PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2001
2. Rajah yang mengiringi soalan dimaksudkan untuk memberi maklumat yang berguna bagi menjawab soalan. Rajah tidak semestinya dilukiskan mengikut skala,kecuali dinyatakan sebaliknya.
3. Jawab semua soalan
4. Kalkulator elektronik biasa boleh digunakan
1 Oktana mempunyai takat lebur – 57 0C dan takat didih 126 0C. Antara perubahan keadaan jirim berikut, yang manakah berlaku apabila oktana dibiarkan pada suhu 0 0C dan tekanan bilik dalam sebuah bekas terbuka?
A Penyejatan
B Pembekuan
C Pendidihan
D Kondensasi
2 Rajah 1 menunjukkan gas sulfur dioksida, argon, nitrogen dioksida dan klorin masing-masing dimasukkan ke dalam empat picagari gas yang berlainan pada suhu dan tekanan bilik. Antara berikut yang manakah mempunyai nilai jisim tertinggi?
[Jisim atom relatif: N, 14; 0, 16; S, 32; Cl, 35.5; Ar,40; 1 mol gas
menempati ruangan
24 dm3 pada keadaan suhu dan tekanan bilik].
A Sulfur dioksida
B Argon
C Nitrogen dioksida
D Klorin
3 Nombor atom bagi unsur X ialah 17.
Antara berikut yang manakah merupakan sifat bagi unsur X?
A X merupakan gas monoatom
B X adalah sejenis logam
C X larut dalam air menghasilkan alkali
D X bertindak balas dengan ferum menghasilkan
serbuk perang
4 Antara rajah berikut yang mana menunjukkan susunan elektron yang betul bagi magnesium klorida?
[Nombor atom: Mg, 12; Cl, 17]
5 Kereaktifan unsur kumpulan VII dalam jadual berkala semakin berkurang apabila menuruni kumpulan. Ini kerana
A apabila bilangan petala bertambah, elektron
lebih mudah diterima
B bilangan proton semakin bertambah dan atom
unsur cenderung menderma elektron
C elektron terluar semakin jauh daripada nukleus
dan daya tarikan antara elektron terluar dengan nukleus semakin lemah
D bilangan proton di dalam nukleus bertambah
dan ini menyebabkan daya tarikan antara elektron terluar dengan nukleus
bertambah
6 Unsur-unsur P dan Q masing-masing mempunyai nombor atom 6 dan 8. Antara
berikut yang manakah formula struktur sebatian yang terbentuk antara P
dan Q?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
JADUAL 1
A 93
B 97
C 101
D 129
8 Logam Y mempunyai takat lebur 980C dan takat didih 8920 C. Apabila dibakar dalam udara didapati hasilnya berupa pepejal putih yang larut dalam air untuk menghasilkan larutan tanpa warna yang mempunyai nilai pH 13. Antara berikut yang manakah mewakili persamaan kimia bagi pembakaran logam itu dalam udara?
A 4Y + O2
--> 2Y2O
B 2Y2 +
O2 --> 2Y2O
C 4Y +
3O2 --> 2Y2O3
D 2Y +
O2 --> 2YO
RAJAH 2
9 Antara berikut yang manakah berlaku berdasarkan eksperimen dalam Rajah
2?
|
|
|
| A Elektrod menipis | Gelembung gas terbebas |
| B Elektrod menipis | Enapan pepejal kelabu |
| C Gelembung gas terbebas | Gelembung gas terbebas |
| D Elektrod menebal | Enapan pepejal kelabu |
| Pasangan Logam | Voltan |
| T/N | 2.7 |
| V/N | 1.1 |
| W/N | 0.8 |
| U/N | 2.0 |
10 Jadual 2 menunjukkan voltan sel yang dihasilkan dalam sel ringkas
menggunakan pasangan logam yang berlainan dalam larutan T sulfat. Antara
rajah sel berikut yang manakah menghasilkan voltan yang paling tinggi?
11 Antara larutan berikut yang manakah mengandungi bilangan ion hidrogen
yang paling banyak?
A 20 cm3, asid nitrik, 1.0 mol dm-3
B 25 cm3, asid sulfurik, 0.5 mol
dm-3
C 20 cm3, asid fosforik, 0.5 mol
dm-3
D 25 cm3, asid etanoik, 1.0 mol
dm-3
12 Sebanyak 50.0 cm3 larutan asid hidroklorik 0.1 mol dm-3 telah dicampurkan ke dalam 50.0 cm3 larutan natrium hidroksida 0.2 mol dm-3 di dalam sebuah kelalang kun. Larutan yang terhasil masih belum mencapai takat neutral. Berapakah isipadu larutan asid sulfurik 0.1 mol dm-3 yang perlu ditambahkan kepada larutan ini supaya larutan yang neutral dihasilkan?
A 12.5 cm3
B 20.0 cm3
C 25.0 cm3
D 50.0 cm3
13 C4H8 (g) + Cl2 (g) --> C4H8Cl2 (g)
But – 2 - ena bertindak balas dengan gas klorin seperti dalam persamaan di atas. Antara bahan berikut yang manakah hasil tindak balas tersebut?
A 2, 3 – diklorobutana
B 2, 2 – diklorobutana
C 1, 2 – diklorobutana
D 2, 3 – diklorobut - 2 - ena
14 Antara sebatian berikut yang manakah bukan merupakan komponen dalam petrol yang digunakan sebagai bahan bakar kenderaan bermotor?
A Heksana
B Etana
C Oktana
D Dekana
RAJAH
3
15 Rajah 3 menunjukkan formula struktur bagi sejenis plastik. Antara berikut yang manakah merupakan monomer yang mungkin untuk pembentukan plastik ini?
16 Antara berikut yang manakah bukan kegunaan asid sulfurik?
A Sebagai elektrolit akumulator
B Penyediaan baja tak organik
C Campuran elektrolit dalam sel kering
D Bahan mentah menghasilkan detergen
17
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadual 3 menunjukan empat contoh jenis bahan kimia untuk pertanian.
Antara pasangan contoh bahan kimia dan fungsinya berikut yang manakah tidak
benar?
|
18 DDT adalah sejenis pestisid yang penggunaannya telah diharamkan dikebanyakkan negara di sebabkan ia
A boleh menyebabkan kemandulan
B boleh meninggalkan kesan kumulatif dalam
rantai makanan
C boleh meningkatkan risiko menghidap penyakit
kanser
D boleh meracuni tumbuh-tumbuhan jika digunakan
berlebihan
19 Antara berikut yang manakah benar mengenai tindakan haba ke atas natrium nitrat?
A Gas perang terhasil semasa pemanasan
B Natrium nitrat akan menghasilkan natrium
nitrit
C Natrium nitrat tidak akan terurai oleh tindakan
haba
D Tindak balas ini ialah sejenis tindak balas
eksotermik
20 Antara kaedah berikut yang manakah paling sesuai untuk menyediakan plumbum (II) sulfat?
A Campurkan plumbum (II) karbonat dengan asid
nitrik cair dan kemudian campurkan larutan natrium sulfat
B Campurkan plumbum (II) oksida dengan asid
sulfurik cair dan kemudian jalankan proses penghabluran
C Campurkan plumbum (II) klorida dengan air
dan turas, kemudian campurkan larutan natrium sulfat
D Campurkan plumbum (II) karbonat dengan larutan
natrium sulfat dan panaskan, kemudian jalankan proses penghabluran
Ba(OH)2
+ H2SO4 --->
BaSO4 + 2H2O
(ak)
(ak)
(p)
(c)
21 Barium hidroksida bertindak balas dengan asid sulfurik seperti persamaan
di atas. Berapakah jisim barium sulfat yang dimendakkan apabila 50.0 cm3
barium hidroksida
1 mol dm-3 dicampur dengan
100.0 cm3 asid sulfurik 1 mol dm-3?
[Jisim formula relatif BaSO4 , 233]
A 1.17 g
B 2.33 g
C 11.65 g
D 23.30 g
22 Seorang pelajar telah mencampurkan larutan natrium sulfat dengan larutan zink nitrat. Larutan yang terhasil dipanaskan dan kemudiannya disejukkan pada suhu bilik. Hablur zink sulfat tulen tidak dapat diperolehi melalui kaedah ini kerana
A zink sulfat larut dalam air
B zink sulfat terurai ketika pemanasan
C larutan terhasil tidak cukup tepu untuk penghabluran
D zink sulfat tidak dihasilkan daripada campuran
ini.
23 Satu siri eksperimen telah dijalankan untuk menentukan susunan enam
unsur E,F,G,J,K dan L dalam siri kereaktifan. Jadual 4 menunjukkan pernyataan
yang menerangkan tindak balas-tindak balas yang berlaku.
| E boleh menurunkan G oksida |
| Atom L mengeluarkan elektron dalam tindak balas dengan J oksida |
| F oksida boleh mengoksidakan G tetapi tidak boleh mengoksidakan L |
| Atom K tidak mengalami sebarang pemindahan elektron bila dipanaskan dengan J oksida |
A E, G, F, L, J, K
B K, J, L, F, G, E
C E, F, G, J, K, L
D L, F, E, G, J, K
RAJAH 4
24 Rajah 4 menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji
kesan logam lain ke atas kakisan besi. Selepas seminggu pemerhatian seperti
dalam Jadual 5 diperolehi.
|
|
|
|
|
Tiada mendakan biru tua terbentuk tetapi terdapat gelembung gas tanpa warna. |
|
|
Banyak mendakan biru tua terbentuk tetapi tiada gelembung gas terbebas. |
|
|
Terdapat sedikit mendakan biru tua tetapi tiada gelembung gas terbebas. |
Antara pernyataan berikut yang manakah tidak benar?
A Gas hidrogen dibebaskan di dalam tabung uji
X
B Gas oksigen diperlukan untuk tindak balas
dalam semua tabung uji
C Magnesium hidroksida terbentuk di dalam tabung
uji X
D Magnesium menghalang kakisan paku besi manakala
kuprum mempercepatkan kakisan besi
RAJAH 5
25 Graf dalam Rajah 5 menunjukkan keputusan yang diperolehi apabila ketulan kalsium karbonat dicampurkan kepada asid nitrik cair. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan graf ini sahaja?
A Tindak balas berhenti pada masa t4
B Kadar purata tindak balas ialah V1 /
t1 cm3s-1
C Kadar tindak balas pada masa t1
lebih tinggi daripada t2
D Semua kalsium karbonat telah lengkap ditindak
balaskan pada masa t3
RAJAH 6
26 Kadar penguraian 50 cm3 larutan hidrogen peroksida 1.0
mol dm-3 yang menggunakan mangkin mangan (IV) oksida telah dikaji
dan lengkungan P seperti dalam Rajah 6 diperolehi. Antara keadaan berikut
yang manakah mewakili tindak balas penguraian bermangkin hidrogen peroksida
yang ditunjukkan oleh lengkungan Q?
A 60 cm3 hidrogen peroksida 1.0 mol
dm-3
B 50 cm3 hidrogen peroksida 1.0
mol dm-3 + 10 cm3 air suling
C 50 cm3 hidrogen peroksida 1.0
mol dm-3 + 10 cm3 hidrogen peroksida
1.5 mol dm-3
D 50 cm3 hidrogen peroksida 1.0 mol dm-3
+ 20 cm3 hidrogen peroksida 0.2 mol dm-3
27 Satu eksperimen untuk menentukan haba tindak balas antara serbuk
magnesium berlebihan dengan empat asid yang berlainan dijalankan dalam
bekas plastik.Antara larutan asid berikut yang manakah akan menyebabkan
kenaikan suhu tertinggi?
A 50 cm3 asid hidroklorik 1.0 mol
dm-3
B 50 cm3 asid sulfurik 1.0 mol dm-3
C 50 cm3 asid oksalik 1.0 mol dm-3
D 50 cm3 asid etanoik 1.0 mol dm-3
28 Pembakaran metanol dalam udara berlebihan ditunjukkan oleh persamaan termokimia berikut :
CH3OH + 3/2 O2 --> CO2 + 2H2O DH = - 715 kJ mol-1
Berapakah jisim metanol yang perlu dibakar untuk menaikkan suhu 200 cm2 sebanyak 300 C dengan menganggap semua haba diserap oleh air?
[Jisim atom relatif : H, 1; C, 12; O, 16; Muatan haba tentu air = 4.2
J g-1 0C-1;
Ketumpatan air = 1.0 g cm-3]
A 28.40 g
B 2.84 g
C 2.20 g
D 1.12 g
29 Kanji ditukar kepada asid etanoik melalui urutan proses berlabel
I, II dan III.
|
----> |
|
----> |
|
----> |
|
Antara berikut yang manakah mewakili proses I, II dan III?
|
|
|
|
|
|
|
Hidrolisis | Pengoksidaan | Pengesteran |
|
|
Penapaian | Pengoksidaan | Penghidratan |
|
|
Hidrolisis | Penapaian | Pengoksidaan |
|
|
Penapaian | Pengoksidaan | Pengesteran |
30 Antara bahan pencuci berikut yang manakah paling kurang mencemarkan
alam sekitar?
Bagi Soalan 31 hingga Soalan 40, tiap-tiap
soalan mempunyai satu atau lebih daripada satu cadangan jawapan yang betul.
Tentukan tiap-tiap cadangan jawapan itu betul atau salah. Kemudian, pilih
satu jawapan yang betul daripada pilihan A,B,C dan D yang berikutnya.
| Unsur | Jisim Atom Relatif |
| He | 4 |
| C | 12 |
JADUAL 6
31 Jadual 6 menunjukkan jisim atom relatif bagi unsur helium dan karbon. Antara pernyataan berikut yang manakah benar mengenai kedua-dua unsur ini?
I Satu atom karbon adalah
tiga kali lebih berat daripada satu atom helium
II 2 g helium mempunyai bilangan
atom yang sama dengan 6 g karbon
III 4 g helium menempati isipadu yang sama
dengan 4 g karbon
IV Jisim 1 atom helium adalah empat kali lebih
berat daripada 1/12 kali jisim 1 atom karbon - 12
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
32 Dalam satu eksperimen, 6.2 g unsur Z bertindak balas dengan oksigen
menghasilkan
14.2 g oksida unsur Z yang mempunyai jisim molekul relatif 142.
Antara berikut yang manakah benar tentang eksperimen ini?
[Jisim atom relatif: O, 16: Z, 31]
I. Formula empirik oksida unsur
Z ialah Z205
II. Bilangan mol oksida unsur Z yang
terbentuk ialah 0.05 mol
III Oksida unsur Z mempunyai formula empirik
dan formula molekul yang sama
IV 3 .1 g Z bertindak balas dengan 4.0 g oksigen
untuk menghasilkan 7.1 g oksida Z
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I, III dan IV sahaja
33 Pilih kenyataan yang benar berpandukan jadual berkala dalam Jadual 7 .JADUAL 7
I Unsur T dan M bertindak balas
menghasilkan sebatian yang larut dalam air
II Unsur T dan E bertindak balas cergas
dengan air sejuk
III Unsur W wujud sebagai zarah monoatam pada
suhu bilik
IV Unsur J dan M berpadu membentuk sebatian
JM2
A I dan III
B II dan IV
C I, II dan III
D I, II, III dan IV
RAJAH 7
34 Rajah 7 menunjukkan elektrolisis campuran larutan-larutan kuprum
(II) sulfat dan zink klorida menggunakan elektrod karbon. Antara berikut
yang manakah benar?
I Larutan menjadi berasid
II Enapan kelabu terbentuk di katod
III Keamatan warna biru larutan berkurang
IV Gelembung gas kuning kehijauan terbebas
di anod
A II, IV sahaja
B I, III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV
RAJAH 8
35. Tabung uji bagi radas P,Q,R dan S yang tiap-tiap satunya mengandungi gas-gas yang berlainan ditelangkupkan ke dalam larutan litmus seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8. Antara pemerhatian berikut yang manakah benar selepas radas dibiarkan selama 20 minit?
I Larutan dalam radas R berwarna
merah
II Paras larutan dalam tabung uji
bagi radas Q paling tinggi
III Larutan dalam radas S mempunyai nilai
pH kurang daripada 7
IV Larutan dalam radas P tidak menunjukkan
sebarang perubahan
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV
36
Sebatian G
Antara formula struktur berikut yang manakah isomer-isomer bagi sebatian G?
A I dan IV sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D I, III dan IV sahaja
37 Beberapa eksperimen telah dijalankan untuk mengenal pasti ion-ion
yang hadir dalam dua bikar yang berlabel M dan N. Keputusan bagi eksperimen
adalah seperti dalam Jadual 8.
|
|
|
|
| Larutan dalam bikar M | Larutan dalam bikar N | |
| Larutan ammonia berair | Mendakan hijau kotor tidak larut dalam berlebihan | Mendakan putih tidak larut dalam berlebihan |
| Larutan natrium karbonat | Mendakan hijau | Mendakan putih |
Antara garam-garam berikut yang manakah mungkin mewakili larutan dalam
bikar M dan N?
| Bikar M | Bikar N | |
| I | Kuprum(II) klorida | Plumbum(II) nitrat |
| II | Ferum(II) klorida | Zink nitrat |
| III | Kuprum(II) nitrat | Kalsium sulfat |
| IV | Ferum(II) sulfat | Aluminium klorida |
A IV sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I I, III dan IV sahaja
38 Antara berikut tindak balas yang manakah melibatkan pengurangan nombor pengoksidaan klorin?
I 2Fe + 3Cl2 ----> 2FeCl3
II 2MnO4- + 10Cl- + 16H+ ----> 2Mn2+ + 5Cl2 + 8H2O
III Cl2 + 2KBr ----> 2KCl + Br2
IV MgSO4 +
BaCl2 ----> MgCl2 +
BaSO4
A II dan IV sahaja
B I dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
RAJAH 9
39 Tindak balas yang diwakili oleh persamaan R + S --> T + U dalam Rajah 9 boleh berlaku melalui dua lintasan X dan Y yang berlainan. Antara berikut yang manakah benar berdasarkan gambar rajah aras tenaga tersebut?
I Mangkin telah digunakan
dalam tindak balas melalui lintasan Y
II Haba yang dibebaskan dalam tindak
balas melalui lintasan X ialah (n-m) kJmol-1
III Kepekatan R dan S yang digunakan
dalam tindak balas melalui lintasan Y adalah lebih tinggi
IV Tindak balas melalui lintasan Y dijalankan
pada suhu yang lebih tinggi daripada tindak balas melalui lintasan X
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
RAJAH 10
40 Antara bahan berikut, yang manakah boleh digunakan untuk membezakan bahan V dan W dalam Rajah 10?
I Serbuk kalsium karbonat
II Larutan kalium dikromat
(VI) berasid
III Logam natrium
IV Logam zink
A I sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D I, II, III dan IV
KERTAS SOALAN TAMAT