MAKTAB RENDAH SAINS MARA

 

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2000

 


TASAWWUR ISLAM 
Dua jam tiga puluh minit
©2000  Hak Cipta Bahagian Pelajaran Menengah, MARA

 


 
Jawab dua soalan daripada Bahagian A dan tiga soalan daripada bahagian B
                 
Bahagian A
[40 markah]
Jawab dua soalan sahaja

1 (a)  Keupayaan  akal   sangat  terbatas.  Ianya  perlu  dibimbing  oleh   Al-Quran.
 
        (i) Terangkan kebenaran pernyataan di atas dengan memberikan tiga hujjah       [6 markah]

        (ii)  Nyatakan tiga peranan akal bagi  melahirkan umat Islam yang sempurna dan  berkualiti.                    [6 markah]
 

(b)  Sifat materialistik telah mempengaruhi hubungan umat Islam masa kini.

        (i)  Nyatakan dua ciri utama fahaman materialisme.        [4 markah]

        (ii) Jelaskan dua tindakan yang boleh  anda lakukan untuk membantu masyarakat  supaya tidak bersikap materialistik.           [4 markah]

2  (a)  Rabbaniyyah ialah ciri penting yang membuktikan umat Islam umat yang unggul.

        (i)   Nyatakan dua prinsip Rabbaniyyah.            [4 markah]

        (ii) Terangkan tiga perkara yang perlu anda lakukan untuk memenuhi prinsip  tersebut.                   [6 markah]

 (b)
 

" Tidak kami utuskan engkau wahai Muhammad kecualo membawa rahmat
keseluruh alam."
(Maksud ayat Al-Quran surah al-Anbiya :107)
 

    (i) Bagaimanakah cara yang boleh anda lakukan supaya rahmat Allah itu dapat  dikekalkan.                  [4 markah]

    (ii)Ramai Sarjana Barat memeluk Islam selepas mengkajinya dan   mereka dapati  Islam agama yang benar dan unggul.
  Buktikan keunggulan Islam itu dengan memberikan tiga hujjah.    [6 markah]
 

3     (a)  Perlembagaan Madinah  memberi jaminan bahawa tiada seorangpun warganegara yang akan dibiarkan susah dan miskin.

            Sejauhmanakah kandungan perlembagaan Madinah di atas dapat dilaksanakan dalam sistem ekonomi masa                 kini.             [6 markah]

        (b) Islam mengutamakan persaudaraan dan kasih-sayang dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.
Nyatakan empat cara yang dapat anda lakukan untuk mewujudkan budaya penyayang di sekolah.                 [4 markah]

(c)     Antara matlamat utama sistem kehakiman Islam ialah untuk menegakkan keadilan.

        (i) Berikan tiga hujjah anda bagi menyokong pernyataan di atas.   [6 markah]

        (ii) Nyatakan empat sifat seorang hakim menurut Islam.     [4 markah]
 

Bahagian B
[60 markah]
Jawab tiga soalan sahaja.
4 (a)  Monopoli merupakan perbuatan yang ditegah dalam sistem ekonomi Islam.

        (i)  Huraikan keburukan monopoli dalam kehidupan masyarakat.    [6 markah]

        (ii) Cadangkan dua langkah untuk mengatasi masaalah tersebut.     [4 markah]

   (b)  Islam mengharamkan perbuatan menceroboh harta milik orang lain.
          Terangkan tiga sebab perbuatan tersebut diharamkan.       [6 markah]
 
    (c)  Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh orang Islam akan menjadi ibadah. 
           Bagaimanakah sesuatu pekerjaan itu boleh dianggap sebagai ibadah.     [4 markah]

5  (a)  Krisis rumahtangga yang berlaku hari ini disebabkan tidak mematuhi perinsip kekeluargaan Islam.
             Sejauhmanakah kebenaran pernyataan di atas.         [6 markah]

    (b)  Dalam sistem kekeluargaan Islam suami memainkan peranan penting bagi    mewujudkan sebuah keluarga bahagia khususnya di era globalisasi.
      Nyatakan empat ciri suami yang bertanggungjawab.           [4 markah]

    (c)  Muamalah Islam dapat menghindarkan manusia daripada kezaliman dan   penindasan.

         (i) Buktikan pernyataan di atas dengan mengemukakan tiga hujjah.    [6 markah]

        (ii) Berikan empat contoh muamalat yang bertentangan dengan Islam yang diamalkan   oleh masyarakat Islam msa kini.             [4 markah]

6     (a)   Antara matlamat perundangan Islam ialah untuk memelihara agama.
 
           (i) Terangkan tiga cara yang dapat dilakukan oleh sesebuah negara bagi merealisasikan matlamat tersebut.  [6 markah]

            (ii)  Berikan dua contoh perbuatan yang boleh disabitkan dengan hukuman hudud  dan dua contoh hukuman takzir.              [4 markah]

        (b) Perpecahan di kalangan umat Islam masa kini semakin meruncing.
                Huraikan tiga langkah bagi menyelesaikan masaalah tersebut menurut perspektif Islam.                        [6 markah]

         (c)  Nyatakan dua tujuan penyelesaian masaalah menurut Islam.     [4 markah]

 
7 (a)
 

"Sesungguhnya Allah sangat sayang kepada orang yang melakukan sesuatu, 
ia melakukan pekerjaan itu dengan tekun dan bersungguh sungguh"
(Maksud hadis Riwayat al-Baihaqi)
 
 
 
 

    (i) Huraikan matlamat bekerja menurut Islam         [4 markah]

    (ii) Sejauhmanakah budaya kerja umat Islam hari ini memenuhi kehendak hadis di  atas.                      [4 markah]

(b) Pengangguran adalah gejala yang boleh merosakkan masyarakat Islam dan negara.
 Nyatakan tiga punca berlakunya gejala tersebut.        [6 markah]

(c) Perbuatan nusyuz dilarang keras oleh Islam kerana perbuatan itu boleh mendatangkan berbagai implikasi buruk kepada sesebuah rumahtangga.   Jelaskan tiga faktor berlakunya nusyuz.           [6 markah]
 

8 (a)  Islam telah menetapkan hukum wajib, haram, sunat, makruh dan harus.
   Terangkan hikmat Islam mensyariatkan hukum haram dan sunat.   [4 markah]

(b)
 

"Wahai orang-orang beriman sesungguhnya arak, judi, 
menyembah berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji 
(daripada amalan syaitan)"
(Maksud ayat al-Quran surah al-Maidah : 90)

    (i) Cadangkan tiga langkah yang boleh diambil untuk menjaga kehormatan diri daripada  terjebak ke dalam perbuatan keji tersebut.      [6 markah]

    (ii) Apakah  kelebihan yang diperolehi oleh orang mukmin yang menjaga  kehormatan diri                  [4 markah]

(c) Undang-undang Islam merupakan peraturan hidup yang terunggul.
Jelaskan tiga perbezaan antara undang-undang Islam dengan undang-undang barat  [6 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT