Kejayaan & Pencapaian Terbaik MARA 2004

Kejayaan MARA  [2002] [2003] [2004] [2005] [2006] [2007]

Bil  Pusat Catatan Kejayaan Tarikh
1.  MRSM Kuala Terenganu MRSM Kuala Terengganu menjuarai Anugerah Sains Pendidikan Sains Sony (SSEA) 2003 melalui projek Rawatan Pencemaran Integrasi. Johan menerima barangan Sony bernilai RM50,000 (RM40,000 untuk maktab/sekolah dan RM10,000 untuk pelajar).
 

13 Januari

2.  MRSM Langkawi
 MRSM Pengkalan Chepa
 MRSM Jasin
Tersenarai sebagai sekolah cemerlang di seluruh negara bagi kategori MRSM dalam keputusan peperiksaan SPM 2003 dengan mencatat gred purata di bawah 2.50,

100 peratus calon mendapat sijil dan lebih 20 peratus pelajar mencapai keputusan A dalam semua mata pelajaran.
 

28 Februari

3.  MRSM Langkawi 
 MRSM Pengkalan Chepa
 MRSM Jasin
 MRSM Pontian 
 MRSM Taiping
 MRSM Beseri
 MRSM Muar
 MRSM Kuala Kubu Bharu
 MRSM Jeli
 MRSM Kuala Lipis
 MRSM Kuala Berang
 MRSM Balik Pulau
 MRSM Mersing
 MRSM Transkrian
 MRSM Besut
 
15 buah MRSM mencatat gred purata 2.50 ke bawah  dalam keputusan peperiksaan SPM 2003 bagi  pemilihan sekolah terbaik berbanding enam buah pada 2002.

 

28 Februari

4.  MRSM Serting  
 MRSM Pendang 
 MRSM Batu Pahat
 MRSM Kuala Terengganu
 MRSM Kuantan
 MRSM Terendak
 MRSM Lenggong
 MRSM Kuala Krai
 MRSM PDRM Kulim
 MRSM Muadzam Shah
 MRSM Kota Kinabalu
 MRSM Kuching
12 buah MRSM mencapai gred purata 2.50 ke atas dan kurang daripada 3.00 dalam keputusan peperiksaan SPM 2003.

28 Februari 2004

5.  MRSM Kuala Terengganu

 

Memenangi hadiah saguhati dalam Pertandingan 18 Mac 2004
Projek Astronomi Sekolah Menengah 2003/2004 Piala Pusingan Measat melalui projek Pencerapan Astronomi: Astrofotografi 'Mengkaji Kawasan Albedo, Kawah dan Banjaran di Permukaan Bulan'. Pertandingan telah diadakan pada 22 Oktober 2003.

 

18 Mac 2004.

6.  MRSM Taiping
 MRSM Kuala Terengganu
3 orang pelajar MRSM Taiping, iaitu Mohd Al-Hanafi Ismail, Faiz Najmi Mansor dan Nur Aizaan Anwar, dan seorang pelajar MRSM K. Terengganu, Mohd Hasbullah Wan Abdul Rahman, telah terpilih bersama 7 pelajar lain dari 3 sekolah menengah untuk mewakili Malaysia ke peringkat akhir Pameran Sains dan Kejuruteraan Intel Antarabangsa (Intel-ISEF) di Portland, Oregon, Amerika Syarikat. 

 

9 Mei 2004

7. MRSM Kuala Terengganu Memenangi Anugerah Koperasi Terbaik Peringkat Sekolah Berasrama Penuh di Wisma Ungku Aziz, Kelana Jaya, Selangor.

 

17 Julai 2004

8.  MRSM Jasin
Mendapat tempat Naib Johan Peringkat Kebangsaan dalam Kuiz Sains Alam Semula Jadi di Ayer Keroh D'Village, Melaka.

 

24 Julai 2004

9.  MRSM Mersing
JOHAN kategori sekolah dalam Pertandingan Landskap Dan Hiasan Bangunan Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-47 2004 Peringkat Daerah Mersing

 

Ogos 2004

10.  MRSM Kuala Lipis
Tempat Kedua kategori sekolah dalam Pertandingan Pengibaran Jalur Gemilang, Pencahayaan Dan Hiasan Bunga / Landskap sempena Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan Ke-47

 

Ogos 2004

11.  GiatMARA
3 peserta GIATMARA telah berjaya memenangi satu pingat perak dan 2 pingat gangsa di Pertandingan Kemahiran Peringkat ASEAN Kali Kelima (The 5th Asean Skill Competition) pdi Vietnam Exhibition Fair Center, Hanoi, Vietnam

 

21 hingga 30 September 2004

 

ke Muka Utama...