MAKTAB RENDAH SAINS MARA
 
 

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2001


 Biologi


KERTAS 1
Satu  jam lima belas minit
©2001  Hak Cipta Bahagian Pelajaran Menengah, MARA


1.    Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2.    Rajah yang mengiring soalan dimaksudkan untuk memberi maklumat yang berguna bagi menjawab soalan.  Rajah tidak semestinya dilukis mengikut skala, kecuali dinyatakan sebaliknya.
3.    Jawab semua soalan.

Bagi soalan 1 hingga 30, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu yang terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan objektif anda.

1. Empat jalur ubi kentang yang sama panjang masing-masingnya direndam dalam bikar seperti berikut:-

Bikar       Larutan

P          air suling
Q         sukrosa 5%
R         sukrosa 15%
S         sukrosa 20%

Antara graf berikut yang manakah betul bagi keputusan eksperimen yang diperolehi?


 
 
 


                  Rajah 1

2. Rajah 1 menunjukkan satu sel tumbuhan, di dalam satu fasa mitosis. Antara berikut yang manakah merupakan peringkat pembahagian sel itu?

A.     Profasa
B.     Metafasa
C.     Anafasa
D.     Telofasa


Rajah 2

3. Rajah 2 menunjukkan satu siri tindakbalas enzim. Antara pernyataan berikut yang                                                             manakah benar tentang tindakbalas enzim?

A.     Tindakbalas enzim spesifik terhadap substrat
B.     Tindakbalas optimum adalah pada suhu 300c
C.     Enzim akan termusnah diakhir tindakbalas
D.     Semua enzim bertindak cergas pada pH neutral
 

4.
 
Jenis Ujian
Pemerhatian
Ujian Biuret Larutan ungu
Ujian Benedict  Larutan biru
Ujian Sudan III Satu lapisan minyak berwarna merah terapung di atas air
Ujian Kanji Warna perang
Jadual 1

 Jadual 1 menunjukkan keputusan yang diperoleh dalam satu eksperimen untuk menguji kelas makanan dalam satu sampel makanan. Antara yang berikut yang manakah merupakan sampel makanan itu?

A.     Susu segar
B.     Roti
C.     Mee kuning
D.     Pisang

 

Rajah 3

5. Rajah 3 di atas menunjukkan struktur alveolus dalam peparu manusia.

 X1     -     Siratan yang banyak untuk memudahkan pengangkutan gas.
 X2     -     Permukaan yang lembab untuk memudahkan gas terlarut.
 X3     -     Gas dari atmosfera dapat disalurkan berterusan ke alveolus.
 X4     -     Memastikan pengaliran darah beroksigen ke jantung.

 Antara keadaan berikut yang manakah berkaitan dengan bahagian T, U, V dan W pada Rajah 3 di atas?

          T          U          V          W

 A.     X1        X3          X4          X2
 B.     X2        X4          X1        X3
 C.     X3        X1          X2        X4
D.     X4        X2          X3        X1

6.
 
Kadar pernafasan (kali/min)
Isipadu udara setiap kali bernafas (cm3)
Dalam keadaan rehat 
10
600
Selepas senaman
20
1,000
                            Jadual 2
 

Jadual 2 menunjukkan kadar pernafasan dan perubahan isipadu udara dalam keadaan berehat dan selepas senaman. Berapakah pertambahan dalam isipadu, seminit selepas senaman?

A.       6,000 cm3
B.      12,000 cm3
C      14,000 cm3
D.      16,000 cm3
 

7.
Spesies Tumbohan
Litupan yang dikuasai oleh spesies dalam kuadrat (%)
1
2
3
4
5
A
4.2
0.3
2.1
4.0
-
B
2.0
2.0
4.0
1.0
1.0
C
3.0
2.5
1.5
0.7
0.3
D
4.5
-
-
5.4
1.8
       Jadual 3
 

Jadual 3 menunjukkan peratus litupan bagi empat spesies tumbuhan dalam satu kawasan belukar. Antara A, B,  C dan D yang manakah merupakan spesies tumbuhan  yang dominan?
 


                                                       Rajah 4

8. Rajah 4 menunjukkan empat zon dalam ekosistem paya bakau. Antara spesies pokok berikut, yang manakah mewakili
Zon 1, Zon 2, Zon 3 dan Zon 4?
 

                   Zon 1            Zon 2            Zon 3                Zon 4

A.         Rhizophora      Sonneratia      Avicennia            Bruguiera
B.         Sonneratia       Avicennia       Rhizophora          Bruguiera
C.         Avicennia       Sonneratia       Rhizophora          Bruguiera
D.         Rhizophora     Avicennia        Sonneratia           Bruguiera
 

9. Antara pernyataan berikut yang manakah BENAR mengenai kesan pencemaran terma yang berpunca daripada buangan air panas dari kilang?

A.     Mengurangkan keterlarutan garam mineral dalam air.
B.     Menambahkan bilangan spesies organisma akuatik.
C.     Menurunkan kadar metabolisma organisma-organisma.
D.     Menurunkan keperluan oksigen biokimia.


                                                   Rajah 5

10. Graf pada Rajah 5 menunjukkan kesan bahan barangan industri ke atas organisma akuatik. Mengapakah bilangan alga bertambah selepas bahan buangan industri dimasukkan ke dalam sungai?

A.     Bahan toksik dalam bahan buangan industri tiada kesan ke atas alga.

B.     Bahan bukan organik dalam bahan buangan industri menyuburkan air sungai.

C.     Kekurangan persaingan di antara alga dan haiwan akuatik.

D.     Bahan buangan industri meningkatkan kepekatan oksigen untuk alga berfotosintesis.
 
 
 
Sampel Air
Masa untuk pelunturan metilena biru (minit)
Perigi
25
Paip
10
Kolam
5
Sungai
20

             Jadual 4

11. Jadual 4 menunjukkan keputusan eksperimen bagi  menentukan tahap pencemaran ke atas empat sampel air. Antara berikut yang manakah benar mengenai sampel-sampel air itu?

A.     Air perigi paling selamat untuk diminum.
B.     Air sungai mengandungi banyak sisa toksik.
C.     Air kolam mengandungi bilangan bakteria yang paling rendah.
D.     A ir paip boleh diminum tanpa dididih terlebih dahulu.

12.
 
Lelaki umur (tahun) 
Tahap kecergasan untuk jarak (km) yang dilalui dalam masa 12 minit
Sangat lemah
Lemah
Sederhana
Baik
Sangat baik
Bawah 30
<1.60
1.60-1.99
2.00-2.39
2.40-2.79
>2.80
30-39
<1.50
1.52-1.83
1.84-2.23
2.24-2.63
>2.64
40-49
<1.36
1.36-1.67
1.68-2.07
2.08-2.47
>2.48
50-59
<1.25
1.28-1.59
1.69-1.99
2.00-2.39
>2.40
                                                Jadual 5

Jadual 5 menunjukkan pengukuran aerobik Cooper yang piawai bagi lelaki sihat. Apakah tahap kecergasan seorang lelaki  yang sihat berumur 45 tahun yang telah berlari sejauh 1.75 km?

A.     Lemah
B.     Sederhana
C.     Baik
D.     Sangat baik
 

13.
 
                1. Tisu  penyokong gigi pada tulang musnah.

                2. Gigi menjadi longgar dan mudah tertanggal

                3. Gusi menjadi lembut, merah dan berdarah.

Apakah penyakit yang dihadapi oleh seseorang yang mengalami simptom seperti maklumat di atas?

A.     Karies gigi
B.     Ulser mulut
C.     Periodontitis
D.     Gingivitis


                                 Rajah 6

14. Rajah 6 menunjukkan kemajuan dalam program pengimunan di negara membangun. Antara pertubuhan berikut, yang manakah bertanggungjawab melaksanakan program tersebut?

A.     UNICEF
B.     UNESCO
C.     WHO
D.     FAO
 

15. Bayi yang dilahirkan dalam keadaan septum jantung berlubang menghadapi masalah kebiru-biruan pada bibir, jari dan pipi. Antara pernyataan berikut yang manakah paling TEPAT menerangkan keadaan bayi tersebut?

A.     Darah beroksigen tidak dapat diangkut ke sel-sel badan.
B.     Darah beroksigen kurang dibekalkan kepada sel-sel badan.
C.     Darah beroksigen keluar melalui lubang pada septum jantung.
D.     Darah beroksigen dan terdeoksigen bercampur semasa diangkut ke sel-sel badan.
 


                                                      Rajah 7

16. Rajah 7  menunjukkan struktur nefron dalam ginjal manusia. Satu ujian gula penurun telah dijalankan ke atas bendalir di tubuh pengumpul. Keputusan menunjukkan kehadiran mendakan merah bata. Antara bahagian yang berlabel A,B,C dan D yang manakah gagal berfungsi?

                      Rajah 8

17. Rajah 8 menunjukkan struktur di bahagian sendi manusia. Antara A,B,C dan D yang manakah berfungsi untuk merembeskan cecair sinovia?
 

18.

                                             Rajah 9

 Rajah 9 menggambarkan mekanisme penyelenggaraan  keseimbangan hormon dalam badan. Apakah kesan yang berlaku apabila dos besar tiroksina disuntik ke dalam aliran darah pada titik X?

            Rembesan              Rembesan              Kadar metabolisma
               TSH                    Tiroksina                 Asas

A.         Naik                           Naik                   Turun sementara
B.         Turun                       Turun                     Naik sementara
C.         Turun                       Naik                      Naik sementara
D.         Naik                       Turun                      Turun sementara


                                                              Rajah 10

19. Rajah 10 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji pergerakan tropisme pada pucuk. Empat koleoptil S, T, U dan V telah dibiarkan selama 72 jam. Antara berikut yang manakah menunjukkan pergerakan tropisme yang betul pada pucuk?

A.     S dan T
B.     T dan V
C.     S dan U
D.     U dan V
 


                                         Rajah 11

20. Rajah 11 menunjukkan perkembangan zigot di dalam sistem pembiakan perempuan. Antara berikut yang manakah cara tindakan struktur Q untuk menghalangnya daripada bercantum dengan sperma?

A.     Menghasilkan enzim antisperma.
B.     Menghasilkan medium berasid.
C.     Membentuk lapisan pelindung.
D.     Bergerak menjauhi sperma.
 

21. Antara bahan-bahan berikut yang manakah terkandung di dalam salur darah yang menghubungkan fetus dengan ibu?
 

    Vena talipusat                                Arteri talipusat

A. Glukosa, oksigen                           urea , karbon dioksida
B. Urea, karbon dioksida                   glukosa, oksigen
C. Oksigen, karbon dioksida              glukosa, karbon dioksida
D. Karbon dioksida, glukosa              oksigen, urea

                   Rajah 12

22. Rajah 12 menunjukkan sistem pembiakan lelaki. Antara berikut yang manakah tujuan mengikat bahagian berlabel X?

A.     Testis tidak menghasilkan sperma.
B.     Tubul semen gagal menghasilkan sperma.
C.     Sperma tidak dapat disalurkan melalui uretra.
D.     Spermatogenesis tidak berlaku dengan lengkap.


                                                Rajah 13

23. Rajah 13 menunjukkan proses pembentukan debunga matang pada struktur anter tumbuhan berbunga. Sekiranya 100 sel induk debunga menjalani proses meiosis dan mitosis selengkapnya, berapakah bilangan sel debunga matang yang akan dihasilkan?

A.     100
B.     400
C.     840
D.     1600

24.
 
Genotip Induk      :                       BBKK               X            bbkk

Fenotip Induk      :                       Biji bulat                         Biji kedut 
                                                   berwarna kuning          berwarna hijau
 

                                                        Jadual 6

 Jadual 6 merupakan maklumat kacukan bagi satu spesies tumbuhan. Antara pernyataan berikut yang manakah benar?

A. Nisbah genotip bagi generasi pertama ialah  9 : 3 : 3 : 1.

B. Kajian pewarisan spesies ini melibatkan kacukan monohibrid.

C. Peratus untuk mendapat biji bulat dan berwarna kuning dalam generasi kedua ialah 75%.

D. Dalam generasi pertama, semua tumbuhan mempunyai biji bulat dan berwarna kuning.

                                    Rajah 14

25. Rajah 14 menunjukkan pedigri sebuah keluarga yang mempunyai penyakit buta warna. Sekiranya individu X berkahwin dengan seorang lelaki normal, apakah peratus kebarangkalian anak lelaki adalah buta warna?

A.     0%
B.     25%
C.     50%
D.     100%


                            Rajah 15

26. Rajah 15 menunjukkan peringkat-peringkat pertumbuhan dalam sel tumbuhan. Antara berikut yang manakah turutan peringkat pertumbuhan yang  betul?

 A.     P ---> Q ---> R
 B.     Q --> P-->  R
 C.     R ---> P ---> Q
 D.     Q ---> R --->  P


                      Rajah 16

27. Rajah 16, menunjukkan graf perubahan berat kering yang berlaku dalam biji benih bercambah. Antara berikut yang manakah diwakili oleh graf X, Y dan Z?

                  X                                 Y                                        Z

 A. Biji benih bercambah          Kotiledon                   Plumul dan radikel
B. Kotiledon                           Plumul dan radikel        Biji benih bercambah
C. Plumul dan radikel              Kotiledon                     Biji benih bercambah
D. Biji benih bercambah          Plumul dan radikel        Kotiledon
 

          
                                           Rajah 17

28. Rajah 17 menunjukkan  graf pertumbuhan panjang femur bagi seekor lipas. Antara pernyataan berikut yang manakah benar mengenai  graf di atas?

A.     Pertumbuhan femur bermula dari AB hingga EF.
B.     Penambahan panjang femur berlaku pada BC dan DE.
C.     Pertumbuhan tidak berlaku pada AB, CD dan DE.
D.     Ekdisis bermula pada C, E dan F.


                                    Rajah 18

29. Rajah 18 menunjukkan peringkat-peringkat dalam pembiakan bakteriofaj. Antara berikut yang manakah merupakan urutan yang betul bagi pembiakan virus tersebut?

A.     P --> Q --->  T ---> S ---> R
 B.     S ---> Q---> T ---> R ---->P
 C.     R ----> P ---> S  ---> T  ---> Q
 D.     P ----> S ---->T ---->Q ----> R
 

                  
                                            Rajah 19
 

30. Rajah 19 menunjukkan peringkat-peringkat dalam litar nitrogen. Antara peringkat-peringkat K, L, M, N, O, P dan Q, yang manakah melibatkan mikroorganisma?

A.     K, L, M, N dan O.
B.     K, L, N dan O
C.     M, N, O, P dan Q
D.     M, L, P dan Q
 

Bagi soalan 31 hingga 40, tiap-tiap soalan mempunyai satu atau lebih daripada satu cadangan jawapan yang betul. Tentukan tiap-tiap cadangan jawapan itu betul atau salah. Kemudian pilih satu jawapan yang betul daripada pilihan A, B, C dan D yang berikutnya.


                                                Rajah 20

31. Rajah 20, menunjukkan struktur tipikal sel haiwan. Antara berikut yang manakah proses yang berlaku dalam bahagian S?

 I           Mitosis
 II         Sitokinesis
 III       Respirasi aerob
 IV      Respirasi anaerob

A.     I, II, III sahaja
B.     II, IV sahaja
C.     I, IV sahaja
D.     I, II, III dan IV
 

32. Antara pernyataan berikut, yang manakah BENAR mengenai haiwan ruminan?

I       Sistem pencernaannya mempunyai empat ruang.
II      Bakteria simbiotik terdapat di dalam salur pencernaannya.
III     Makanan diluahkan ke dalam mulut untuk dimamah semula.
IV     Mulut mempunyai ruang diastema untuk memotong rumput.

A.     I dan II sahaja
B.     I dan IV sahaja
C.     I, II dan III sahaja
D.     I, II, III dan IV


     Rajah 21

33. Rajah 21 menunjukkan graf kadar fotosintesis melawan kepekatan karbon dioksida bagi X, Y dan Z. Antara berikut yang manakah faktor penghad bagi bentuk graf yang diperoleh?

 I       Suhu
 II      Keamatan cahaya
 III     Kelembapan relatif
 IV     Kepekatan karbon dioksida

A.     I dan II sahaja.
B.     I dan III sahaja.
C.     II dan IV sahaja.
D.     III dan IV sahaja.


                                 Rajah 22

34. Rajah 22 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji proses osmosis pada potongan ubi kentang. Antara pernyataan berikut yang manakah  benar bagi keputusan eksperimen di atas?

I        Paras air suling di kawasan A semakin berkurang.
II       Pergerakan air ke kawasan B melibatkan tenaga metabolisma.
III      Kehadiran glukosa boleh dikesan di kawasan A.
IV      Pergerakan air ke kawasan A dan B adalah sama pada akhir eksperimen.

A.     I dan IV sahaja.
B.      II dan III sahaja.
C.     I, II dan IV sahaja.
D.      II, III dan IV sahaja.
 

35. Antara berikut yang manakah berlaku semasa proses sesaran di kawasan tanah bekas lombong?

I Sifat kimia tanah berubah.
II Bilangan haiwan bertambah.
III Bilangan spesies tumbuhan berkurang.
IV Bahan organik dalam tanah bertambah.

A.     I, II dan III sahaja
B.     I, III dan IV sahaja
C.     II, III dan IV sahaja
D.     I, II, III dan IV sahaja
 

36.
Tahun
Kepekatan karbon dioksida dalam atmosfera (bsj)
Purata suhu maksima harian negara (0c)
1960
1970
1980
1990
2000
300
350
400
460
480
28.6
28.9
29.4
30.2
30.9
Jadual 7

 Jadual 7 menunjukkan hubungan antara kepekatan karbon dioksida dengan suhu maksimum harian sebuah negara. Antara pernyataan berikut yang manakah boleh dirumuskan daripada jadual di atas?

I        Kepekatan karbon dioksida yang bertambah akan meningkatkan suhu atmosfera negara.

II       Kuantiti karbon dioksida yang meningkat boleh menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau.

III     Semakin tinggi kepekatan karbon dioksida semakin meningkat pembentukan hujan asid.

IV     Purata suhu yang meningkat disebabkan oleh pembebasan bahan pencemar udara yang meningkat.

A.     I dan IV sahaja.
B.     I dan III sahaja.
C.     I, II dan IV sahaja.
D.     II, III dan IV sahaja.
 

37. Apakah yang akan berlaku sekiranya tiada kerjasama di antara negara-negara untuk menangani masalah kesihatan?

I       Wabak penyakit mudah tersebar.
II       Kadar kematian bayi meningkat.
III     Pengedaran dadah berleluasa.
IV     Penyakit-penyakit baru lebih mudah wujud.

A.     I dan III sahaja.
B.     I, II dan III sahaja.
C.     II, III dan IV sahaja.
D.     I, II, III dan IV


                            Rajah 23

38. Rajah 23 menunjukkan sel pengawal dengan liang stoma yang terbuka. Antara perubahan komposisi berikut, yang manakah menyebabkan keadaan di atas?

I          Aras glukosa dalam sel pengawal meningkat.
II       Kepekatan gas karbon dioksida dalam liang stoma bertambah.
III     Kuantiti air di dalam sel vakuol bertambah.
IV     Kuantiti air yang tersejat melalui liang stoma meningkat.

A.     I dan III  sahaja
B.     I dan IV  sahaja
C.     I, II dan III  sahaja
D.     II, III dan IV  sahaja
 


                      Rajah 24

39. Rajah 24 menunjukkan satu jenis vertebra yang terdapat dalam turus vertebra manusia. Antara vertebra berikut yang manakah bersendi dengan vertebra di atas?

A.     I dan III sahaja.
B.     II dan IV sahaja.
C.     I, II dan III sahaja.
D.     I, III dan IV sahaja.

                                               Rajah 25

40. Rajah 25 menunjukkan skema pewarisan antara lelaki hemofilia dengan perempuan normal. Antara berikut yang manakah merupakan fenotip dan kandungan genetik bagi anak pasangan tersebut?

I        Perempuan normal 2n  =  46
II      Perempuan pembawa 2n  =  46
III     Lelaki hemofilia 2n  =  46
IV     Lelaki normal 2n  =  46

A.     I dan IV  sahaja
B.     II dan IV  sahaja
C.     I dan III  sahaja
D.     II dan III  sahaja


 KERTAS SOALAN TAMAT