ABDUL QAYYUM ABDUL RAZAK ABDUL QAYYUM ABDUL RAZAK

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

 

"Saya berjaya sehingga ke tahap ini selepas menyertai kursus teknikal MARA yang kurang diceburi orang lain sehingga membolehkan saya memperoleh gaji yang agak tinggi."

"Dengan mempunyai Certification Scheme For Personnel (CSWIP) 3.1 di Institut Kemahiran MARA (IKM) Jasin, saya dibayar gaji sehingga RM70 sejam atau memperoleh pendapatan lebih RM18,000 sebulan," kata Abdul Qayyum Abdul Razak (gambar) yang kini berkhidmat sebagai Inspektor Kimpalan Bebas.

Katanya, dia bersyukur kerana MARA menyediakan kursus-kursus yang kurang diceburi dan apabila diterima bekerja memperoleh pendapatan agak lumayan di samping diberi tanggungjawab besar.

"Apa yang menarik lagi tandatangan saya boleh digunakan sebagai satu jaminan atau untuk tuntutan insurans," katanya walaupun berkhidmat tidak sampai tiga tahun dalam bidang kimpalan.

Abdul Qayyum kini berkhidmat dengan Moody International (M) Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Anak kelahiran Seremban itu berkata, sebelum mendapat CSWIP dia melanjutkan pelajaran di UniKL Malaysia France Institute (MFI) dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Kimpalan dan Kawalan Kualiti dan Diploma Kejuruteraan Marin dan Reka Bentuk Kapal dari UniKL Malaysian Institute Of Marine Engineering Technology (MIMET).

"Walaupun beberapa institusi lain ada menawarkan kursus yang sama tetapi institusi MARA mempunyai kelainan tersendiri," katanya.
Beliau menjelaskan, satu lagi bidang yang jarang diceburi ialah pemeriksaan kimpalan bawah air yang turut menjanjikan pendapatan lumayan.

"Banyak kerja dalam bidang ini terdapat di pelantar-pelantar minyak di negara ini. Walaupun berada di tengah-tengah lautan tetapi banyak kepuasan boleh dinikmati," katanya.

- ABDUL QAYYUM ABDUL RAZAK