DATO SERI ABDUL WAHID OMAR DATO SERI ABDUL WAHID OMAR

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

 

"Tanpa bantuan daripada MARA, saya rasa, saya tidak akan (dapat mencapai) seperti hari ini. Saya amat terhutang budi dengan MARA. Saya dapat peluang untuk bersekolah di MRSM Seremban yang memiliki kemudahan yang selesa dan lengkap, guru-guru yang berkaliber dan sistem pembelajaran yang sempurna. "

"Saya kemudiannya ditawarkan biasiswa daripada MARA untuk menyambung pelajaran di bidang perakaunan di United Kingdom."

"(Seperti saya) MARA menawarkan peluang kepada anak-anak Melayu dan Bumiputera untuk belajar di sekolah berasrama penuh yang baik dan membantu mereka untuk berjaya di dalam pelajaran dan kehidupan."

"Hari ini ramai bekas pelajar MRSM dan pelajar tajaan MARA di peringkat institusi pengajian tinggi berjaya menjadi tokoh korporat terkemuka, ahli perniagaan yang berjaya serta memegang jawatan penting di dalam kerajaan mahupun sektor swasta."

DATO' SERI ABDUL WAHID OMAR -
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank (Malayan Banking Bhd.)