PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2001
1. Kertas soalan ini mengandungi enam soalan
2. Jawab satu soalan saja
3. Panjang karangan mestilah melebihi 350 patah perkataan
Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara yang diberi di bawah. Panjang karangan itu hendaklah tidak kurang daripada 350 patah perkataan.
1 Ada pendapat mengatakan bahawa kejayaan seseorang pelajar sewajarnya
diukur dari aspek kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum.
Ulaskan pendapat tersebut.
2 Sebagai pemberita sebuah akhbar, anda telah ditugaskan mewawancara seorang tokoh tempatan mengenai usaha-usaha yang dijalankan ke arah memperkukuh perpaduan antara kaum di Malaysia.
Tuliskan wawancara anda itu selengkapnya.
3 Anda mendapati jiran anda sering mendera anaknya, namun tidak ada pihak yang berani tampil untuk melaporkan kejadian itu. Sebagai seorang yang prihatin terhadap nasib kanak-kanak itu, anda ingin membuat aduan kepada pihak berwajib supaya tindakan yang sewajarnya diambil.
Tuliskan surat anda itu selengkapnya.
4 Anda telah menyertai pertandingan syarahan sempena Kempen Gaya Hidup Sihat anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia. Tajuk syarahan itu ialah “Penjagaan Kesihatan Menjamin Kesejahteraan Hidup”.
Tuliskan syarahan itu selengkapnya.
5 Anda berada di sebuah perhentian bas dalam perjalanan pulang sempena menyambut cuti perayaan. Pelbagai ragam manusia dapat anda saksikan sementara menunggu ketibaan bas yang akan anda naiki.
Gambarkan keadaan dan suasana di perhentian bas ketika itu.
6 Sempena Kempen Keluarga Bahagia anjuran Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, satu pertandingan menulis cerpen diadakan. Tema cerpen yang dipilih ialah pengorbanan ibu. Anda ingin mengambil bahagian dalam pertandingan itu.
Tuliskan cerpen tersebut selengkapnya.
KERTAS SOALAN TAMAT