BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

 

FUNGSI UTAMA

  • Khidmat Pelanggan - Memberi perkhidmatan bantuan teknikal kepada pengguna kemudahan ICT MARA
  • Komunikasi dan Kolaborasi - Menyedia dan mengurus kemudahan komunikasi dan rangkaian seperti capaian Internet, Intranet, Extranet dan emel serta memberi bimbingan dalam pembangunan laman web/portal
  • Perolehan ICT - Mengendali, mengurus dan menganalisa perolehan bekalan, perkhidmatan dan pengurusan projek ICT MARA
  • Pengurusan Pusat Data - Mengurus dan menyelaras operasi Pusat Data
  • Infrastruktur ICT - Merancang, membangun dan menyelenggara infrastruktur bagi memudahkan pertukaran dan perkongsian maklumat
  • Perisian - Mengurus dan menyediakan perisian berlesen yang sah kepada setiap kemudahan komputer dan pelayan
  • Khidmat Runding - Menyediakan perkhidmatan khidmat runding berkaitan penggunaan dan pembangunan kemudahan ICT MARA
  • Sistem Aplikasi - Merancang, membangun dan menyelenggara sistem aplikasi bagi menyokong operasi dan aktiviti MARA
  • Pembangunan Literasi ICT - Memberi latihan dan pendedahan khidmat teknikal bagi peningkatan literasi warga kerja MARA ke arah budaya kerja baru menggunakan kemudahan ICT
  • Keselamatan ICT - Merancang dan menyediakan perkhidmatan dalam melindungi kerahsiaan dan kesahihan maklumat, integriti data dan meminimumkan insiden keselamatan dalam penggunaan kemudahan ICT di MARA
  • Penetapan Piawaian Kemudahan ICT - Menggubal dasar dan peraturan dalam pembangunan dan penggunaan kemudahan ICT di MARA serta memantau pelaksanaannya.