)
      5. Berbadan sihat dan tidak cacat anggota
    2. Khusus
      1. Calon-calon mestilah mempunyai kelayakan akademik yang telah ditetapkan bagi mengikuti setiap latihan kemahiran di IKM/KKTM. Sila rujuk Syarat Kelayakan.

 

  1. Apakah jenis-jenis kursus yang ada di IKM dan KKTM?
  2. Program Perdana
    1. Sijil Kejuruteraan
    2. Sijil Teknologi
    3. Diploma Kejuruteraan
    4. Diploma Teknologi
  3. Program Pengajian Berterusan

i.  Konsep Pengajian Sepanjang Hayat

      1. Program Life-long Learning (2L) : 23 program (Remaja)
      2. Program Pengukuhan : 2 program (Graduan, Pekerja)

ii. Program Persediaan

      1. Titian 1 (GIATMARA - IKM)
      2. Titian 1A (TAHFIZ - IKM)
      3. Titian 1C (ABM - IKM)
  1. Jangkamasa kursus?

Bagi program Sijil tempoh pengajian adalah selama 2 (4 semester) – 3 tahun (6 semester) bergantung kepada kursus. Bagi program Diploma tempoh pengajian adalah selama 3 tahun (6 semester).

  1. Apakah cara permohonan?
  2. Sijil              
    1. Borang boleh dibeli dimana-mana Pejabat MARA Negeri atau Daerah dan IKM atau KKTM yang berdekatan
    2. Online dengan melayari laman web :

http://online.mara.gov.my/ikmonline/

  1. Diploma
    1. Online dengan melayari laman web : http://online.mara.gov.my/upimonline/
  1. Dimanakah IKM atau KKTM?
  2. IKM dan KKTM terdapat di seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak mengikut kursus-kursus yang ditawarkan

 

  1. Apakah had umur bagi menyertai IKM dan KKTM?
  2. 17 hingga 45 tahun
  1. Adakah kursus yang ditawarkan sepenuh masa atau separuh masa?
  2. Sepenuh masa sahaja

 

  1. Apakah peluang melanjutkan pelajaran daripada peringkat sijil?
  2. KKTM
  3. UNIKL
  4. IPTA
  1. Berapakah bayaran yuran yang dikenakan?

a)     Yuran yang dikenakan hanyalah yuran pendaftaran

    1. RM 450.00 (pendaftaran)
    2. RM 350.00 (keperluan lain yang perlu dibeli pada hari lapor diri)

b)     Yuran pengajian bagi sepanjang tempoh pengajian adalah percuma.

  1. Adakah yuran semester atau yuran pengajian akan dikenakan?
  2. Ditanggung sepenuhnya oleh MARA dan elaun disediakan bagi yang berkelayakan.

 

  1. Adakah asrama disediakan?
  2. Kemudahan asrama disediakan dan tertakluk kepada IKM
  1. Berapakah jumlah elaun yang diberikan?
  2. Bagi program Sijil - RM 210.00
  3. Bagi program Diploma - RM 265.00

 

  1. Apakah kelayakan bagi mendapat elaun?

       Pendapatan bercukai ibubapa kurang daripada RM40,000 setahun

  1. Jika tolak tawaran, adakah akan disenarai hitamkan?
  2. Tidak

 

  1. Bagaimana untuk membuat semakan status permohonan?
  2. Laman web www.mara.gov .my
  3. Telefon terus ke pejabat MARA sekiranya tiada jawapan dalam tempoh 3 bulan atau anda tidak berjaya
  1. Adakah penangguhan atau pertukaran dibenarkan?
  2. Sebarang permohonan Penangguhan atau Pertukaran surat rasmi permohonan boleh dihantar terus ke Urusan Pelatih
  3. Kebenaran adalah tertakluk kepada kekosongan tempat

 

  1. Adakah pelatih dikenakan memakai pakaian rasmi di IKM dan KKTM?
  2. Pelatih diwajibkan memakai pakaian seragam mengikut IKM atau KKTM berkenaan

 

  1. Adakah kemudahan makanan disediakan?
  2. Makanan disediakan tetapi bayaran akan ditolak daripada elaun pelatih
  1. Adakah perlu buat pinjaman untuk peringkat diploma?
  2. Tidak perlu kerana yuran pengajian adalah ditanggung oleh MARA

 

  1. Bagi pelajar IKM – MIAT (Sijil Perakuan Teknologi Penyelenggaraan Pesawat Udara), adakah elaun diberi?
  2. Tidak tetapi boleh mendapatkan pinjaman daripada Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.
    • Tiket penerbangan pelajar Sabah atau Sarawak ke semenanjung?
    • Perbelanjaan perjalanan akan dibiayai oleh MARA untuk perjalanan pergi (pendaftaran) dan perjalanan balik (tamat belajar) sahaja.

     

    FAQ
    UNIVERSITI KUALA LUMPUR

    1. Bilakah semakan permohonan boleh dibuat dan bagaimanakah caranya?

    Semakan permohonan boleh dibuat sebulan selepas tarikh permohonan melalui laman web ataupun hubungi terus ke kampus pilihan pertama.

     

    1. Sekiranya permohonan saya tak berjaya, boleh kah saya membuat rayuan.

    Sekiranya permohonan anda tidak berjaya, rayuan hanya boleh dibuat sekiranya masih ada kekosongan tempat untuk program yang dimohon itu dan juga memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan. Rayuan boleh dibuat terus ke kampus program yang dimohon.

     

    1. Sekiranya saya telah ditawarkan dan ingin membuat pertukaran program, adakah ia dibolehkan?

    Sekiranya anda telah ditawarkan dan ingin membuat pertukaran program yang telah ditawarkan itu, ia perlulah memohon secara bertulis ke Bahagian Hal Ehwal Akademik, Chancellery sebelum hari pendaftaran. Permohonan akan dipertimbangkan sekiranya masih ada kekosongan untuk program yang dimohon itu dan juga memenuhi syarat akademik program yang dimohon.

     

    1. Sekiranya saya telah berjaya tetapi surat tawaran tidak lagi diterima, apa yang harus saya lakukan?

    Surat tawaran akan diposkan kepada pihak anda sekiranya permohonan anda berjaya. Dan sekiranya anda tidak menerima surat tawaran sehingga hari pendaftaran, anda boleh mencetak surat tawaran daripada laman web dan ia boleh digunapakai semasa hari pendaftaran. Surat tawaran yang sebenar akan diberikan selepas hari pendaftaran.Sila hubungi pihak kampus yang menawarkan untuk pengesahan tawaran.

     

    1. Sekiranya saya telah ditawarkan dan ingin membuat penangguhan kemasukan, bagaimanakah caranya?

    Permohonan penangguhan kemasukan boleh dibuat secara bertulis ke kampus yang menawarkan program. Penangguhan hanya boleh dibuat setelah bayaran yuran penerimaan tawaran (RM250) telah dijelaskan.

     

     SOALAN LAZIM : KOLEJ POLY-TECH MARA

    A.        PENGAMBILAN & PENEMPATAN PELAJAR
    S1.      Berapa kalikah pengambilan pelajar dibuat setahun?
    J1.       2 kali setahun iaitu pengambilan sesi Disember/Januari dan sesi Julai

    S2.      Bagaimanakah cara untuk memohon ke KPTM?
    J2.       Pemohon boleh memohon melalui 3 cara :

    • Secara atas talian di laman web rasmi KPTM (www.kptm.edu.my)
    • Menggunakan borang permohonan kolej
    • Memohon semasa pendaftaran terbuka yang akan diadakan oleh pihak kolej.

    S3.      Apakah bidang yang ditawarkan oleh KPTM?
    J3.       KPTM menawarkan bidang :

    • Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan
    • Hospitaliti dan Pelancongan
    • Komunikasi dan Bahasa
    • Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
    • Sains dan Sains Kesihatan
    • Kejuruteraan

    S4.    Apakah syarat kelayakan untuk mengikuti pengajian di KPTM?
    J4.     Syarat kelayakan dan maklumat program, boleh diperolehi di laman
              web rasmi KPTM di www.kptm.edu.my

    * Syarat-syarat dan maklumat  program yang ditawarkan adalah tertakluk kepada pindaan dari masa kesemasa.
               
    S5.   Bilakah saya boleh menyemak status permohonan saya samada
             berjaya atau gagal?
    J5.    1 hingga 2 minggu selepas tarikh permohonan ditutup.

    S6.  Bolehkah saya mendaftar  sedangkan saya tidak mengesahkan
           penerimaan tawaran pada tarikh yang ditetapkan seperti yang dikehendaki
           dalam surat tawaran.
    J6.  Tidak boleh

     

    B.        PENDAFTARAN PELAJAR BARU

    S1.       Bolehkah saya tidak mengikuti program orientasi untuk pelajar-pelajar
                baru?
    J1.        Tidak boleh. Orientasi untuk pelajar-pelajar baru adalah wajib.

    S2.       Bolehkah saya mendaftar jika kelayakan sebenar saya tidak memenuhi
                syarat kemasukan?
    J2.       Tidak boleh. Tawaran dengan sendirinya akan terbatal sekiranya anda
                tidak menepati syarat kemasukan ke KPTM.
    S3.       Saya belum menjalani pemeriksaan kesihatan. Bolehkah saya 
                mendaftar?
    J3.       Boleh. Tetapi anda perlu menyempurnakan pemeriksaan ini dalam
                masa 2 minggu dari tarikh pendaftaran. Walau bagaimana pun Pihak
                KPTM berhak menarik balik tawaran sekiranya hasil pemeriksaan
                kesihatan anda didapati tidak sihat.

    S4.      Apakah kesannya jika saya tidak melapor diri pada tarikh pendaftaran
                yang telah ditetapkan?
    J4.       Tawaran akan terbatal.

    S5.      Apakah pakaian yang sesuai semasa pendaftaran?
    J5.       Pakaian ke kuliah  seperti yang dinyatakan dalam buku panduan
                pelajar baru.

    S6.      Bolehkah saya membuat pertukaran program atau kolej setelah
               melapor diri?
    J6.      Boleh. Walaubagaimanapun bergantung kepada syarat kelayakan untuk
               program tersebut dan kekosongan tempat serta atas kelulusan pihak
               kolej.

    S7.     Jika saya tidak melapor diri di kolej, adakah wang pengesahan
              penerimaan tawaran dikembalikan?
    J7.     Tidak.

     

    C.        KEBAJIKAN, KEMUDAHAN DISEDIAKAN
     
    S1.     Bolehkah saya memohon pinjaman MARA bagi membiayai pengajian
              di KPTM?
    J1.     Boleh. Bergantung kepada kursus serta syarat yang telah ditetapkan oleh
              pihak MARA. Ia juga bergantung kepada kelulusan oleh pihak MARA.
    * Syarat-syarat dan program yang ditaja adalah tertakluk kepada pindaan dari masa kesemasa yang boleh diperolehi dari Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.
     
    S2.     Bagaimana jika saya tidak memenuhi syarat kelayakan untuk Pinjaman
              MARA ?
    J2.      Pelajar boleh memohon pinjaman dari pihak lain seperti Perbadanan
              Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

    S3.      Adakah saya layak tinggal di asrama?
    J3.      Ya. Semua pelajar baru diwajibkan tinggal di asrama. Semua pelajar
               tahun 1 (semester 1 & 2 ) diberi kemudahan tinggal di asrama.
               Lain-lain pelajar bergantung   kepada kekosongan dan syarat yang
               ditetapkan.

    S4.      Adakah penginapan di asrama dikenakan bayaran?
    J4.       Ya. Sewa penginapan adalah tanggungan pelajar.

    S5.       Adakah makan minum pelajar disediakan oleh kolej?
    J5.        Tidak. Walau bagaimana pun, terdapat kemudahan kafeteria di setiap
                 kolej.

    S6.      Adakah pelajar baru boleh membawa kenderaan sendiri?
    J6.       Boleh. Namun begitu perlu mendapat kelulusan pihak kolej untuk
                penggunaan di dalam kampus.


    D.        PROGRAM PENGAJIAN

    S1.       Kemanakah halatuju pelajar yang tamat pengajian?
    J1.        Pelajar boleh memohon pekerjaan di sektor awam dan swasta.

    Pelajar juga boleh menyambung pengajian ke IPTA dan IPTS

    S2.      Adakah kesemua  program pengajian di KPTM mendapat
               pengiktirafan JPA?
    J2.      Kesemua program yang telah cukup tempoh pengajian telah mendapat
              akreditasi MQA dan pengiktirafan JPA. Kursus-kursus baru adalah
              dalam proses untuk mendapatkannya.

    S3.     Sekiranya saya menyambung pengajian ke peringkat ijazah, di
              IPTA/IPTS, adakah IPTA/IPTS tersebut akan  memberi pemindahan
              kredit?
    J3.     Bergantung kepada IPTA/IPTS serta program ijazah yang diikuti dan
             juga gred subjek berkaitan yang diperolehi semasa di KPTM.