PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2001
1Jawab Semua Soalan
Sepanjang bulan Julai 2001, urus niaga yang berlaku adalah seperti yang ditunjukkan oleh dokumen-dokumen dalam Lampiran A.
Anda dikehendaki:
(a) menyediakan buku-buku catatan pertama termasuk buku tunai
(Jurnal Penerimaan Tunai dan Jurnal Pembayaran Tunai tidak diperlukan).
[ 11 markah ]
(b) memindahkan catatan daripada buku catatan pertama ke lejar.
[ 10 markah ]
(c) menyediakan Imbangan Duga pada 31 Julai 2001. [ 7 markah ]
2
Puan Rohani adalah pemilik Farmasi Rohani yang beroperasi di Kuala
Terengganu. Berikut ialah Imbangan Duga perniagaan pada 30 Jun 2001.
|
Imbangan Duga Pada 30 Jun 2001 |
||
|
|
|
|
|
|
|
|
| Modal pada 1 Julai 2000 |
21 675
|
|
| Stok pada 1 Julai 2000 |
10 500
|
|
| Penghutang dan Pemiutang |
7 500
|
4 850
|
| Bank |
2 050
|
|
| Kenderaan (kos) |
15 000
|
|
| Belian dan Jualan |
48 400
|
65 480
|
| Pulangan |
500
|
200
|
| Komisen |
1 150
|
|
| Angkutan masuk |
700
|
|
| Gaji |
5 020
|
|
| Peruntukan susut nilai kenderaan |
4 125
|
|
| Kadar bayaran |
550
|
|
| Ambilan |
440
|
|
| Hutang lapuk |
400
|
|
| Sewa |
6 000
|
|
| Tunai |
630
|
|
| Diskaun |
210
|
|
| ------------------ | ------------------ | |
| 97 690 | 97 690 | |
| ============ | ============ |
Maklumat tambahan
(i) Stok pada 30 Jun 2001 ialah RM11 800 pada harga kos dan RM10 600 pada harga pasaran.
(ii) Ambilan barang belum catat ialah RM150.
(iii) Sewa bulanan ialah RM450.
(iv) Gaji pekerja terakru RM980.
(v) Kenderaan yang telah dibeli pada 1 Oktober 1997 disusutnilaikan mengikut kaedah ansuran tetap pada kadar 10% setahun.
(vi) Peruntukan hutang ragu diwujudkan 3% atas penghutang.
Anda dikehendaki menyediakan (bentuk penyata):
(a) Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 Jun 2001. [11 markah]
(b) Kunci Kira-Kira pada 30 Jun 2001 (dengan menunjukkan modal kerja). [8 markah]
3
Abdul Ghani, seorang peniaga tidak menyimpan rekodnya dengan
lengkap. Butir-butir berikut dipetik daripada buku-bukunya:
| 1 Januari 2000 | 31 Disember 2000 | |
|
|
|
|
| Tunai |
2 010
|
3 590
|
| Stok |
6 710
|
8 990
|
| Kelengkapan |
5 200
|
5 200
|
| Penghutang |
10 160
|
12 020
|
| Pemiutang |
7 760
|
6 890
|
| Perabot |
5 500
|
5 500
|
| Elektrik terakru |
250
|
180
|
| Sewa terdahulu |
360
|
400
|
Maklumat tambahan:
(i) Pada tahun itu Abdul Ghani telah mengambil barang RM120 sebulan untuk kegunaan keluarga dan mengeluarkan tunai RM600 untuk kegunaan sendiri dalam tempoh perakaunan itu.
(ii) Abdul Ghani telah memasukkan tunai RM2 000 dan almari pameran bernilai RM2 000 miliknya ke dalam perniagaan.
(iii) Penghutang RM200 telah menjadi lapuk. Abdul Ghani mewujudkan peruntukan hutang ragu 5 % atas penghutang.
(iv) Semua aset tetap hendaklah disusutnilaikan 10 % setahun.
Anda dikehendaki menyediakan:
(a) Penyata mengira modal pada 31 Disember 2000.
(b) Penyata mengira untung rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2000.
[16 markah]
4
(a) Tahun perakaunan perniagaan Nadi Enterprise berakhir pada 31 Disember
setiap tahun dan baki peruntukan hutang ragu pada 1 Januari 1999 ialah
RM564. Berikut ialah baki penghutang pada 31 Disember:
1999
RM18 700
2000
RM14 500
Adalah menjadi dasar perniagaan untuk menyelaraskan peruntukan hutang ragu sebanyak 5 % daripada penghutang.
Anda dikehendaki menyediakan Akaun Peruntukan Hutang Ragu bagi tahun-tahun berakhir 31 Disember 1999 dan 2000.
4(b) Pada 1 Januari 1999, Syarikat Rozita membeli 2 buah komputer berharga RM3 000 setiap satu. Dasar Syarikat Rozita adalah untuk menyusutnilaikan komputer pada kadar 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.
Pada 31 Disember 2000, sebuah komputer telah dijual secara tunai
dengan harga
RM2 400. Tahun perakaunan berakhir pada 31 Disember setiap
tahun.
Anda dikehendaki menyediakan:
(i) Akaun Alatan Pejabat.
(ii) Akaun Peruntukan Susut Nilai Alatan Pejabat.
(iii) Akaun Pelupusan Alatan Pejabat.
(iv) Akaun Untung atau Rugi daripada Pelupusan Alatan Pejabat.
[13 markah]
5
En. Sobri memulakan perniagaan menjual dan memproses ayam pada 1 Mac
2001 dengan modal tunai RM20 000.
Anggaran maklumat berkaitan perniagaan tersebut adalah seperti berikut:
(a) Membeli mesin memproses ayam berharga RM3 000 secara tunai.
(b) Belian dan jualan:
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
(i) Harga belian RM3.80 seekor. Belian dibuat secara kredit di mana pemiutang dijelaskan dalam tempoh sebulan.
(ii) Harga jualan RM5.00 seekor.
(c) Perniagaan En. Sobri juga mengambil upah memproses ayam dengan kadar RM 0.50 seekor. Ayam yang diproses dalam bulan April 520 ekor dan dalam bulan Mei 760 ekor .
(d) Gaji dan upah sebanyak RM1 500 sebulan.
(e) Belanja air dan elektrik RM150 sebulan dan dijangka
meningkat 10 %
bagi Mei.
Anda dikehendaki menyediakan Penyata Aliran Tunai bagi tiga bulan
berakhir 31 Mei 2001.
[13 markah]
6
Puan Maimunah mengusahakan penanaman pokok bunga orkid untuk dijual.
Berikut ialah butir-butir operasi Ladang Maimunah untuk dua tahun.
|
|
|
|
| Jumlah kos |
RM22 800
|
RM26 000
|
| Jumlah jualan |
RM19 200
|
RM24 000
|
| Bilangan unit dijual |
|
|
Anda dikehendaki menghitung:
(a) Kos berubah seunit
(b) Kos tetap
(c) Margin sumbangan seunit
(d) Titik pulang modal
(e) Sekiranya pada tahun 2000 Maimunah menaikkan harga jualan seunit
kepada RM5.20, berapakah unit yang perlu dijual untuk mendapat keuntungan
RM6 000?
[11 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT
|
Dokumen Perniagaan |