|
|
|
| Audit
dalam merupakan satu fungsi bebas, yang memberi kepastian dan khidmat
perundingan secara objektif untuk menambah nilai dan mempertingkatkan tahap
operasi organisasi. |
| Objektif
Bahagian Audit Dalam adalah untuk membantu sesebuah organisasi mencapai
matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai
dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus. |
| Bahagian
Audit Dalam bertanggungjawab bagi menjalankan: |
- Audit Pengurusan Kewangan (Audit Kewangan) yang
merangkumi pemeriksaan terhadap sistem kewangan, kawalan dalaman dan
rekod kewangan untuk menentukan sama ada perbelanjaan, hasil, aset dan
stor telah diurus mengikut undang-undang, peraturan dan arahan yang
berkaitan.
|
- Audit Prestasi (Audit Pengurusan) yang
merangkumi penilaian terhadap aktiviti sesebuah organisasi untuk
menentukan matlamatnya telah dicapai dan sumber digunakan secara
berhemat, cekap dan berkesan.
|
|
| Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1979 telah berkuat kuasa mulai 15 Ogos 1979.
Tujuan Pekeliling ini ialah untuk mengumumkan pelaksanaan Audit Dalam di
agensi–agensi Kerajaan Persekutuan dan juga untuk memberi fahaman secara am
mengenai tujuan, jenis dan skop Audit Dalam. Pekeliling ini juga menjelaskan
konsep Audit Kewangan dan Audit Pengurusan. |
| Sejak
itu, pelbagai perkembangan telah berlaku dalam bidang audit dalam,
terutamanya perubahan dalam peranan audit dalam, di mana audit dalam selain
bertanggungjawab memberi kepastian, dikehendaki juga memberi khidmat
perundingan dan menambah nilai kepada organisasinya. |
| Sehubungan
itu, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2004, no. rujukan BNPK
(8.15)96/2/5-4(156) bertarikh 12 Oktober 2004 disediakan untuk memantapkan
lagi pelaksanaan audit dalam di Kementerian dan Jabatan Persekutuan serta
Kerajaan Negeri. |
| Berikut
adalah kronologi penubuhan Bahagian Audit Dalam dan Pengurusan MARA (ADP); |
|
|
Tarikh
|
Catatan
|
Melapor kepada
|
|
01.07.1979
|
Penubuhan Unit Audit Dalam
|
Pengarah Bahagian Kewangan & Akaun MARA
|
|
1985
|
Dipindahkan ke bawah Jabatan Ketua Pengarah
|
Ketua Pengarah
|
|
1996
|
Bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Audit MARA
|
Jawatankuasa Audit MARA
|
|
16.06.2003
|
Naik taraf kepada Bahagian Audit Dalam & Pengurusan
|
Jawatankuasa Audit MARA
|
|
|