BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

 

Bahagian Perancangan Strategik bertanggungjawab merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar dan perancangan strategik MARA.

Tugasan BPS adalah seperti berikut yang dibahagikan kepada lima cawangan:

1) UNIT PENYELIDIKAN

  • Menyelaras dan menjalankan Kajian Penilaian Outcome (KPO) program dan projek MARA
  • Membangun dan melaksanakan Program Transformasi MARA
  • Melaksanakan program dan dasar peringkat Kementerian dan Nasional
  • Mengenalpasti dan melaksana program-program yang bersesuaian bagi tujuan menjalinkan kerjasama strategik antara MARA dan agensi luar
  • Merancang, menganalisis dan menyelaras Dasar, Maklumat dan Amalan Kerajaan bagi pelaksanaan di peringkat MARA


2) UNIT PERANCANGAN

  • Menyediakan perancangan lima tahun (Rancangan Malaysia) untuk bajet pembangunan MARA
  • Menyediakan keperluan bajet pembangunan projek/program pada setiap Rolling Plan (RP)
  • Menyelaras permohonan peruntukan khas atau lain-lain dana
  • Menyelaras permohonan notis perubahan skop bagi projek/program
  • Menyediakan laporan berkala prestasi perbelanjaan dan status pelaksanaan projek/program

 

3) UNIT PENGURUSAN DAN PENYELARASAN DATA

  • Menyedia dan memantau KPI MARA
  • Menyelaras dan menyediakan jawapan serta semua urusan Parlimen
  • Menyelaras MARA War Room / Sistem Dashboard
  • Mengurus laman sesawang BPS dan penyediaan data yang diminta oleh Kementerian/Agensi Pusat dari masa ke semasa
  • Menyedia dan menganalisa Data Korporat
  • Menyelaras Data On Demand
  • Menyediakan Balanced Score Card – status projek/ program pembangunan MARA
  • Menyelaras Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) MARA
  • Menyediakan Laporan Pendidkan International Standard Classification of Education (ISCED)
  • Menyediakan Laporan Tahunan MARA

 

4) UNIT PEMANTAUAN

  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek/program pembangunan di bawah RMK mengikut Peraturan Pekeliling Kerajaan
  • Menyelaras dan memantau Program MRTC, RTC, UTC dan Desa Lestari
  • Menyelaras dan memantau program-program Transformasi KKLW (UTC, RTC dan lain-lain program)
  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek/program mengikut Peraturan Pekeliling Kerajaan
  • Menyelaras dan memantau pengemaskininan Sistem Pemantauan Projek II (SPP II)

 

5) UNIT PENTADBIRAN KORPORAT

  • Menyelaras dan memantau bajet mengurus
  • Menyelaras dan memantau urusan keselamatan dan pentadbiran awam
  • Menyelaras dan memantau urusan perjawatan dan perkhidmatan kakitangan
  • Menyelaras dan memantau urusan  perolehan
  • Pemantauan dan penyelarasan aktivit pembangunan kakitangan