[ Objektif || Strategi || Misi Korporat || Organisasi || Operasi Pengurusan || Keluar ]
|
STRATEGI
PERLAKSANAAN
Mengambil bahagian yang aktif dalam bidang perdagangan dan perindustrian tertentu melalui pelaburan dan pengurusan dalam syarikat-syarikat sebagai langkah memberi perlindungan untuk meningkatkan penyertaan bumiputera dalam dunia perniagaan. Menambah bilangan gunatenaga bumiputera yang terlatih dalam berbagai bidang di semua peringkat, khususnya untuk keperluan sektor perdagangan dan perindustrian, dan Menggalakkan lain-lain kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai serta menjadi pemegang amanah yang boleh membantu secara khusus atau umum bagi meninggikan taraf ekonomi dan sosial bumiputera.
Mandat, Wawasan
dan Nilai Bersama adalah bertujuan untuk dihayati dan diamalkan oleh semua
anggota MARA ke arah mewujudkan sebuah organisasi korporat yang cemerlang,
berdikari, berautonomi dan berwibawa.
"Dengan kuasa yang diberi, kekal turun temurun, MARA akan melaksana tanggungjawab bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan dan menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan di seluruh Malaysia dalam bidang-bidang berikut:-
"Menjadi sebuah organisasi korporat cemerlang, berdikari, berautonomi dan berwibawa:
"Menjadi badan amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat dan maruah bangsa menerusi pelbagai aktiviti ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan."
"Kami adalah golongan profesional yang amanah, jati diri, berdaya tahan, ukhuwah, penyayang & mesra serta beriltizam kepada organisasi dan pelanggan."
"Mengamalkan kepimpinan berjemaah, telus dan dinamik."
"Organisasi perintis, berwawasan, berdaya saing, cermat & berhemat serta adil."
"Memastikan pembangunan yang berterusan dan cemerlang." PIAGAM PELANGGAN MARA "Sesungguhnya kami warga MARA akan sentiasa komited kepada pengeluaran berkualiti dan perkhidmatan yang berkesan. Kami juga berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan , menerusi program dan aktiviti berikut : ' Berusaha untuk menambah bilangan gunatenaga Bumiputera yang terlatih dalam bidang profesional dan teknikal ke tahap 30% daripada keperluan negara ' Semua permohonan pinjaman perniagaan dan pelajaran yang lengkap akan diputuskan dalam masa tidak lebih daripada 50 hari' ' Memastikan semua pelajar tajaan MARA di seberang laut akan menerima elaun bulanan sebelum tiba bulan berikutnya.' ' Setiap panggilan ke Ibu Pejabat MARA akan dilayan tidak lewat daripada 30 saat samada oleh Telefonis atau melalui mesin sistem kendalian panggilan.' "
"MARA terus mara"
MARA,
sebuah badan autonomi bertanggungjawab kepada Menteri
Pembangunan Usahawan
dan Koperasi. Ahli-ahli Majlis MARA
terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan sembilan orang anggota
lain, tiga daripada mereka adalah kakitangan awam.
Semua Ahli
Majlis dilantik oleh Menteri Pembangunan Usahawan
Bahagian-bahagian
yang diterajui oleh Pengarah dan Unit-unit di bawah kawalan Ketua Unit
melaksanakan fungsi-fungsi MARA pada peringkat Ibu Pejabat dan disokong
oleh 14 Pejabat MARA Negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dan Labuan, dan pejabat-pejabat MARA Daerah. MARA juga beroperasi
di London dan Washington D.C.
serta mempunyai organisasi sekutu di Asia Timur, Eropah, Afrika dan Amerika
Utara.
[ Objektif || Strategi || Misi Korporat || Organisasi || Operasi Pengurusan || Keluar ] |