BAHAGIAN PEMANTAUAN DAN INSPEKTORAT BAHAGIAN PEMANTAUAN DAN INSPEKTORAT

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

 

 

Pengenalan

Unit Naziran dan Kualiti Pendidikan MARA (UNQ) ditubuhkan pada 15 September 2004 melalui Pekeliling AM 7/2004 bertarikh 13 September 2004. Operasinya bermula pada 11 Oktober 2004 dengan seorang Ketua Unit, lima (5) orang Nazir dan seorang Pembantu Tadbir.

Pada 14 November 2011, UNQ telah dinaik taraf kepada Bahagian Pemantauan dan Inspektorat MARA (BPIN) bagi mengawalselia dan memantau keseluruhan operasi pusat MARA.

Objektif

Memastikan peningkatan kualiti pengurusan pusat-pusat MARA & kompetensi warga kerja MARA selaras dengan dasar, peraturan, etika perkhidmatan & piawaian yang ditetapkan.

Strategi
  1. Memperkasakan Pemantauan
    • Mewujudkan Instrumen Pemantauan
    • Membuat Pemantapan Instrumen
    • Menjalankan Pemantauan & Intervensi
    • Memantau Pelaksanaan 5S
  2. Menilai Kualiti Projek & Program MARA
    • Menjalinkan Hubungan Strategik Bagi Tujuan Penanda Aras
    • Menguatkuasa Penilaian Kendiri
    • Membuat Verifikasi Penilaian Kendiri SPMa
    • Mengadakan Penyelidikan & Inovasi
  3. Pembangunan Profesionalisme
    • Menghadiri Bengkel / Kursus / Taklimat Warga BPIN
    • Mencadangkan Bengkel / Kursus / Taklimat Yang Berkaitan Hasil Dapatan Pemantauan

Fungsi

CAWANGAN PEMANTAUAN PENDIDIKAN

  1. Memastikan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) memenuhi piawaian kualiti pendidikan MARA.
  2. Memastikan kecekapan pengurusan pentadbiran IPMa di tahap piawaian yang ditentukan.
  3. Memastikan pematuhan Etika Perguruan menjadi amalan Pendidik MARA (PM) di IPMa.
  4. Mengesahkan kriteria dan standard yang digunakan oleh IPMa memenuhi kelayakan penganugerahan sijil setaraf.
  5. Merancang, melaksanakan dan menyelaras program atau kursus yang berkaitan dengan peningkatkan kualiti pendidikan, pengurusan dan pentadbiran di IPMa.
  6. Memastikan IPMa melaksanakan program selaras dengan perancangan strategik MARA.
  7. Memastikan Pengurusan IPMa mematuhi Standard Pendidikan MARA (SPMa).
  8. Memastikan setiap aduan yang diterima berkaitan IPMa diambil tindakan.
  9. Memastikan pelaksanaan program ke arah kemenjadian pelajar (minda, jasmani, rohani, emosi dan sahsiah) dijalankan sepenuhnya di IPMa.
  10. Memberi cadangan penambahbaikan program yang dilaksanakan di IPMa
  11. Memantau dan memastikan pelaksanaan arahan dari pihak atasan oleh IPMa
  12. Mengumpul data dan maklumat, dokumentasi, pelaporan dan mengenalpasti penanda aras untuk kualiti pendidikan.
  13. Menerap dan membudayakan amalan-amalan terbaik pentadbiran dan industri dalam pengoperasian IPMa.

 

Halaman: 1  2