| PENDAHULUAN |
| |
| Bantuan
kewangan dalam bentuk pinjaman pelajaran merupakan salah satu daripada
aktiviti utama MARA di bawah Sektor Pendidikan. Bantuan ini ditawarkan
kepada pelajar bumiputera yang berkelayakan dan berpotensi melanjutkan
pengajian di Institusi Pengajian Tinggi. Bahagian yang bertanggungjawab
melaksanakan aktiviti ini ialah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA. |
| |
| OBJEKTIF |
| |
| Menambah
gunatenaga terlatih bumiputera dalam bidang profesional, teknikal
dan pengurusan melalui penyediaan kemudahan pembiayaan untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat tinggi di dalam dan di luar negara. |
DASAR
TAJAAN
| 1. |
Matlamat
tajaan adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi
dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk
mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang
Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan
serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke
semasa.
|
| 2.
|
Kadar
bantuan pinjaman pelajaran MARA ditentukan berasaskan kepada syarat-syarat
yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tertakluk
kepada keadaan peruntukan kewangan MARA. |
| 3.
|
Tajaan pelajaran MARA adalah khusus
untuk calon-calon bumiputera sahaja selaras dengan Akta Majlis
Amanah Rakyat 1966.
|
SYARAT AM BANTUAN PINJAMAN PELAJARAN MARA
Calon mestilah Melayu / bumiputera
warganegara Malaysia
| 1. |
Tidak
pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana
penaja atas sebab tindakan disiplin. |
| 2. |
Tidak
pernah dianjur oleh mana-mana penaja lain di peringkat yang sama
kecuali untuk kursus-kursus kritikal dan profesional atas keperluan
semasa . |
| 3. |
Mendapat
pelepasan kontrak / penangguhan bayaran balik jika pernah ditaja
oleh badan lain untuk pengajian sebelumnya. |
| 4. |
Mesti
mendapat cuti belajar tanpa gaji / pelepasan jawatan / kebenaran
bertulis daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat. |
| 5. |
Diperakui
sihat dan normal oleh doktor yang bertauliah. |
| 6. |
Pengajian
sepenuh masa dalam dan luar negara. |
| 7. |
Umur
yang ditetapkan bagi setiap program yang dipohon :
| |
Dalam
Negara |
Luar
Negara |
| •
Diploma |
tidak
melebihi 35 tahun |
- |
| •
Ijazah |
tidak
melebihi 40 tahun |
30 |
| •
Sarjana |
tidak
melebihi 45 tahun |
35 |
| •
PhD |
tidak
melebihi 45 tahun |
40 |
|
| 8. |
Memenuhi
syarat Status Sosio Ekonomi Keluarga seperti yang ditetapkan. |
PROGRAM-PROGRAM YANG DITAJA
1. SKIM PELAJAR CEMERLANG (SPC)
A. PROGRAM LEPASAN SPM
Program ini disediakan khusus untuk pelajar-pelajar yang mencapai keputusan
cemerlang dalam peperiksaan SPM.
| a. |
Program
Persediaan Universiti Luar Negara (Pengajian ke Luar Negara) |
| |
• |
Program
ini dijalankan sepenuhnya di dalam negara. Pelajar-pelajar yang
menamatkan program ini dengan cemerlang dan memenuhi syarat yang
ditetapkan akan meneruskan pengajian peringkat ijazah pertama di
universiti terkemuka di luar negara.
* Program ini hanya diiklankan dalam akhbar-akhbar tempatan biasanya
sebulan sebelum keputusan SPM diumumkan (tertakluk kepada pindaan). |
| |
• |
Program-program
yang disediakan adalah seperti berikut (tertakluk kepada pindaan)
: |
| |
|
| PROGRAM |
TEMPOH
PENGAJIAN |
| American
Degree Foundation Programme |
14
bulan |
| A
– Level |
1.5
– 2.0 tahun |
| A-Level
German |
2.5
tahun |
| Diploma
International Baccalaurete (IB) |
2.0
tahun |
| Perubatan
Russia |
3
– 6 bulan |
| Perubatan
Indonesia |
1.0
tahun |
| Kejuruteraan
Peranchis |
1.5
tahun |
| Australian
Matriculation (AUSMAT) |
1.5
tahun |
|
| b.
|
Program
Persediaan Universiti Luar Negara (Pengajian Dalam Negara) |
| |
• |
Pelajar-pelajar
yang menamatkan program ini dengan cemerlang dan memenuhi syarat
yang ditetapkan akan meneruskan pengajian sepenuhnya di institusi
yang dikenalpasti di Malaysia.
*Program ini hanya diiklankan dalam akhbar-akhbar
tempatan biasanya sebulan sebelum keputusan SPM diumumkan (tertakluk
kepada pindaan). |
| |
|
|
| |
|
|
B. PROGRAM PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN
TINGGI TERKEMUKA LUAR NEGARA.
| i. |
Program
Ijazah Pertama bagi calon lepasan Matrikulasi / Diploma |
| ii.
|
Program
Profesional bagi calon lepasan Diploma / Ijazah Pertama |
| iii.
|
Program
Sarjana bagi calon lepasan Ijazah Pertama |
| iv |
Program
Ijazah Doktor Falsafah bagi calon lepasan Sarjana |
| *
Program ini hanya diiklankan dalam akhbar-akhbar tempatan pada setiap
hujung tahun bagi kemasukan sesi tahun hadapannya (tertakluk kepada
pindaan). Walaubagaimanapun, pertimbangan tajaan adalah tertakluk
kepada peruntukan semasa dan dasar terkini MARA. |
2. SKIM PEMBIAYAAN TERBUKA (SPT)
A. PROGRAM PERSEDIAAN UNIKL
B. PROGRAM DIPLOMA
| i.
|
Diploma
Teknikal/ICT di IPMa seperti German Malaysian Institute (GMI),UniKL
(BMI, MFI, MIAT, MIMET, MICET, MSI, IIM) dan Kolej Poly Tech MARA
(KPTM). |
| ii. |
Diploma
Usahasama IPTA di KPTM dan IPTS yang berdaftar dengan MARA. |
| iii. |
Diploma
di IPTS lain yang berdaftar dengan MARA dan program yang mendapat
Sijil Akreditasi Penuh LAN. |
C. PROGRAM IJAZAH PERTAMA
| i.
|
Ijazah
Pertama di IPMa |
| ii. |
Program
Kerjasama / Francais IPTA di IPMa dan IPTS yang berdaftar dengan
MARA. |
| iii. |
Program
Berkembar Universiti Luar Negara 3 + 0 di IPTS yang berdaftar dengan
MARA. |
D. PROGRAM PROFESIONAL
| i.
|
Perakaunan
– CA / ACCA / CIMA / ICAEW dan lain-lain |
| ii. |
Institute
Of Chartered Secretaries & Administrators (ICSA) |
| iii. |
Chartered
Institute Of Transport (CIT) |
| iv. |
Chartered
Institute Of Insurance (CII) |
| v. |
Chartered Institute Of Logistics |
| vi.
|
Certified Financial Planner |
| vii. |
Senibina
Bahagian II |
| viii.
|
Bidang-bidang
lain yang diiktiraf oleh Badan-badan Profesional |
E. PROGRAM IJAZAH SARJANA/TERTINGGI
Tajaan
bagi program ini adalah tertakluk kepada bidang/kursus yang diutamakan
serta memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA,
serta mendapat tawaran masuk ke Universiti berkaitan. Walaubagaimanapun,
pertimbangan tajaan adalah tertakluk kepada peruntukan semasa dan
dasar terkini
MARA. |
| |
|
F. PROGRAM KEPAKARAN PERUBATAN/PERGIGIAN DAN LAIN-LAIN.
|
Tajaan bagi program ini adalah tertakluk kepada bidang-bidang kepakaran
yang diutamakan serta memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan
oleh MARA, serta mendapat tawaran masuk ke Universiti berkaitan.
Walaubagaimanapun, pertimbangan tajaan adalah tertakluk kepada peruntukan
semasa dan dasar terkini MARA. |
|
| |
| NOTA
: |
| PERTIMBANGAN
TAJAAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUNTUKAN SEMASA DAN DASAR TERKINI
MARA |
|