BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

 

Objektif

Memastikan segala maklumat dan penerangan tentang MARA dapat disebarkan dengan cepat, tepat dan berkesan di kalangan masyarakat dalaman dan luaran sebagai asas mewujud dan meningkatkan persefahaman di antara MARA dengan para pelanggannya.

Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan bimbingan dan runding cara kepada masyarakat khususnya golongan belia, pelajar dan anggota kerja MARA berhubung kemajuan kerjaya dalam bidang-bidang teknikal, kerjaya profesional, pengurusan kemajuan pelajar dan pengurusan penilaian pelajar ke arah melahirkan pelajar cemerlang.

Tujuan

  1. Memelihara dan mempertingkatkan imej cemerlang korporat
  2. Meningkatkan kefahaman kepada awam tentang fungsi MARA dalam pembangunan Bumiputera
  3. Mempertingkatkan pencapaian pelajar Bumiputera dalam bidang pendidikan

Piagam Pelanggan

Kami komited untuk :-

  1. Penyebaran maklumat yang tepat dan cepat
  2. Pemberian khidmat runding cara profesional dalam pengurusan majlis rasmi korporat
  3. Memastikan setiap aduan akan dilayan dalam masa tidak melebihi lima (5) hari bekerja.

Fungsi Bahagian

  1. Pengurusan Majlis
    Merancang, mengurus, menyelaras, membantu melaksana dan memberi khidmat nasihat dalam mengendalikan majlis-majlis rasmi pendidikan, usahawan dan kemahiran MARA
  2. Pengurusan Publisiti
    2.1 Perhubungan Awam :
    * Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksanakan program perhubungan media dan publisiti yang meliputi aktiviti-aktiviti MARA dengan mendapat kerjasama media cetak dan elektronik supaya mendapat liputan dan hebahan meluas
    2.2 Penerbitan :
    * Merancang, mengurus dan melaksana serta memberi khidmat pakar dalam urusan-urusan penerbitan dan penulisan bagi tujuan menguar-uarkan aktiviti-aktiviti MARA kepada pelanggan sebagai usaha mempertingkatkan imej korporat MARA.
  3. Pengurusan Program Pendidikan dan Lanjutan
    3.1 Bimbingan dan Kerjaya :
    * Meningkatkan kesedaran pelajar tentang peluang kerjaya dan meningkatkan pemantapan diri pelajar sebagai persediaan menghadapi pasaran kerja.
    3.2  Pelajar dan Komuniti :
    * Menjalin dan memelihara rangkaian perhubungan dengan industri/badan kerajaan/NGO bagi menyediakan prasarana bagi membantu pelajar dari segi maklumat dan penempatan kerjaya
    3.3  Pendidikan dan Kerjaya
    * Melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang peluang pendidikan terutamanya di dinstitusi di bawah kelolaan MARA.