PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2001
1. Kertas soalan ini mengandungi Bahagian A dan Bahagian B.2. Jawab dua soalan daripada Bahagian A dan tiga soalan daripada Bahagian B.
3. Semua jawapan hendaklah ditulis pada kertas jawapan yang disediakan.
Bahagian A
[ 40 markah]
Jawab dua soalan sahaja
1 (a) (i) Wahyu merupakan petunjuk syarak daripada Allah kepada rasul-Nya.
Jelaskan dua hujah yang menunjukkan bahawa penggunaan akal semata-mata tidak mampu menyelesaikan masalah kehidupan manusia tanpa bimbingan wahyu. [4 markah]
(ii) Allah S.W.T memerintahkan manusia kembali kepada Al-Quran apabila berlaku perselisihan faham.Cadangkan aktiviti-aktiviti penghayatan Al-Quran yang boleh dilaksanakan di sekolah. [8 markah]
(b) (i) Rabbaniyyah ialah ciri penting yang membuktikan Islam agama unggul.
Nyatakan dua sifat Rabbaniyyah. [4 markah](ii) Terangkan perkara yang perlu dilakukan oleh setiap muslim untuk memiliki sifat tersebut. [4 markah]
2 (a) Setiap makhluk tunduk serta patuh kepada sunnatullah.
(i) Apakah yang dimaksudkan dengan sunnatullah? [2 markah]
(ii) Nyatakan dua sebab makhluk mesti tunduk serta patuh kepada sunnatullah. [4 markah]
(b) Allah S.W.T menurunkan Islam untuk memberi rahmat kepada semua umat manusia.
(i) Jelaskan rahmat yang dibawa oleh Islam kepada manusia. [4 markah](ii) Nyatakan rahmat Allah S.W.T kepada seluruh alam daripada kejadian alam. [4 markah]
(c) Ajaran Islam bersifat Waqi’iyyah.
Terangkan tiga bukti yang menunjukkan waqi’iyyah dalam muamalah Islam. [6 markah]
3 (a) (i) Konsep keadilan dalam Islam bersifat universal.
Nyatakan dua hujah bagi membuktikan kebenaran penyataan tersebut. [4 markah]
(ii) Setiap muslim hendaklah melaksanakan tanggungjawabnya kepada Allah S.W.T, Rasul, pemerintah dan negara.
Huraikan tanggungjawab setiap muslim terhadap negaranya. [6 markah](b) Perlembagaan Madinah telah digubal oleh Rasulullah S.A.W pada tahun pertama hijrah.
(i) Mengapakah perlembagaan Madinah digubal? [4 markah]
(ii) Jelaskan kedudukan Rasulullah S.A.W berdasarkan perlembagaan madinah itu. [6 markah]
Bahagian B
[ 60 markah]
Jawab tiga soalan sahaja
4 (a) (i) Islam menetapkan beberapa peraturan pemilikan harta untuk mewujudkan keamanan.
Terangkan tiga peraturan tersebut. [6 markah](ii) Harta merupakan kurniaan Allah S.W.T kepada manusia. Oleh itu manusia hendaklah bersyukur kepada-Nya.
Jelaskan tiga cara yang patut dilakukan ke atas harta sebagai tanda kesyukuran. [6 markah](b) Perniagaan dalam bentuk monopoli dilarang keras oleh Islam.
Huraikan dua sebab (illat) perbuatan tersebut dilarang . [4 markah](c) Terangkan dua alasan yang menunjukkan bahawa Islam menggalakkan umatnya memiliki harta sebanyak mungkin. [4 markah]
5 (a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan perundangan Islam? [2 markah]
(ii) Nyatakan tiga keistimewaan perundangan Islam. [6 markah]
(b) (i) Seseorang muslim yang ingin melakukan sesuatu ibadat perlu menitikberatkan rukun ibadat berkenaan.
Nyatakan dua kepentingan rukun dalam setiap ibadat. [4 markah](ii) Ada pendapat yang mengatakan bahawa ibadat dalam Islam hanyalah mendirikan solat, berpuasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji.
Kemukakan dua hujah untuk menolak dakwaan tersebut. [4 markah](c) Islam mencegah umatnya melakukan rasuah.
Mengapakah segolongan kecil umat Islam masih melakukan rasuah? [4 markah]
6 (a) (i) Satu daripada cara Islam menyelesaikan masalah ialah melalui dakwah.
Terangkan tiga cara yang boleh anda lakukan untuk berdakwah di sekolah. [6 markah]
(ii) Perlembagaan Madinah memberi jaminan bahawa tiada seorangpun warganegara yang akan dibiarkan susah dan miskin.
Sejauhmanakah kandungan perlembagaan Madinah di atas dapat dilaksanakan dalam sistem ekonomi masa kini.[2 markah](b) Gejala lepak dikalangan remaja sudah sampai ketahap yang membimbangkan semua pihak.
Jelaskan tiga cara untuk menangani masalah tersebut. [6 markah](c) Kebanyakkan masalah yang melanda dunia hari ini akan dapat diselesaikan melalui kaedah penyelesaian secara Islam.
Nyatakan tiga kelebihan penyelesaian masalah secara Islam itu. [6 markah]
7 (a) Allah S.W.T sangat benci akan perceraian (talaq) walaupun perbuatan itu dihalalkan .
(i) Terangkan dua hikmat Islam mengharuskan talaq. [4 markah]
(ii) Nyatakan tiga cadangan anda untuk mengurangkan kadar perceraian di kalangan umat Islam.
[6 markah]
(b) Sejarah telah membuktikan bahawa amalan rasuah boleh menggugat kestabilan kerajaan dan masyarakat.
Terangkan tiga cara untuk membasmi amalan tersebut. [6 markah]
(c) Pengangguran adalah gejala yang boleh merosakkan masyarakat Islam dan negara.
Nyatakan punca-punca berlakunya gejala tersebut. [4 markah]
8 (a) Islam menetapkan bahawa penyelesaian masalah ummah merupakan tanggungjawab bersama.
Cadangkan tindakan yang wajar diambil oleh pemerintah dalam menyelesaikan masalah kejahilan umat Islam tentang ajaran Islam. [6 markah]
(b) Perbuatan mencuri masih berleluasa walaupun hukuman yang berat dijatuhkan ke atas pesalah.
(i) Mengapakah perbuatan tersebut masih berlaku? [4 markah]
(ii) Bagaimanakah Islam mengatasi masalah tersebut. [6 markah]
(c) Ada pendapat yang mengatakan bahawa hukuman bunuh terhadap orang murtad dianggap zalim.
Nyatakan dua alasan untuk menolak pendapat tersebut. [4 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT