PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2001
Jawab semua soalan dalam bahagian ini.
Rajah 1
1. Rajah 1 menunjukkan sebahagian daripada sistem pencernaan manusia.
(a) Pada Rajah 1, labelkan struktur P,Q,R dan S dalam ruangan yang disediakan. [2 markah]
(b) Seorang kanak-kanak mengambil sarapan pagi dengan segelas susu dan sekeping roti bermentega. Apakah perubahan yang berlaku ke atas kelas makanan yang telah diambil oleh kanak-kanak tersebut di R? [2 markah]
(c) Terangkan bagaimana hasil pencernaan lemak dalam mentega dapat memasuki
sistem peredaran darah. [3 markah]
(d) Jika kanak-kanak tersebut mengambil banyak makanan bergula, terangkan bagaimana badan dapat mengawal aras gula darah. [ 2 markah ]
(e) Lukiskan struktur permukaan penyerapan makanan yang terdapat dalam bahagian S. [ 2 markah ]
Rajah 2(a)
2. Rajah 2a menunjukkan siratan makanan pada satu ekosistem sungai di kawasan hutan.
(a) Namakan satu proses kehilangan tenaga pada X. [1 markah]
(b) Hitungkan kehilangan tenaga pada N. [2 markah]
( c ) (i) Binakan piramid tenaga bagi tiga aras trof yang pertama pada Rajah 2(a) di atas. [2 markah]
ii) Hitungkan tenaga yang diperoleh semua pengguna pada setiap aras trof di (c)(i). [3 markah]
Rajah 2(b)
(d) Dengan merujuk kepada jaringan makanan dalam Rajah 2(b) di atas, terangkan mengapa udang mendapat lebih banyak tenaga berbanding dengan ikan sepat. [2 markah ]
(e) Satu sampel air telah diambil dari sungai tersebut dan didapati bahawa nilai BODnya tinggi. Nyatakan bagaimana nilai BOD ini mempengaruhi populasi ikan gapi. [1 markah]
Rajah 3
3. Rajah 3 menunjukkan sebahagian daripada laluan saraf dalam arka refleks apabila tangan tersentuh objek tajam.
(a)(i) Namakan dua sistem yang terlibat dalam menghasilkan gerakbalas tangan di atas. [2 markah]
(ii) Terangkan bagaimana dua sistem yang anda namakan di 3(a)(i) dapat berkordinasi untuk membolehkan manusia bermandiri.
(c) Huraikan bagaimana hormon adrenalin berperanan menghasilkan gerakbalas yang lebih pantas dalam keadaan kecemasan.
Rajah 4(a) |
Rajah 4(b) |
4. Rajah 4(a) menunjukkan kalendar bulan Februari dan Mac 2001 yang digunakan oleh Aminah untuk mencatatkan rekod kitaran haidnya yang normal. Rajah 4(b) menunjukkan carta kitaran haid Aminah.
(a)(i) Bilakah tarikh berlakunya ovulasi pada Aminah? [1 markah]
(ii) Bilakah tarikh bermula haid seterusnya? [1 markah]
(b) Huraikan perubahan kepekatan hormon-hormon berikut dalam badan Aminah bermula pada tarikh 10 Februari 2001 sehingga ke tarikh haid yang seterusnya.
i. Hormon peluteinan
[2 markah]
ii. Hormon progesteron
[2 markah]
(c) Nyatakan perkaitan di antara kepekatan hormon progesteron, hormon perangsang folikel dan hormon peluteinan sewaktu Aminah mengandung. [2 markah]
(d) Aminah tidak mempunyai antigen Rhesus dalam darahnya. Huraikan kemungkinan yang akan berlaku jika fetus dalam kandungan kedua adalah Rhesus positif. [3 markah]
(e) Selepas pemeriksaan dengan pakar genetik dilakukan, didapati fetus
kandungan Aminah mengalami kecacatan pada kromosom ke-21 yang menyebabkan
penyakit Sindrom Down. Terangkan bagaimana kecacatan kromosom ini boleh
berlaku.
[2 markah]
5. Satu eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji kesan nutrien
ke atas aktiviti yis. Kandungan adunan A, B dan C mengandungi kuantiti
tepung, yis dan air yang sama banyak. Setiap adunan dibancuh dengan jenis
gula yang berlainan dalam kuantiti yang sama banyak. Keputusan kenaikan
adunan ditunjukkan seperti dalam Jadual 1.
|
|
|
|
|||||
|
|
|
|
|
|
|
||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
(a)(i) Lukis graf kenaikan adunan A, B dan C melawan masa pada kertas graf yang disediakan. [3 markah]
(ii) Terangkan mengapa keputusan graf yang dilukiskan pada (a)(i) diperoleh. [3 markah]
(b) Terangkan bagaimana faktor suhu dapat dikawal supaya keputusan seperti dalam jadual dapat diperoleh.
(c) Berdasarkan teori tentang respirasi, terangkan bagaimana fenomena kenaikan adunan boleh berlaku. [2 markah]
(d) Terangkan bagaimana faktor substrat boleh mempercepatkan dan meningkatkan kenaikan adunan. [2 markah]
Bahagian B
(40 markah)
Jawab dua soalan daripada bahagian ini.Markah
maksimum yang diperuntukkan ditunjuk dalam kurungan pada hujung tiap-tiap
soalan atau ceraian.
1. a.(i) Eritrosit ialah sel yang peka dengan perubahan tekanan osmosis darah. Terangkan apa yang akan berlaku kepada eritrosit jika ianya berada di dalam air suling.
(ii) Terangkan mengapa keadaan di (a)(i) tidak berlaku pada eritrosit
semasa berada di dalam salur darah.
[4 markah]
b. Dengan merujuk kepada tempat-tempat tertentu, huraikan peranan pengangkutan aktif di dalam
(i) haiwan
(ii) tumbuhan
[6 markah]
| Molekul kecil seperti air boleh bergerak keluar dan masuk melalui membran separa telap mengikut kecerunan kepekatan. Molekul besar seperti sukrosa tidak dapat bergerak melalui membran separa telap. |
c. Dengan menggunakan pernyataan di atas, jalankan eksperimen
makmal bagi mengkaji sifat membran yang separa telap.
[10 markah]
2. a. Nyatakan 2 kepentingan respirasi kepada manusia. [2 markah]
b. Semua organisma mempunyai ciri penyesuaian untuk mendapatkan oksigen
dalam persekitaran hidupnya yang berbeza.
Huraikan bagaimana organ respirasi berfungsi untuk membolehkan oksigen
dari persekitaran luar sampai ke tisu badan
(i) manusia
(ii) ikan
[8 markah]
c. Huraikan satu eksperimen untuk menunjukkan gas oksigen digunakan
oleh organisma kecil semasa respirasi. [10
markah]
3. a. Huraikan bagaimana jantina manusia dapat ditentukan. [5 markah]
b. Huraikan dengan bantuan gambar rajah genetik, bagaimana
seorang bapa yang mempunyai kumpulan darah O, dan seorang ibu yang mempunyai
kumpulan darah AB, boleh mendapat anak yang mempunyai kumpulan darah
A.
[5 markah]
| Sebelum pemindahan darah dapat dilakukan, doktor harus memastikan kumpulan darah penerima dan penderma adalah bersesuaian untuk mengelak kematian. |
4.
| Bermula usia tiga puluhan, kadar metabolisme menurun dan organ deria mulai hilang kepekaannya. Kulit menjadi kurang kenyal dan berkedut. |
a. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah yang dimaksudkan dengan penuaan? [2 markah]
b. Jelaskan perubahan yang berlaku pada sistem sokongan dan kordinasi semasa proses penuaan. [6 markah]
c. Huraikan satu eksperimen untuk mengkaji proses pertumbuhan semula pada seekor cicak rumah. [12 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT