BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

 

Visi Korporat

Bahagian Pembangunan Sumber bertekad dalam usahanya menjadi peneraju bagi menggalak, membangun dan mengedarkan maklumat, ilmu pengetahuan dan repositori harta intelek yang inovatif dan berdaya kreatif, berkesan serta berkesinambungan. Matlamat akhirnya ialah maju ke hadapan dalam menyokong usaha-usaha MARA menghasilkan k-usahawan, k-kakitangan dan k-pertubuhan bagi merealisasikan Masyarakat Perniagaan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang kompetitif dan berdaya tahan).

Objektif

Menggalak, membangun dan meningkatkan perkhidmatan repositori harta intelek, maklumat dan pengetahuan dalam pelbagai media serta menyebarkannya secara berkesan, berkualiti serta berterusan, ke arah melahirkan warga MARA yang berketerampilan dan berdaya saing selaras dengan perkembangan semasa.

Objektif Operasi

Bagi mencapai keberkesanan dan kecekapan operasi, objektif-objektif yang dicadangkan adalah:-

  • Menubuhkan galeri dan arkib supaya peranan Perpustakaan Digital  MARA ditingkat dan dikembangkan dalam usaha mengumpulkan serta membina repositori maklumat dan knowledge hub (Rancangan Malaysia Ke Sembilan) selaras dengan peranan MARA sebagai pusat maklumat untuk bumiputera
  • Meningkatkan pengeluaran bahan-bahan Pengajaran & Pembelajaran (P&P)  dalam pendidikan  menengah dan latihan kemahiran dengan menggunakan pendekatan Learning objects secara on-line dan CD-ROM yang boleh digunakan di Institusi Pendidikan MARA (IPMa)  melalui portal pendidikan mulai tahun 2006.
  • Menggalakkan penggunaan teknologi dan komputer dengan meningkatkan promosi keilmuan dan kegunaan pelbagai media dalam pembelajaran melalui portal pendidikan dan pencarian maklumat.
  • Mengeluarkan produk-produk berkualiti serta mengikut kehendak pelanggan dalam pelbagai bentuk dan format sama ada analog atau digital meliputi  bahan web-based, audio-visual dan bercetak, seperti sijil, risalah, majalah, video streaming, VCD, audio CD, montaj perasmian majlis-majlis MARA, repositori foto galeri, CD-ROM dan bahan Pengajaran & Pembelajara e-learning.
  • Memberikan perkhidmatan rakaman audio-visual di studio atau di lokasi untuk majlis-majlis MARA atas permintaan pelanggan dan sebagai koleksi dokumentasi bahan repositori maklumat pada masa hadapan.

Piagam Pelanggan

Kami di BTP berazam untuk memberikan perkhimatan dan kemudahan yang terbaik dengan cara berikut :-

  • Pelanggan akan memperoleh produk rakaman audio-visual,  rakam salin CD, percetakan foto yang tidak memerlukan kerja suntingan dan kerja grafik dalam tempoh 3 hari bekerja mengikut giliran.
  • Pelanggan akan memperoleh produk kreatif persembahan montaj dan multimedia, penerbitan audio-visual yang disunting dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja berdasarkan  kualiti produk yang dipersetujui bersama dan mengikut giliran.
  • Pelanggan akan memperoleh secara berterusan produk Pengajaran & Pembelajaran e-learning secara on-line dan CD-ROM interaktif yang selaras dengan silibus terkini bagi pendidikan menengah dan latihan kemahiran
  • Pelanggan akan memperoleh maklumat tentang koleksi bahan bacaan di Perpustakaan Digital MARA dalam masa 3 minit dengan  menggunakan sistem ILMU.
  • Permohonan pinjaman bahan bacaan oleh pelanggan akan diproses dan diluluskan dalam masa 5 minit.
  • Pelanggan akan memperoleh  perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan bagi bahan yang tiada dalam koleksi Perpustakaan Digital MARA dalam masa 2 hari (bergantung kepada kemudahan perolehan perpustakaan tersebut).
  • Pelanggan akan dapat membuat tempahan buku di Perpustakaan Digital serta- merta secara on-line melalui ILMU dan akan dilayan sebaik sahaja buku/bahan berada dalam sirkulasi.
  • Pelanggan akan memperoleh  maklumat, galakan, bimbingan serta promosi keilmuan terkini  secara berterusan  tentang teknologi pelbagai media.