
1. Antara berikut yang manakah menunjukkan organisma unisel?

Rajah 1(a) di atas menunjukkan satu jalur kentang yang dimasukkan ke dalam larutan X. Rajah 1(b) pula menunjukkan satu jalur batang kangkung yang dimasukkan ke dalam larutan Y. Kedua-dua spesimen dibiarkan dalam larutan berkenaan selama 30 minit. Antara berikut, yang manakah sifat larutan X dan Y?
Larutan X Larutan Y
A. Hipertonik Hipotonik
B. Hipotonik Hipertonik
C. Hipotonik Hipotonik
D. Hipertonik Hipertonik
3. Kadar pengecutan vakuol mengecut amoeba mempunyai kaitan yang rapat
dengan kepekatan osmosis larutan persekitarannya. Antara graf berikut,
yang manakah mewakili perhubungan tersebut?
4. Jadual 1 di bawah menunjukkan keputusan dalam satu eksperimen untuk
menentukan kandungan vitamin C bagi 15 cm3 jus nenas. Berapakah
kandungan Vitamin C dalam sampel jus nenas tersebut?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
A. 10 mg/100 cm3
B. 20 mg/100 cm3
C. 100 mg/100 cm3
D. 200 mg/100 cm3
5.
Rajah 2
Antara pernyataan berikut yang manakah paling tepat menerangkan Rajah 2 di atas?
A. Kadar fotosintesis tidak dipengaruhi oleh kepekatan karbon dioksida.
B. Kadar fotosintesis bertambah dengan pertambahan keamatan cahaya setiap masa.
C. Kadar fotosintesis bertambah dengan pertambahan keamatan cahaya dan pengurangan kepekatan karbon dioksida.
D. Kadar fotosintesis bertambah dengan pertambahan keamatan cahaya
sehingga satu had tepu kepekatan karbon dioksida.
6.
Rajah 3
Rajah 3 di atas menunjukkan persediaan radas untuk menunjukkan respirasi anaerob oleh yis. Kadar respirasi diukur dengan memerhati bilangan gelembung udara pada sela masa tertentu selama 30 minit. Jika larutan glukosa diganti dengan larutan kanji, apakah pemerhatian yang anda jangkakan?
A. Tiada bilangan gelembung udara.
B. Bilangan gelembung udara bertambah.
C. Bilangan gelembung udara berkurang.
D. Bilangan gelembung udara sama.
7.
Peparu Besi
(a)
Peparu Manusia
Rajah 4
Rajah 4(a) menunjukkan model peparu besi, manakala Rajah 4(b) menunjukkan gambarajah peparu manusia. Seorang pesakit poliomielitis menghadapi masalah struktur P dan Q tidak berfungsi. Antara struktur berlabel J, K, L, M pada model peparu besi, struktur yang manakah dapat menggantikan fungsi P dan Q?
A. J dan M
B. J dan K
C. L dan M
D. K dan L
8.
Organisma di atas menunjukkan kumpulan organisma tanah akuatik
dan separa akuatik. Sekiranya seorang pelajar mengekstrak haiwan di atas
dengan menggunakan corong Baermann, haiwan manakah yang mungkin terkumpul
dalam corong tersebut?
A. P, J dan L sahaja
B. Q, K dan M sahaja
C. P, R dan K sahaja
D. R, S dan M sahaja
9.
Rajah 5
Rajah 5 di atas menunjukkan siratan makanan pada satu ekosistem
belukar. Antara berikut yang manakah paling sesuai untuk mewakili karnivor
P dalam piramid jisim?
10.
|
P - Sinar infra merah dipantulkan dari
permukaan bumi
Q - Sinar ultra ungu dari pancaran matahari tiba ke bumi R - Haba terperangkap di lapisan atmosfera bumi S - Sebahagian tenaga haba diserap oleh molekul gas T - Suhu bumi semakin meningkat |
Fenomena kesan rumah hijau berlaku seperti dalam Jadual 2. Antara berikut susunan yang manakah betul mengenai fenomena tersebut?
A. P,S,T,Q,R
B. Q,P,S,R,T
C. S,P,T,Q,R
D. Q,R,S,P,T
11. Antara berikut amalan yang manakah boleh mengelak dari penyakit
karies gigi?
A. Elakkan daripada mengambil makanan berasid.
B. Banyakkan memakan makanan berserabut.
C. Menggosok gigi setiap kali selepas makan.
D. Menambah kepekatan fluorida dalam air minuman.
12. Antara agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berikut, yang manakah
terlibat secara langsung dalam usaha mencegah berlakunya kebuluran?
A. UNESCO
B. WHO
C. UNICEF
D. FAO
13. Seorang pelajar P diberi minum 250 ml larutan X. Seorang pelajar
Q diberi minum 250 ml larutan Y. Kedua-duanya dikehendaki duduk berehat
selepas larutan itu diminum. Isipadu air kencing mereka dikumpulkan setiap
30 minit selama 3 jam berturut-turut. Rajah 6 di bawah menunjukkan keputusan
yang telah diperolehi. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada eksperimen
ini?
Rajah 6
| Air Kencing Pelajar P | Air Kencing Pelajar Q | Larutan X | Larutan Y | |
|
|
Banyak dan pekat | Sedikit dan cair | Hipotonik | Isotonik |
|
|
Sedikit dan pekat | Banyak dan cair | Isotonik | Isotonik |
|
|
Banyak dan cair | Sedikit dan pekat | Hipotonik | Hipertonik |
|
|
Sedikit dan cair | Banyak dan pekat | Hipertonik | Hipotonik |
Radas dalam Rajah 7 di atas digunakan untuk mengukur kadar kehilangan air dari daun. Dalam keadaan pertama, jarum penunjuk mengambil masa 3 minit untuk kembali pada kedudukan asal tetapi mengambil masa 10 minit dalam keadaan kedua. Apakah keadaan yang pertama dan kedua?
Keadaan Pertama Keadaan Kedua
A. Kelembapan
tinggi
Kelembapan rendah
B. Udara
tenang
Udara bergerak
C. Suhu
tinggi
Suhu rendah
D. Tekanan
atmosfera tinggi Tekanan atmosfera rendah
15.
Rajah 8
Rajah 8 di atas menunjukkan struktur lengan manusia semasa membengkok. Di antara pasangan otot berikut, yang manakah betul semasa lengan diluruskan?
Otot J Otot K
A. Mengecut
Mengendur
B. Mengecut
Mengecut
C. Mengendur
Mengendur
D. Mengendur
Mengecut
16. Semasa berlaku kebakaran di satu kawasan setinggan, seorang wanita disitu tidak merasa cemas dan sempat menyelamatkan dokumennya. Antara berikut paras hormon yang manakah berkurangan di dalam darah wanita tersebut?
A. Noradrenalin
B. Adrenalin
C. Aldosteron
D. Asetilkolin
17.
Rajah 9
Rajah 9 menunjukkan salur-salur darah yang terdapat pada dinding uterus dan plasenta seorang wanita yang hamil. Antara berikut bahan yang manakah bertambah kepekatannya apabila darah mengalir dari K ke L?
A. Oksigen
B. Glukosa
C. Asid Amino
D. Karbon Dioksida
18.
Rajah 10
Rajah 10 di atas menunjukkan keadaan penanaman pokok tomato di dalam kelambu dan dalam keadaan biasa. Antara berikut fenomena manakah paling sesuai menerangkan pemerhatian di atas?
A. Kurang bilangan serangga untuk menjalankan pendebungaan.
B. Kelambu menghalang cahaya untuk fotosintesis.
C. Jumlah air hujan yang diterima kurang.
D. Kelambu mengganggu pertumbuhan pokok tomato.
19.
Rajah 11
Rajah 11 menunjukkan perkembangan folikel yang melalui peringkat
P, Q dan R dalam ovari manusia. Antara graf berikut yang manakah mewakili
aras hormon peluteinan dan progesteron sebelum dan selepas kedudukan R?.
Petunjuk : __________ Hormon peluteinan
--------------- Hormon progesteron
20. Bagi lalat buah, Drosophila melanogaster, warna merah pada
mata adalah dominan kepada warna putih. Sekiranya 15% populasi lalat itu
mempunyai mata putih, berapakah peratus populasi yang mempunyai kedua-dua
gen dominan untuk mata merah?
A. 15%
B. 30%
C. 50%
D. 85%
21. Bentuk balung ayam dikawal oleh dua pasang alel pada kromosom homolog berlainan iaitu Pp dan Rr. Balung ros terbentuk dengan kehadiran R tanpa P, balung walnut terbentuk apabila P dan R hadir. Dalam satu kacukan antara walnut dan ros, semua anak yang terhasil adalah walnut. Antara berikut yang manakah kemungkinan genotip-genotip induk dalam kacukan ini?
A. PpRr x
ppRR
B. PPRr x
ppRR
C. PpRR x ppRR
D. PpRR x ppRr
22.
Rajah 12
Seorang pelajar mengeluarkan sebiji guli secara rawak masing-masing daripada setiap balang A dan balang B, seperti dalam Rajah 12. Langkah itu dibuat sebanyak 200 kali untuk mendapatkan 200 pasang guli. Keputusan yang diperolehi adalah seperti berikut:-
Pasangan merah = 54
Pasangan merah dan putih = 98
Pasangan putih = 48
Jika merah mewakili gen dominan dan putih mewakili gen resesif, berapakah individu yang akan menunjukkan sifat merah?
A. 54
B. 98
C. 103
D. 152
23. Antara berikut yang manakah bukan contoh pertumbuhan?
A. Saiz sel darah merah bertambah dalam larutan hipotonik.
B. Berat kering anak benih bertambah.
C. Lilitan batang tumbuhan bertambah.
D. Metamorfosis nimfa lipas kepada bentuk dewasa.
24.
Rajah 13
Rajah 13 di atas menunjukkan zon-zon yang terdapat pada
hujung akar tumbuhan. Antara berikut yang manakah mewakili sel yang terdapat
pada zon Y?
25.
Rajah 14
Graf pada Rajah 14 menunjukkan aras antibodi dalam darah selepas disuntik vaksin. Pada masa bilakah individu tersebut mula mendapat keimunan?
A. 3 minggu selepas suntikan kedua
B. 8 minggu selepas suntikan kedua
C. 4 minggu selepas suntikan kedua
D. 5 minggu selepas suntikan kedua
Bagi soalan 26-40, tiap-tiap soalan mempunyai
satu atau lebih daripada satu cadangan jawapan yang betul. Tentukan tiap-tiap
cadangan jawapan itu betul atau salah. Kemudian pilih satu jawapan yang
betul daripada pilihan A,B,C dan D yang berkenaan.
26. 10 cm3 cecair telah dimasukkan ke dalam tabung didih
dan diuji dengan larutan Benedict. Selepas pemanasan, didapati mendakan
merah bata terbentuk. Antara berikut, bahan-bahan yang manakah terdapat
dalam cecair tersebut?
I Sukrosa
II Galaktosa
III Laktosa
IV Glukosa
A. I, II dan III sahaja
B. I, III dan IV sahaja
C. I, II,dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja
27.
Rajah 15
Rajah 15 menunjukkan 4 set alat radas yang
digunakan untuk mengkaji kesan suhu ke atas aktiviti enzim amilase. Setiap
tabung uji diisi dengan 10 ml kanji dan 5 ml air liur. Selepas 15 minit
campuran tersebut diuji dengan larutan iodin. Keputusan berikut didapati
:
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|||
|
|
|
|
|
| I | Jenis Kanji | Suhu | Masa perubahan warna |
| II | Isipadu Kanji | Masa perubahan warna | Suhu |
| III | Isipadu Air Liur | Suhu | Masa perubahan warna |
| IV | Masa perubahan warna | Suhu | Isipadu Kanji |
Rajah 16 di atas menunjukkan struktur tipikal satu sel manusia. Struktur X banyak didapati di dalam sel-sel lapisan endotelium pada usus. Mengapakah struktur X banyak dijumpai disini?
I. Proses resapan banyak berlaku.
II. Pengangkutan aktif banyak berlaku.
III. Proses osmosis banyak berlaku.
IV. Pengangkutan pasif banyak berlaku.
A. I sahaja
B. II sahaja
C. II dan III sahaja
D. I dan IV sahaja
29. Dalam kajian tangkap lepas tangkap semula populasi
katak dikawasan maktab, didapati populasi yang dianggarkan berjumlah 600
ekor. Bagaimanakah cara untuk mendapat anggaran populasi katak dengan lebih
tepat?
I. Saiz sampel dibesarkan.
II. Kawasan yang dikaji diperluaskan.
III. Ulangi kajian sebanyak 5 kali.
IV. Kuantiti penanda dilebihkan.
A. I dan III sahaja
B. I dan IV sahaja
C. II dan III sahaja
D. II dan IV sahaja
Soalan 30 dan 31 berdasarkan Rajah 17
Rajah 17
Rajah 17 adalah radas yang digunakan untuk membandingkan
nilai BOD beberapa sampel air dari kawasan X, Y, Z. Keputusan yang
diperolehi adalah seperti Jadual 3 di bawah:-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
30. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada keputusan di atas?
I. Sampel Z mempunyai nilai BOD
yang paling rendah.
II. Sampel Y mempunyai populasi bakteria yang
paling banyak.
III. Sampel X dari kawasan paling tercemar.
IV. Penunjuk metilena biru telah meluntur bahan organik.
A. I dan III sahaja
B. II dan III sahaja
C. II dan IV sahaja
D. I, III dan IV sahaja
31. Apakah langkah kawalan yang boleh diambil untuk mendapat keputusan
yang lebih tepat?
I. Botol reagen ditutup setelah dirawat.
II. Penyediaan larutan metilena biru yang segar.
III. Larutan metilena biru ditambahkan di bawah permukaan sampel
air.
IV. Kandungan botol reagen tidak digoncangkan setelah dirawat.
A. I dan III sahaja
B. II dan IV sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja
32. Antara berikut yang manakah merupakan komponen utama kecergasan
fizikal?
I. Kekuatan rangka
II. Kekuatan otot
III. Postur badan
IV Daya tahan kardiovaskular
A. I dan III sahaja
B. I dan IV sahaja
C. II dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja
33. Antara berikut yang manakah langkah paling berkesan untuk
menyekat pandemik sesuatu penyakit?
I. Menyemburkan bahan kimia pembasmi kuman
pada kapal terbang dari luar negara.
II. Memasangkan ceper pencegah vektor pada
kapal laut dari luar negara.
III. Memeriksa semua pelancong di pintu masuk negara.
IV. Memastikan setiap pelancong mempunyai sijil kesihatan.
A. I, II dan III sahaja
B. I, II dan IV sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja
34.
Rajah 18
Rajah 18 menunjukkan sebahagian daripada sistem peredaran darah manusia. Bahan-bahan yang terdapat dalam darah yang mengalir melalui salur darah N ialah
I. urea
II. plasma
III. fibrinogen
IV. antibodi
A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
35.
Rajah 19
Antara proses fisiologi berikut, yang manakah terlibat dalam perubahan keadaan P kepada Q dalam Rajah 19 di atas?
I. Proses resapan
air dari sel Y ke sel X bertambah.
II. Proses pengangkutan aktif
garam dari sel X ke sel Y.
III. Penghasilan glukosa bertambah
dalam sel X.
IV. Proses fotosintisis dalam sel
Y berkurang.
A. I dan III sahaja
B. I dan IV sahaja
C. II dan III sahaja
D. II dan IV sahaja
36. Jika seorang pesakit mengalami kerosakan pankreas, tindakbalas yang manakah akan terjejas?
I. Glukosa --> Glikogen
II. Kanji --> Maltosa
III. Glikogen --> Glukosa
IV. Polipeptida --> Asid Amino
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV sahaja
37.
Rajah 20
Antara berikut yang manakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada eksperimen yang ditunjukkan dalam Rajah 20 di atas.
I. Hujung koleoptil
diperlukan untuk pertumbuhan hujung pucuk.
II. Blok agar boleh menggantikan
fungsi hujung koleoptil.
III. Bahan kimia dari hujung koleoptil
meresap ke dalam blok agar.
IV. Blok agar membantu meransang pertumbuhan
koleoptil.
A. I dan III sahaja
B. II dan IV sahaja
C. I, II dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja
38.
Rajah 21
Rajah 21 di atas menunjukkan satu kaedah pembiakan aseks tumbuhan. Antara berikut kaedah yang manakah patut diambil untuk memperoleh anak pokok baru?
I. Membalut tanah liat pada
gelang.
II. Memilih ranting yang segar
untuk digelang.
III. Merawat hormon penggalak akar pada
gelang.
IV. Menggunakan plastik tanpa lubang
untuk membalut gelang.
A. I dan III sahaja
B. I dan IV sahaja
C. II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
39. Antara berikut yang manakah pernyataan yang benar mengenai pertumbuhan
manusia?
I. Pertumbuhan awal
remaja bagi lelaki adalah lebih lambat berbanding perempuan.
II. Orang lelaki dewasa lebih cepat
mengalami penuaan berbanding perempuan.
III. Pertumbuhan bayi lebih cepat berbanding
kanak-kanak.
IV. Pertumbuhan kanak-kanak lelaki lebih
cepat berbanding dengan kanak-kanak perempuan.
A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja
40.
Rajah 22
Rajah 22 di atas menunjukkan morfologi satu bakteria. Antara berikut bakteria yang manakah mempunyai bentuk seperti di atas?
I. Laktobasilus asidofilus
II. Basillus tubercle
III. Streptokokus bulgaris
IV. Stafilokokus aureus
A. III sahaja
B. IV sahaja
C. I dan II sahaja
D. III dan IV
sahaja