PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2001
1. Kertas soalan ini mengandungi Bahagian A dan Bahagian B.2. Jawab dua soalan daripada Bahagian A dan tiga soalan daripada Bahagian B.
3. Semua jawapan hendaklah ditulis pada kertas jawapan yang disediakan.
BAHAGIAN A
( 40 Markah )Jawab dua soalan sahaja
1. (a) Tuliskan semula ayat Al-Quran berikut dan letakkan tanda baris dengan sempurna.
![]()
Surah Al-Hasyr : 21(3 markah)
(b) Lengkapkan tempat kosong yang bernombor dalam petikan ayat al- Quran di bawah dengan kalimah yang betul berdasarkan al-Quran.Anda perlu menulis nombor dan jawapan sahaja.
![]()
Surah Al-Hasyr : 24(3 markah)
(c) Hadis Nabi S.A.W.
Hadis di atas menjelaskan iman yang sempurna membentuk akhlak yang mulia.
(i) Jelaskan dua sebab iman menjadi perkara pokok di dalam kehidupan sesaorang mukmin. (4 markah)(ii) Terangkan cara-cara beriman dengan hati. (4 markah)
(iii) Mempercayai perkara-perkara Khurafat boleh membatalkan iman dan membawa akibat kepada diri seseorang.Jelaskan TIGA keburukan kepada sesaorang muslim yang mengamalkan Khurafat.
(6 markah)2. (a) Firman Allah S.W.T.
![]()
Al-Baqarah : 214Berdasarkan potongan ayat Al-Quran di atas, tulis semula potongan- potongan ayat yang menunjukkan hukum-hukum tajwid berikut:
(i) Mad Wajib Muttasil
(ii) Ikhfa Hakiki
(iii) Mad Silah Qasirah
(iv) Idgham Mislain Syafawi (4 markah)(b) Potongan ayat berikut tidak disusun mengikut tertib seperti dalam Al- Quran. Susun semula potongan ayat tersebut mengikut tertibnya. Anda dikehendaki menulis nombor potongan ayat sahaja.
(4 markah)
(c) (i) Nyatakan maksud Aqiqah menurut Islam. (2 markah)
(ii) Jelaskan hikmat Aqiqah yang akan diperolehi kepada anak tersebut. (4 markah)
(iii) Bagaimanakah ibadat Aqiqah dapat mengukuhkan institusi kekeluargaan (6 markah)
3. (a) Firman Allah S.A.W.
![]()
Surah Muhammad : 8Ayat di atas menerangkan bahawa orang-orang kafir akan mendapat kecelakaan dan kesesatan.
(i) Apakah maksud Kufur. (2 markah)
(ii) Sebutkan dua jenis Kufur berserta contoh. (4 markah)
(b) Sabda Rasulullah S.A.W.
Dalam hadis di atas Rasulullah s.a.w. menekankan ciri utama dalam memilih calon isteri iaitu wanita beragama.
Terangkan sebab mengapa soal agama amat diberi perhatian untuk menjamin kebahagiaan rumahtangga.
(6 markah)(c) Nyatakan hukum dan alasan bagi masaalah berikut:
i. Ahmad menyembelih seekor burung merpati sehingga putus lehernya. (2 markah)
ii. Seorang wanita telah berkahwin dengan suami kedua dalam keadaan mengandungkan anak suami pertamanya.
(2 markah)iii. Ali tidak melontar ketiga-tiga jamrah pada 13 Zulhijjah. (2 markah)
iv. Ketika bersendirian, En. Johari telah melafazkan talak satu terhadap isterinya. (2 markah)
BAHAGIAN B
(60 markah )Jawab TIGA soalan sahaja
4. (a) Toleransi di dalam Islam boleh membawa kesejahteraan Ummah.
(i) Nyatakan TIGA perkara yang tidak boleh bertoleransi di dalam masyarakat. (6 markah)
(ii) Terangkan dua kebaikan sikap bertoleransi. (4 markah)
(b) Perpaduan Punca Kemajuan.
Terangkan dua faktor yang menghalang perpaduan di dalam masyarakat. (4 markah)
(c) Imam Ahmad bin Hanbal adalah pengasas Mazhab Hanbali. Beliau pernah menjelajah ke beberapa tempat untuk menimba ilmu pengetahuan sebelum muncul sebagai ulama’.
(i) Terangkan usaha-usaha beliau dalam menuntut ilmu pengetahuan. (4 markah)
(ii) Nyatakan dua contoh sifat ketaqwaan beliau. (2 markah)
5. (a) Kebahagian dan kedamaian dalam sesebuah rumahtangga terletak di bahu suami.
(i) Buktikan kebenaran pernyataan di atas dengan memberi tiga hujah. (6 markah)
(ii) Apakah maksud adil dalam poligami. (4 markah)
(b) Islam memberi peluang kepada pasangan yang bercerai untuk rujuk semula semasa dalam idah.
(i) Apakah maksud rujuk. (2 markah)
(ii) Nyatakan dua hikmat Islam mengharuskan suami merujuk isterinya semula. (4 markah)
(c) Imam Abu Hanifah terkenal sebagai seorang ahli fikir yang banyak menerima ujian.
Jelaskan dua bentuk ujian yang dihadapi oleh beliau dalam menegakkan kebenaran. (4 markah)
6. (a) Firman Allah S.W.T
![]()
Al-waqiah : 1-12Maksudnya:
Apabila terjadinya hari kiamat. Terjadinya kiamat itu tidak dapat didustakan. Kejadian itu merendahkan satu golongan dan meninggikan golongan yang lain. Apabila bumi digoncang sedahsyatnya. Dan gunung-ganang menjadi hancur sehancurnya. Maka jadilah ia debu yang berterbangan dan kamu menjadi tiga golongan iaitu golongan kanan. Alangkah mulianya golongan kanan itu. Dan golongan kiri. Alangkah sengsaranya golongan kiri itu. Dan orang-orang paling dahulu beriman. Merekalah yang paling dahulu ( masuk syurga ). Mereka itulah golongan yang hampir dengan Allah s.w.t.(i) Terangkan dua bukti yang menunjukkan hari kiamat sebagai tanda keadilan Allah. (4 markah)
(ii) Terangkan golongan-golongan berikut:-- Golongan kanan
- Golongan kiri
- Golongan yang dekat dengan Allah (6 markah)
(b) Firman Allah s.w.t.
![]()
Surah Al- Hujrat : 13Ayat di atas menggambarkan larangan Allah kepada manusia supaya jangan berbangga dengan warna kulit, keturunan dan bangsa masing- masing.
Huraikan dua kesan buruk dalam kehidupan manusia, jika Mengamalkan sikap di atas. (4 markah)
(c) Terangkan struktur organisasi ketenteraan di zaman Bani Umaiyah dan Bani Abbasyiah. (6 markah)
7.
Rajah
Tempat-tempat Miqat Haji dan Umrah(a) (i) Berdasarkan rajah di atas nyatakan Miqat Makani bagi jemaah haji yang datang dari arah yang ditunjukkan dengan nombor. (6 markah)
(ii) Firman Allah s.w.t.
![]()
Surah ali Imran : 97Potongan ayat di atas menerangkan bahawa antara syarat-syarat wajib mengerjakan ibadat haji ialah berkemampuan
Huraikan maksud berkemampuan dalam mengerjakan ibadat haji. (4 markah)
(b) Prinsip Muamalah dalam Islam bertujuan memenuhi keperluan hidup dan menjaga keadilan sosial.
i. Terangkan maksud muamalah. (2 markah)
ii. Nyatakan EMPAT kegiatan muamalah Islam bagi mencapai matlamat tersebut. (4 markah)
(c) Bagaimanakah keadilan sosial boleh mewujudkan keamanan dan ketenteraman di dalam negara.
(4 markah)
8. (a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan Nafar. (2 markah)
(ii) Berikan dua syarat nafar awal. (4 markah)
(b) Perkahwinan berdasarkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. menjamin kebahagiaan rumahtangga.
Berikan dua hujjah anda untuk menyokong pernyataan di atas. (4 markah)
(c) (i) Berburu ialah mematikan binatang yang halal dimakan dengan menggunakan alat perburuan seperti senapang dan anak panah.
Senaraikan TIGA syarat binatang buruan yang halal dimakan. (6 markah)
(ii) Terangkan dua cara Lembaga Tabung Haji (LUTH ) memainkan peranan dalam perkembangan ekonomi umat Islam. (4 markah)