KAEDAH DAN KONSEP
Kandungan Jurnal
KAEDAH / KONSEP
|
1. AL BAI - BITHAMAN AJIL |
Maksud : Jualan dengan harga tangguh. Pembiayaan boleh digunakan untuk semua tujuan yang berkaitan dengan perniagaan seperti membeli harta tetap, keperluan modal kerja, belanja mengurus dan jaminan bank. (Bank Guarantee) |
2. AL – MURABAHAH |
Maksud : Jualan dengan tambah untung. Digunakan untuk membiayai pembelian bahan mentah, barang-barang separuh siap, barang-barang siap dan kelengkapan alat ganti. |
3. AL – IJARAH |
Maksud : Pajakan atau sewaan. Pelanggan yang memerlukan peralatan loji, mesin, kenderaan atau aset mudah alih boleh menyewa peralatan tersebut daripada MARA. Setelah bayaran sewa diselesaikan, peralatan berkenaan dipindahmilik kepada pelanggan. |
4. BAI AL – INAH |
Maksud : Menjual sesuatu barangan dengan harga tangguh kepada pembeli. Konsep ini khusus bagi kegunaan belanja mengurus (overhead) sahaja seperti membayar gaji, sewa premis, elektrik dan air. |
5. AL - QARDHUL HASAN |
Konsep ini merupakan pinjaman ikhlas atau pinjaman yang tidak melibatkan faedah atau syarat tambahan pada saat pengembalian pinjaman. Konsep ini digunapakai dalam Skim Pembiayaan Perniagaan Kepada Orang Kelainan Upaya (OKU). |