Muka Utama

Kurikulum MRSM
Kurikulum MRSM terdiri daripada tiga bidang utama yang memberi penumpuan kepada program-program berikut:

1 Program Akademik
2 Program Perkembangan Sahsiah
3 Program Pembangunan Bakat


1.    Program Akademik
Kurikulum ini berasaskan kepada kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Kementerian Pendidikan dan kurikulum yang dibentuk khas oleh MARA. Ia terdiri daripada subjek teras, subjek elektif dan subjek khas.

Subjek Teras
Subjek Khas
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Pendidikan Islam/Moral
  • Geografi
  • Sejarah
  • Sains
  • Pendidikan Seni
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Sains Komputer
  • Kemahiran Berfikir
  • Kemahiran Belajar
  • Bahasa Arab

 
 

 

Subjek Teras
Subjek Elektif
Subjek Khas
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam/Moral
  • Matematik
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • English For Science Technology
  • Matematik Tambahan
  • Kimia
  • Fizik
  • Biologi
  • Rekacipta
  • Prinsip Akaun
  • Teknologi Maklumat
 
  • Sains Komputer
  • Senireka
  • Keusahawanan
  • Perkembangan Kerjaya & Kemahiran Berkomunikasi
  • Kemahiran Berfikir
  • Kemahiran Belajar

MRSMjuga mengadakan program-program penghayatan akademik untuk mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap subjek yang dipelajari. Program-program ini juga merupakan aktiviti yang memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan daya kreativiti mereka selain daripada mengaplikasikan ilmu-ilmu yang telah dipelajari. Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah:
 

Sambutan Hari Maulidur Rasul  
Sambutan Israk Mikraj  
Sambutan Hari Kemerdekaan  
Hari Alam Sekitar  
Pertandingan Bahas  
Pertandingan Biologi  
Kem Cuti
Minggu Kerjaya  
Pameran Seni Reka 
Minggu Usahawan 
Tunas Saintis 
Olympiad Matematik  
Pertandingan Hafaz Al-Quran.


 

2.    Program Perkembangan Sahsiah

        (Emotional Development Program)


Kurikulum ini dibentuk untuk menyokong pendidikan efektif yang menekankan pengenalan diri sebagai sebahagian daripada individu masyarakat. Ia merangkumi program-program pembangunan diri, aktiviti-aktivii keusahawanan, kokurikulum, persatuan/kelab,kem cuti, sukan dan permainan.

Contoh Aktiviti-Aktiviti Perkembangan Sahsiah

Program-Program Pembangunan Diri
  • Kursus Jayadiri
  • Bengkel Mengenal Diri
  • Bengkel Pengurusan Tekanan
  • Bengkel Latihan Asertif
  • Etiket 
  • Latihan Temuduga
Aktiviti Keusahawanan
  • Aktiviti Koperasi
  • Penerbitan Majallah
  • Program Usahawan Muda
Persatuan dan Kelab
  • Persatuan Sains Sosial / Kemasyarakatan
  • Persatuan Matematik
  • Persatuan seni Kreatif
  • Kelab Pertukangan
  • Kelab Kembara
  • Kelab Fotografi
Badan Beruniform
  • Kadet Bomba
  • Persatuan Kadet Bersatu Malaysia 

  •  (Darat & Laut) 
  • Pandu Puteri
  • Seni Silat
  • Pengakap
Kem Cuti
  • Kem Bina Insan
  • Kem Astronomi
  • Kem Rekreasi Mendaki Gunung
  • Kem Kajian Luar / Masyarakat
  • Kem Arkeologi Muda
Sukan Dan Permainan
  • Kelab Bola Sepak
  • Kelab Olahraga
  • Kelab Sepak Takraw
  • Kelab Catur
  • Kelab Senamrobik
  • Kelab Golf
  • Kelab Kayak

 

3.    Program Pembangunan Bakat

Program Pembangunan Bakat MRSM adalah satu program pengayaaan yang diolah  berdasarkan The Enrichment Triad  Model  . Melalui program ini,  potensi dan  bakat pelajar dibangunkan dan diperkembangkan secara terancang dan sistematik untuk seluruh sekolah .  Program dilaksanakan dalam tiga aras pengayaan seperti berikut :

A.        Pengayaan Type I

Pelajar diberi pendedahan kepada pelbagai disiplin, topik, isu, kerjaya,  peristiwa dan persekitaran yang biasanya tidak diberikan dalam kelas formal melalui aktiviti seperti ceramah, dialog, lawatan-lawatan, tayangan, pembacaan, penerokaan melalui internet dan lain-lain.  Pengalaman  dan penemuan melalui penerokaan ini membantu  pelajar mengenalpasti minat  dan bidang untuk penerokaan dan penyelidikan selanjutnya (Pengayaan Type III).

B.        Pengayaan Type II

Pengayaan berikutnya adalah aktiviti-aktiviti penerapan kemahiran dan emosi afektif . Semua pelajar diberikan kemahiran generik seperti proses pemikiran aras tinggi, cara belajar, membuat penyelidikan, komunikasi dan mendapatkan bahan.   Kemahiran khusus seperti analisis statistik data diberikan sekiranya diperlukan oleh pelajar dalam penyelidikannya. Oleh itu, pelajar-pelajar akan lebih bersedia dan berkeyakinan untuk mendalami sesuatu bidang atau topik.

C.        Pengayaan Type III

Berdasarkan minat dan persoalan bersesuaian  , pelajar  menjalankan aktiviti penyiasatan dan menghasilan produk atau perkhidmatan yang ada impak ke atas audience sebenar. Pelajar  befikir dan bertindak sebagai seorang  penyelidik profesional dan mengkaji satu masalah atau topik sebenar menggunakan kaedah-kaedah yang autentik. Melalui aktiviti pengayaan Type III, pelajar akan mempraktikkan kemahiran dan emosi afektif yang diterapkan melalui pengayaan Type II.

Muka Utama...

Tarikh kemaskini:23/09/05