![]()
KEJAYAAN MARA 2003
![]()
Kejayaan MARA [2002] [2003] [2004] [2005] [2006] [2007]
| Bil | Pusat | Catatan Kejayaan | Tarikh |
| 1. | German Malaysian Institute
(GMI) |
Bekas Pengarah
Urusan GMI dan kini menjawat Timbalan Naib Canselor (Akademik) Universiti
Kuala Lumpur, Prof. Dr. Abdul Hakim Juri menerima Anugerah ‘Federal Cross
of Merits’ daripada Kerajaan Jerman yang disampaikan oleh Duta Besar
Jerman ke Malaysia, TYT Jurgen Staks, di kediaman rasmi beliau di Kuala
Lumpur. |
24 Februari |
| 2. |
MRSM Langkawi |
MRSM-MRSM berkaitan
terpilih dalam senarai 29 sekolah cemerlang seluruh negara yang
mencatatkan gred purata di bawah 2.50 dalam keputusan peperiksaan SPM
tahun 2003. Senarai 15 Sekolah Bantuan Kerajaan Terbaik Keseluruhan: MRSM Langkawi - Pertama, MRSM Pengakalan Chepa - Ke-2 MRSM Taiping - Ke-5 MRSM Jasin - Ke-8 dan MRSM Beseri - Ke-13. Senarai Sekolah Terbaik Keseluruhan,
|
28 Februari |
| 3. | Pusat Sumber Teknologi Perabot (FITEC) | F.I.T. Center Sdn
Bhd (FITEC), sebuah anak syarikat MARA memenangi tempat kedua 'Best Booth
Design' di Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia 'MAFEX 2003' yang
diadakan di Mines Resort City, Kuala Lumpur.
|
3-7 Mac 2003 |
| 4. |
MRSM Kuala Kubu Bharu |
Johan Bahas Ala
Parlimen (Bahasa Melayu) kategori Menengah Atas manakala MRSM Terendak
johan bagi kategori Menengah Rendah dalam Minggu Bahasa MRSM 2003
Peringkat Zon Barat. |
29 Mac |
| 5 |
MRSM Besut |
Mengulangi kejayaan
tahun 2002 setelah muncul johan Anugerah Syarikat Terbaik dalam Konvensyen
Program Usahawan Muda (PUM) 2003 Peringkat Nasional ke-7 di Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia,
Gombak. |
1 Jun |
| 6 | GIATMARA | Mohd Reduan
Sabarudin dari Pusat GIATMARA Setiu dan Amizah Abdullah Sani dari Pusat
GIATMARA Pekan terpilih mewakili Malaysia ke Pertandingan ‘37th
World Skills Competition’ yang diadakan di St. Gallen, Switzerland.
Mohd Reduan bertanding dalam Kategori ‘Wall & Floor Tiling’
manakala Amizah menyertai Kategori ‘Jahitan Pakaian Wanita’.
|
14 Jun – 26 Jun |
| 7 | Kolej MARA Banting |
Mencapai keputusan terbaik di dunia dalam
peperiksaan International Baccalaureatte (IB) bagi sesi Mei 2003. Keputusan
cemerlang ini merupakan pencapaian empat tahun berturut-turut yang mengharumkan nama MARA dan negara.
|
29 Julai |
| 8 | MRSM Kuantan |
Mohd. Zulfadhli Abdul Rahim, pelajar Tingkatan
5, memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Mesej Hak Asasi Manusia
Malaysia Melalui Lukisan
Tahun 2003 Kategori Menengah Atas. Pertandingan ini anjuran SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia).
|
22 Ogos 2003 |
| 9. | UniKL-MFI | UniKL-MFI Institusi pertama di Malaysia yang telah menandatangani perjanjian dengan Cisco Networking Academy |
30 September 2003 |
| 10. | Institut Kemahiran MARA & Pusat GIATMARA | Keputusan Anugerah
Pertandingan Rekacipta Dan Inovasi MARA Kali Ke - 4 Di MIAT Sepang [
Sila klik ] |
4 & 5 Oktober 2003 |
| 11. | GIATMARA | Memenangi Anugerah
Tangan Emas Perdana Menteri Pertandingan Kemahiran Malaysia 2003 kali ke-13
Kategori Agensi/Institusi Terbaik. Anugerah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Ketua Pengarah MARA Y.Bhg. Dato' Zamani Md. Noor di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. [ Keputusan Penuh ] |
6 Oktober 2003 |
| 12. | MRSM Terendak | Memenangi Anugerah
Kualiti Koperasi Sekolah Peringkat Negeri Melaka. Anugerah disampaikan oleh
Ketua Menteri Melaka, Y.A.B. Datuk Wira Mohd. Ali Mohd. Rustam di Golden
Legacy Hotel, Melaka.
|
23 Oktober 2003 |