AMIR ABUL HASSAN ASHARI AMIR ABUL HASSAN ASHARI

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

 

Bermula dengan sebuah syarikat kecil pada tahun 2005, Indochine Bio Plastiques (ICBP) Sdn. Bhd. kini boleh berbangga dengan pencapaiannya kerana menjadi satu-satunya syarikat dunia yang mempunyai sijil halal dalam bio-plastic resin, tidak toksik, bagus untuk kesihatan dan mesra alam berbanding petroleum resin biasa.
 

AMIR menunjukkan antara produk yang dihasilkan daripada bio-degradable resin.

Syarikat ini membuat bio-degradable resin daripada tepung ubi kayu (jenis ubi gajah). Bio-plastik resin ini dicairkan dan diacu untuk dijadikan bahan antaranya sudu, garpu, komponen kereta, pinggan, mangkuk, pasu, baldi, kerusi dan meja.

ICBP berkemampuan mengeluarkan beberapa ratusan tan produk sebulan dengan menumpukan kepada pasaran luar negara seperti Perancis, Amerika Syarikat, Jepun, Korea dan negara-negara Timur Tengah.

Pengarah Urusan ICBP, Amir Abul Hassan Ashari berkata, dalam tempoh tiga tahun pertama penubuhan syarikat, pihaknya membeli beberapa mesin berkaitan produk dan seterusnya membina mesin mengikut kesesuaian formulasi syarikat.

Menurut Amir, apabila syarikat menunjukkan potensi untuk berkembang dan menguntungkan, pihaknya telah berusaha memohon pinjaman daripada beberapa bank tetapi gagal memenuhi syarat-syarat yang mereka tentukan.

"Alhamdulillah dalam tempoh kurang dua bulan, MARA menyalurkan pembiayaan kewangan sebanyak RM4.5 juta untuk dijadikan modal pusingan serta membeli peralatan makmal serta mesin pembuatan dari Amerika Syarikat dan Sweden yang amat kami perlukan," kata Amir kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

"Saya adalah bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan sesi 1980/84. MARA terus membiayai pelajaran saya ketika di A Levels sehingga menuntut ke peringkat Sarjana Muda Kepujian Perundangan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)."

"Saya dibesarkan dengan wang pelaburan MARA sejak berusia 12 tahun sehingga 45 tahun. Oleh yang demikian, saya berazam untuk membantu MARA sebaik mungkin apabila syarikat saya mencapai kejayaan."

AMIR ABUL HASSAN ASHARI
Pengarah Urusan
Indochine Bio Plastiques (ICBP) Sdn Bhd.