PERATURAN
KEMASUKAN KE MRSM
| TINGKATAN
SATU
|
Syarat
Kemasukan
|
|
| Cara
Memohon
|
Pemohon hendaklah datang ke Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan borang permohonan pada hari keputusan UPSR diumumkan secara rasmi di seluruh negara. Pemohon hendaklah membawa salinan Surat Beranak serta Keputusan Peperiksaan UPSR yang telah disahkan semasa membeli borang. Bayaran adalah sebanyak RM 5.00 (RM: Lima Ringgit) tunai atau kiriman wang hendaklah dibuat dalam bentuk wang pos berpalang atas nama Majlis Amanah Rakyat [MARA]. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah
dikembalikan ke alamat seperti berikut :-
Tarikh tutup permohonan ialah 10 hari selepas keputusan UPSR diumumkan secara rasmi. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi.
sekiranya tiada jawapan diterima sehingga 30 April pada tahun ini,
permohonan dianggap tidak berjaya. |
|
|
EMPAT
|
Syarat Kemasukan
|
Pelajar Bumiputera Tingkatan Tiga di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dan Pelajar Bukan Bumiputera Tingkatan Tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia. Mendapat sekurang-kurang 6A 2B(A dalam Sains dan Matematik) dan tiada gred C, D atau E dalam subjek teras dalam PMR. Markah yang tinggi dalam UKKM. Pelajar perlu mengisi borang permohonan dan menduduki Ujian Kecenderungan Ke MRSM(UKKM) sebagai prasyarat Kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM. Pelajar yang menuntut di sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan (SBP, SBPI) dan SMKA di bawah (JAPIM) Kementerian Pelajaran tidak layak memohon. |
| Cara
Memohon
|
Pemohon yang mendapat sekurang-kurangnya C dalam subjek Matematik dan Sains dalam peperiksaan Semester 1, Tingkatan 3 hendaklah datang ke Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan borang permohonan semasa penjualan borang. Pemohon hendaklah membawa salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak serta Keputusan Peperiksaan semester 1 Tingkatan 3 yang telah disahkan semasa membeli borang. Bayaran adalah sebanyak RM 10.00 (RM: Sepuluh Ringgit) tunai atau kiriman wang hendaklah dibuat dalam bentuk wang pos berpalang atas nama Majlis Amanah Rakyat [MARA]. Bagi pemohon yang memohon Borang Permohonan melalui pos, sila sertakan wang pos/kiriman wang, salinan kad pengenalan, surat beranak, keputusan Peperiksaan Semester Satu Tingkatan Tiga, yang telah disahkan benar serta sampul surat tebal berukuran 25 cm x 36 cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 (Ringgit : satu saja) kepada Pejabat MARA Negeri/Daerah yang terdekat. Pelajar yang memohon akan dimaklumkan oleh PMN/PMD mengenai tarikh, masa dan tempat ujian. Kertas peperiksaan UKKM seperti berikut:-
Ujian ini dijadualkan pada hari Sabtu selepas peperiksaan PMR Sekira tiada jawapan sehingga 30 April pada tahun ini, permohonan dianggap tidak berjaya. |
Proses Pengambilan Pelajar MRSM
Peringatan:
| 1 | Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan |
| 2 | Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak. |
| 3 | Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP,SBPI) Kementerian Pendidikan tidak akan ditawarkan ke MRSM. |
| 4 | Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA |
PROSES
PENGIRAAN MARKAH KEMASUKAN KE MRSM|
|
|
|||||||||||||||
|
|
(A DALAM MATEMATIK & SAINS)
|
Nota*SES=PENDAPATAN / TANGGUNGAN
/ - Bahagi
Tarikh kemaskini: 11/01/07