Muka Utama
 
 


Maktab Rendah Sains MARA telah memperkenalkan sistem penilaian berdasarkan Purata Nilaian Gred (PNG) mulai tahun 1986. Di bawah sistem ini, pencapaian pelajar pada akhir semester akan dikelaskan mengikut gred abjad yang diberi mata nilaian seperti berikut:

 
GRED
MATA  NILAIAN
A
4.0

  B+

3.5

B

3.0
  C+
2.5
C
2.0
D
1.0
F
0.0

Semua kursus pada setiap semester akan diberi jam kredit dan mempunyai kod kursus yang tertentu. Kursus-kursus ini terbahagi kepada 4 jenis iaitu:
 
Kursus Teras : Terdiri daripada subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar untuk peperiksaan PMR dan SPM    
Kursus Elektif : Terdiri daripada subjek peperiksaan mengikut jurusan yang dipilih oleh pelajar Menengah Atas.  
 
Kursus Khas : Wajib diambil oleh semua pelajar sebagai memenuhi syarat graduasi.    
Kursus Pembangunan Sahsiah : Pelajar boleh memilih kursus yang diminati asalkan memenuhi syarat graduasi. Kursus ini terbahagi kepada lima iaitu:     
a) Kelab  
b) Persatuan     
c) Sukan     
d) Permainan     
e) Badan Beruniform 

 



 

i) Mesti mendapat Timbunan Purata Nilaian Gred (TPNG) tidak kurang daripada 2.00.  
ii) Mesti lulus semua kursus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.  
iii) Mesti lulus sekurang-kurangnya 190 jam kredit daripada 204 jam kredit dalam Kursus Teras.
iv) Mesti lulus semua Kursus Khas iaitu Sains Komputer (MSK), Kemahiran Berfikir (KKB) dan Amalan Belajar (KAB)  
 dan 5 jam kredit Bahasa Arab.
v) Dalam Kursus Pembangunan Sahsiah, pelajar mesti memenuhi syarat berikut: 
Kursus Jam Kredit
a)  Kelab
    1
b)  Persatuan
    1
c)  Sukan
    1
d)  Permainan
    1
e)  Badan Beruniform
    6
vi)
 
 
 
 
 
 

 

Pelajar yang menganggotai aktiviti berikut boleh dikecualikan daripada menyertai Kelab atau Persatuan:  
a) Badan Wakil Pelajar   
b) Lembaga Disiplin Pelajar       
c) Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Kecil Koperasi Maktab   
d) Pembimbing Rakan Sebaya       
e) Ahli Pusat Sumber Pembelajaran       
f) Program Usahawan Muda   
vii) Atas alasan yang diterima oleh Senat Maktab, pelajar yang gagal memenuhi 1 jam kredit dalam Kelab atau Persatuan dan 1 jam kredit dalam Sukan dan Permainan pelajar boleh menggantikannya dengan kajian sendiri.  
viii) Badan Beruniform tidak boleh digantikan dengan kajian persendirian. 
 
 

 
i) Mesti mendapat TPNG tidak kurang daripada 2.00.
ii) Kursus Teras:       
a) Pelajar jurusan Sains Tulen dan Sains Gunaan mesti lulus sekurang-kurangnya 85 jam kredit manakala pelajar jurusan Sains Pengurusan pula mesti lulus sekurang-kurangnya 101 jam kredit 
b) Mesti lulus semua kursus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
 
iii) Dalam kursus Elektif, pelajar jurusan Sains Tulen dan Sains Gunaan mesti lulus sekurang-kurangnya 58 jam kredit.
iv) Mesti lulus semua Kursus Khas seperti berikut:       
Kursus Khas
Jam Kredit
a) Sains Komputer (MSK) 4
b) Perkembangan Kerjaya PPD) 2
c) Kemahiran Berfikir (KKB) 2
d) Program Keusahawanan (KPU) 2
e) Pelajar mesti mengambil Kursus Kemahiran Amalan Belajar (KAB) -(Hadir) 2
f) Pelajar Tingkatan 4 mesti mengambil Kursus Senireka (PSR)  - (Hadir) 2
 
v) Dalam Kursus Pembangunan Sahsiah, pelajar mesti memenuhi syarat berikut:    
Kursus
Jam Kredit
a) Kelab atau Persatuan 1
b) Sukan atau Permainan 1
c) Badan Beruniform 4
 
vi) Pelajar yang menganggotai aktiviti berikut boleh dikecualikan daripada menyertai Kelab     
atau Persatuan:       
a) Badan Wakil Pelajar          
b) Lembaga Disiplin Pelajar          
c) Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Kecil      
    Koperasi Maktab          
d) Pembimbing Rakan Sebaya          
e) Ahli Pusat Sumber Pembelajaran          
f) Program Usahawan Muda 
vii) Atas alasan yang diterima oleh Senat Maktab, pelajar yang gagal memenuhi 1 jam     
kredit dalam Kelab atau Persatuan dan 1 jam kredit dalam Sukan dan Permainan pelajar boleh menggantikannya dengan kajian sendiri. 
viii) Badan Beruniform tidak boleh digantikan dengan kajian persendirian.

Muka Utama...