Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
LAMAN UTAMA » Info MARA » Profil » Organisasi & Operasi Pengurusan

ORGANISASI

MARA, sebuah badan autonomi bertanggungjawab kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Ahli-ahli Majlis MARA terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan sembilan orang anggota lain, tiga daripada mereka adalah kakitangan awam. Semua Ahli Majlis dilantik oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Ketua Eksekutif ialah Ketua Pengarah dan beliau dibantu oleh dua orang Timbalan Ketua Pengarah. Bahagian-bahagian yang diterajui oleh Pengarah dan Unit-unit di bawah kawalan Ketua Unit melaksanakan fungsi-fungsi MARA pada peringkat Ibu Pejabat dan disokong oleh 14 Pejabat MARA Negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan,  dan pejabat-pejabat MARA Daerah. MARA juga beroperasi di London dan Washington D.C.  serta mempunyai organisasi sekutu di Asia Timur, Eropah, Afrika dan Amerika Utara. 

 

OPERASI PENGURUSAN

Operasi MARA dijalankan melalui pusat operasi di seluruh negeri dan luar negara.  Pusat-pusat operasi ini merangkumi:

  • Ibu Pejabat
  • Pejabat MARA Negeri
  • Pejabat MARA Daerah
  • MRSM
  • Kolej MARA
  • GIATMARA
  • IKM
  • Institut Kemahiran Tertinggi MARA
  • Institut Infotech MARA
  • Kenderaan Bas MARA
  • Pejabat MARA Luar Negara
  • Kolej Profesional MARA

 


kklw myGoverment msc ekl

Tourism Malaysia mampupemudahiim