PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2001
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalanBagi soalan 1 hingga 30, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu yang terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan objektif anda.2. Jawab semua soalan.
1. Antara pasangan berikut yang manakah kuantiti terbitan?
A. Jisim dan kerja
B. Panjang dan berat
C. Cas elektrik dan masa
D. Tenaga dan momentum
RAJAH 1
2. Rajah 1 menunjukkan sekeping kertas graf yang berukuran 4 cm x 4
cm dan berjisim 0.12 g.
Berapakah jisim satu segiempat sama berukuran 2 mm x 2 mm?
A. 30 mg
B. 0.3 mg
C. 3.0 mg
D. 0.03 mg
3. Seorang pelajar telah menggunakan suatu alat pengukur untuk mengukur
diameter seutas dawai. Jadual 1 menunjukkan lima bacaan yang telah direkodkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Antara berikut pernyataan yang manakah tidak benar tentang pengukuran di atas.
A. Nilai purata sisihan adalah 0.012
B. Nilai sisihan relatifnya ialah 0.86%
C. Kejituan alat pengukur yang telah digunakan adalah 0.01 mm
D. Lima bacaan diambil untuk menambahkan kepersisan pengukuran
RAJAH 2
4. Rajah 2 menunjukkan sebiji bola getah yang mempunyai jejari, r dan
luas permukaan, A.
Antara graf-graf berikut yang manakah menunjukkan hubungan di antara
luas permukaan, A dengan (jejari)2, r2 apabila udara dipamkan ke
dalam bola tersebut? (Luas permukaan sfera = 4 p r2,
di mana r adalah jejari)
5. Antara berikut yang manakah kuantiti vektor?
A. Kuasa
B. Tenaga
C. Panjang
D. Momentum
RAJAH 3
6. Rajah 3 menunjukkan sebuah troli yang beratnya 300N sedang ditolak
dengan daya 40 N pada sudut 300.
Kirakan daya paduan mencangcang yang bertindak ke atas permukaan
lantai tersebut.
A. 20 N
B. 280 N
C. 300 N
D. 320 N
7. Seorang pengadil pertandingan bolasepak telah melambungkan duit syiling
dengan halaju 5 m/s untuk memulakan pertandingan bolasepak.
Berapakah ketinggian maksimum duit syiling itu. (Abaikan geseran udara)
A. 0.8 m
B. 1.0 m
C. 1.25 m
D. 2.50 m
RAJAH 4
8. Rajah 4 adalah graf halaju-masa gerakan linear bagi suatu objek. Jarak yang dilalui oleh objek tersebut adalah.
A. (v - u) t
B. ½ (v + u)
C. ½ (v + u)t
D. ( v - u)/t
9. Dua orang pelajar, Ahmad dan Kassim sedang menolak kehadapan sebuah kereta yang berjisim 850 kg. Jika Ahmad menolak dengan daya 300N, Kassim dengan daya 350N, dan daya geseran yang bertindak antara tayar dengan jalanraya adalah 250N, kirakan pecutan kereta tersebut.
A. 0.29 ms-2
B. 0.47 ms-2
C. 0.76 ms-2
D. 1.06 ms-2
10. Antara proses-proses perubahan keadaan jirim berikut yang manakah adalah betul.
A. Kondensasi :
Cecair ---> Gas
B. Peleburan
: Cecair --->
Pepejal
C. Pembekuan :
Cecair ---> Pepejal
D. Pemejalwapan : Gas
---> Pepejal
11. Apabila dua sisip kaca yang dibasahi air melekat di antara satu sama lain, ianya sukar diasingkan. Ini adalah kerana
A. terbentuk lapisan air antara sisip
B. tekanan atmosfera adalah tinggi
C. tegangan permukaan air adalah kuat
D. daya lekatan lebih kuat dari daya lekitan
RAJAH 5
12. Rajah 5 menunjukkan sekeping kayu diletakkan dalam dua keadaan yang berlainan dan dikenakan daya, F. Kedudukan kayu pada Rajah 5(b) didapati lebih sukar dilentur kerana
A. Kedudukannya yang lebih stabil
B. daya yang bertindak lebih jauh dari paksi neutral
C. daya mampatan lebih besar daripada daya regangan
D. daya yang bertindak berada pada kedudukan yang lebih tinggi
RAJAH 6
13. Rajah 6 menunjukkan satu bikar yang berisi air. Titik A berada pada
paras h meter dari dasar bikar.
Antara berikut yang manakah boleh menambahkan tekanan pada titik A?
(Ketumpatan air = 103 kgm-3, ketumpatan
alkohol = 8 x 10-4 kgm-3)
A. Pindahkan bikar ke kawasan yang tinggi
B. Tambahkan lebih banyak air ke dalam bikar
C. Gantikan air dengan alkohol yang sama isipadu
D. Gunakan bikar yang mempunyai luas permukaan dasar yang lebih kecil
14. Seketul logam dibiarkan jatuh bebas dari bangunan tinggi supaya menghentam lantai. Kenaikan suhunya tidak bergantung kepada
A. jisim logam
B. tinggi bangunan
C. nilai pecutan graviti
D. muatan haba tentu logam
15. Pada suatu hari, Ali memanaskan air dan
mendapati air itu mendidih pada suhu
1040C. Ini disebabkan
A. air dididihkan terlalu lama
B. cuaca pada hari itu terlalu panas
C. terdapat sedikit garam terlarut di dalam air
D. tekanan atmosfera adalah rendah pada hari itu
RAJAH
7
16. Rajah 7 menunjukkan penyerap yang diletakkan antara tiub Geiger-Muller
dan satu sumber radioaktif. Bacaan pembilang diambil untuk beberapa
penyerap yang berlainan seperti di Jadual 2.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dari keputusan tersebut, boleh disimpulkan bahawa sumber radioaktif itu memancarkan
A. zarah alfa sahaja
B. zarah alfa dan zarah beta
C. zarah beta dan sinar gama
D. zarah alfa, zarah beta dan sinar gama
17. Satu nukleus radioaktif induk mereput menjadi anak nukleus yang
lebih stabil.
Antara berikut yang manakah menunjukkan hubungan antara bilangan anak
nukleus, N dengan masa, t? (Bilangan awal nukleus induk ialah No)
RAJAH 8
18. Rajah 8 menunjukkan satu alur cahaya yang ditujukan kepada dua blok
lutsinar F dan G dengan sudut tuju yang sama. Kelajuan cahaya dalam
medium E, F dan G masing-masing ialah p, q dan r.
Antara perbandingan kelajuan berikut yang manakah adalah betul?
A. p > q > r
B. p > r > q
C. q > r > p
D. q > p > r
19. Jarak antara kanta objek dengan kanta mata bagi sebuah teleskop
astronomi pada pelarasan normal ialah 45 cm.
Jika kanta objek ialah 2.5 D, berapakah kuasa kanta mata?
A. 2.5 D
B. 5.0 D
C. 20.0 D
D. 30.0 D
RAJAH 9
20. Rajah 9 menunjukkan kedudukan sekeping gabus, P pada riak air.
Antara berikut yang manakah menunjukkan kedudukan P selepas setengah
tempoh gelombang, ½ T?
21. Dawai aloi yang digunakan dalam eksperimen untuk mengkaji hubungan antara beza keupayaan dengan arus didapati mematuhi Hukum Ohm kerana
A. arusnya adalah kadar aliran elektron
B. aloi menjadi panas apabila arus mengalir
C. rintangan berkadar langsung dengan suhu
D. arus berkadar langsung dengan beza keupayaan pada suhu malar
RAJAH 10
22. Rajah 10 menunjukkan satu litar yang mengandungi tiga biji mentol
X, Y dan Z yang serupa.
Jika kuasa yang dilesapkan dalam mentol X ialah P Watt, berapakah jumlah
kuasa yang dilesapkan dalam litar itu.
A. 2 P Watt
B. 3 P Watt
C. 3/2 P Watt
D. 4/3 P Watt
RAJAH 11
23. Rajah 11 menunjukkan sebatang magnet bar yang diayunkan berdekatan
dengan satu gegelung yang disambungkan kepada satu sel kering. Magnet bar
itu berayun masuk dan keluar gegelung beberapa kali sebelum berhenti.
Antara graf-graf berikut, yang manakah paling sesuai menunjukkan perubahan
arus, I dalam gegelung dengan masa, t?
RAJAH 12
24. Rajah 12 menunjukkan tiga mentol yang serupa setiap satunya ditanda
dengan 12V, 48W disambungkan kepada gegelung sekunder sebuah tranformer.
Ketiga-tiga mentol menyala dengan kecerahan normal.
Jika kecekapan transformer ialah 60%, berapakah nilai arus primer?
A. 0.36 A
B. 1.00 A
C. 6.00 A
D. 10.00 A
25. Anod sebuah osiloskop sinar katod adalah pada voltan positif yang lebih tinggi daripada voltan katodnya supaya
A. elektron boleh dipecutkan ke arah skrin
B. elektron boleh dipesongkan secara ufuk
C. kecerahan surihan di skrin boleh ditambahkan
D. pancaran termion boleh berlaku pada katod
RAJAH 13
26. Satu bekalan arus ulang-alik 200 Hz disambungkan kepada plat-Y sebuah
osiloskop sinar katod dengan dasar masa dihidupkan. Rajah 13 menunjukkan
surihan yang diperoleh pada skrin osiloskop sinar katod itu.
Berapakah dasar masa yang diwakili oleh setiap bahagian pada skrin
osiloskop sinar katod tersebut?
A. 1/400 s
B. 1/200 s
C. 1/100 s
D. 1/40 s
RAJAH 14
27. Dalam Rajah 14, ketika terminal X adalah positif, arus mengalir melalui diod-diod
A. 1, 2
B. 1, 3
C. 2, 4
D. 3, 4
28. Bekalan arus ulang-alik, transformer, diod dan mentol disambungkan
dalam susunan yang berlainan.
Antara susunan litar berikut yang manakah mentol-mentol akan menyala?
RAJAH 15
29. Rajah 15 menunjukkan satu litar yang digunakan supaya mentol menyala secara otomatik bila persekitarannya gelap. Perintang peka cahaya, PPC mempunyai rintangan yang rendah bila ia terkena cahaya. Apakah jenis get logik, X untuk litar ini?
A. Tak
B. Atau
C. Tak Dan
D. Tak Atau
RAJAH 16
30. Rajah 16 menunjukkan satu litar get logik. Isyarat input di X dan
Y menghasilkan suatu isyarat output di Z.
Antara berikut, yang manakah menunjukkan isyarat output Z yang sepadan
bagi input X dan Y masing-masing?
Bagi soalan 31 hingga 40, tiap-tiap soalan
mempunyai satu atau lebih daripada satu cadangan jawapan yang betul. Tentukan
tiap-tiap cadangan jawapan itu betul atau salah. Kemudian pilih satu jawapan
yang betul dan pada pilihan A, B, C dan D yang berikutnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
31. Jadual 3 menunjukkan tiga kuantiti fizik P, Q dan R serta nilainya masing-masing. Antara pernyataan berikut yang manakah benar.
I. Nilai kuantiti Q adalah sama dengan 0.12 mC
II. Kuantiti R boleh dinyatakan sebagai
III. Kejituan pengukuran kuantiti P adalah 0.01 cm
IV. Kuantiti-kuantiti P dan Q adalah kuantiti asas
A. I dan III sahaja
B. II dan III sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. I, III dan IV sahaja
32. Mengikut hukum kegravitian semesta, daya, F di antara dua
jasad M1 dan M2 yang berjarak, r diberikan oleh persamaan
Antara pernyataan berikut yang manakah benar?
I. G adalah pemalar semesta
II. Unit G adalah N kg-2m2
III. G tiada mempunyai unit
IV.
adalah kuantiti vektor
A. I dan III sahaja
B. II dan IV sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. I, II dan IV sahaja
33. Sebuah kapal selam naik ke permukaan air dengan satu pecutan tetap.
Antara pernyataan berikut yang manakah benar?
I. Daya paduan yang bertindak tidak sifar
II. Berat yang dialami kapal akan bertambah
III. Daya graviti yang bertindak pada kapal akan bertambah
IV. Daya tujahan adalah sama dengan berat kapal selam dan kelasinya
A. I sahaja
B. I dan II sahaja
C. II dan III sahaja
D. I, II dan III sahaja
34. Antara fenomena berikut yang manakah dapat diterangkan dengan ketegangan permukaan?
I. Penghasilan titisan-titisan cecair
II. Penghasilan gelembung buih sabun
III. Pengapungan gabus di permukaan air
IV. Pengapungan jarum di permukaan air
A. I sahaja
B. I, II sahaja
C. I, II dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV sahaja
35. Antara berikut yang manakah boleh mengurangkan kepekaan sebuah termometer merkuri?
I. Menggunakan tiub kapilari yang lebih pendek
II. Menambahkan saiz diameter tiub kapilari merkuri
III. Menambahkan ketebalan kaca tiub kapilari merkuri
IV. Mengurangkan kandungan merkuri di dalam termometer
A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. II dan IV sahaja
D. I, II dan III sahaja
RAJAH 17
36. P dan Q adalah dua bikar serupa yang mengandungi cecair X
berjisim sama dan suhunya T1. Sfera logam Y dan Z yang mempunyai jisim
dan suhu yang sama masing-masing dimasukkan ke dalam bikar P dan Q seperti
di rajah 17. Apabila keseimbangan terma dicapai suhu cecair X dalam bikar
P dan Q masing-masing ialah T2 dan T3.
Antara berikut yang manakah benar jika muatan haba tentu logam Y lebih
rendah dari logam Z, manakala muatan haba tentu cecair X lebih tinggi dari
logam Y dan Z?
I. T1 > T2 > T3
II. T1 < T2 < T3
III. T1 > T3 > T2
IV. T1 < T3 < T2
A. I dan II sahaja
B. I dan IV sahaja
C. II dan III sahaja
D. III dan IV sahaja
37. Alat pencegah kilat biasanya diletakkan di menara atau puncak bangunan yang tinggi. Dengan meletakkan radioisotop pada hujung tajam alat pencegah kilat tersebut keberkesanan fungsinya dapat ditingkatkan. Ini kerana
I. ketumpatan cas menjadi lebih tinggi dihujung tajam
II. radioisotop dapat menambah ketumpatan cas dihujung tajam
III. radioisotop menyebabkan pengionan molekul-molekul udara
IV. radioisotop menghasilkan sinaran yang dapat meneutralkan kilat
A. I dan III sahaja
B. I dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
38. Antara fenomena berikut yang manakah akan menyebabkan gelombang sentiasa mengalami perubahan amplitud?
I. Biasan
II. Belauan
III. Pantulan
IV. Interferens
A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. I dan IV sahaja
D. II dan IV sahaja
39. Antara alat berikut yang manakah boleh digunakan untuk mengukur nilai arus bagi arus terus dan arus ulang-alik berdasarkan kesan kemagnetan yang dihasilkan oleh konduktor membawa arus.
I. Meter gegelung bergerak
II. Meter dawai panas
III. Meter besi bergerak
IV. Osiloskop sinar katod
A. I sahaja
B. III sahaja
C. IV sahaja
D. II dan III sahaja
RAJAH 18
40. Rajah 18 menunjukkan satu litar yang mengandungi sebuah transistor, perintang, R dan miliammeter, M. Antara berikut yang manakah boleh dilakukan untuk mengurangkan bacaan miliammeter tersebut
I. Mengurangkan Vb
II. Mengurangkan Vc
III. Menambahkan nilai R
IV. Meletakkan satu lagi perintang R’ selari dengan perintang R
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
KERTAS SOALAN TAMAT