MAKTAB RENDAH SAINS MARA

 

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2000

 


BIOLOGI 
KERTAS 2
Satu jam tiga puluh minit
©2000  Hak Cipta Bahagian Pelajaran Menengah, MARA

 Bahagian A
[ 60 markah ]
 Jawab semua soalan dalam bahagian ini. 
 
 

1.  Rajah 1 menunjukkan carta bagi bahan-bahan pencemar yang terhasil daripada kenderaan bermotor dan kilang.
 

 
Rajah 1
 (a) (i) "Kenderaan bermotor merupakan penyumbang utama kepada pencemaran udara". Terangkan pernyataan ini.
           [ 2 markah ]
 
      (ii) Apakah inferens  yang boleh dibuat tentang saiz carta pai dengan kuantiti bahan pencemar?
           [ 1 markah ]
  (b) (i) Namakan fenomena pencemaran udara yang mungkin terjadi akibat daripada kehadiran bahan-bahan pencemar pada Rajah 1.                     [ 1 markah ]
 
  (ii)  Nyatakan dua bahan pencemar yang menyumbang kepada berlakunya fenomena tersebut.  Terangkan.
           [ 4 markah ]
 
 (c) Cadangkan tiga langkah untuk mengatasi masalah pencemaran udara .               [ 3 markah ]
 

2.
 
                                                                         Rajah 2

   Rajah 2  menunjukkan pergerakan molekul air di bahagian bawah keratan daun tumbuhan berbunga.

 (a) (i) Tidak semua air yang memasuki daun melalui vesel xilem ditranspirasikan melalui stoma. Nyatakan apakah yang berlaku kepada air yang tidak ditranspirasikan                              [ 1 markah ]

  (ii) Terangkan bagaimana kehilangan wap air melalui stoma dapat membantu pengangkutan bahan larut dari akar ke daun.

           [ 2 markah ]
 
 (b) (i) Terangkan bagaimana molekul air boleh sampai ke sel mesofil berspan dari vesel xilem.
            [ 2 markah ]
 

 (ii) Cadangkan langkah-langkah bagi membuktikan air yang terdapat di vesel xilem daun berasal daripada air yang diserap oleh akar.                            [ 3 markah ]
 
(c) Bagaimanakah kehadiran sel-sel mesofil berspan yang banyak dapat membantu menyokong daun?

            [ 2 markah ]
 3.
Rajah 3

 Rajah 3 menunjukkan organ betina bagi pembiakan tumbuhan.

  Pada Rajah 3 di atas :

 (a) Lukis dan labelkan pada struktur-struktur yang terlibat sekiranya persenyawaan berlaku. Gunakan anak panah untuk menunjukkan proses tersebut.                  [ 3 markah ]
 
 (b) Namakan proses di atas dan terangkan apa yang berlaku dalam proses tersebut.

            [ 3 markah ]
 
(c) Terangkan bagaimana teknologi pembiakan aseks dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti tanaman di negara kita.
           [ 3 markah ]
4.
 
Rajah 4(a)

 Rajah 4(a) menunjukkan kacukan antara pokok jenis berbunga aksial dan terminal. Semua generasi pertama, F1 didapati berbunga aksial. Generasi pertama kemudiannya dikacukkan sesama sendiri. Semua generasi kedua yang dihasilkan ditunjukkan dalam Rajah 4(b) berikut.

Rajah 4(b)

 (a) (i) Apakah sifat dominan dalam kacukan di atas?

            [ 1 markah ]
  (ii) Terangkan bagaimana anda mengenalpasti sifat di a(i) adalah dominan.
           [ 2 markah ]
 (b) Mengapakah sifat pokok berbunga terminal tidak kelihatan dalam generasi pertama?
           [ 1 markah ]
  (c) Berapakah nisbah fenotip bagi kacukan dalam generasi kedua?
            [ 2 markah ]
  (d) Dengan menggunakan kekunci B mewakili gen yang mengawal sifat pokok berbunga aksial dan b mewakili gen yang mengawal sifat pokok berbunga terminal, nyatakan genotip bagi :

  i. Pokok generasi pertama F1 : .................................................................................

  ii. Pokok berbunga terminal F2 : ...............................................................................

           [ 2 markah ]
 
 (e) (i) Lukiskan gambarajah skema kacukan untuk menunjukkan penghasilan anak daripada generasi pertama dengan pokok berbunga aksial.
           [ 3 markah ]
 
5. Seorang pelajar biologi telah mengumpulkan daun-daun bunga raya untuk satu kajian variasi. Beliau telah mengukur panjang daun-daun tersebut dan data yang diperoleh  dicatatkan dalam jadual 1.
 
Ukuran Panjang Bagi Setiap Daun (mm) 
45 
34 
37
42 
32 
23
48 
26 
53
39 
44 
36
38 
41 
54
31 
38 
50
43 
49 
30 
37 
35 
42
58 
40 
47
44 
34 
39 
 Jadual 1

 (a) Bina satu jadual dengan membahagikan ukuran panjang daun kepada lapan kumpulan. Jadual hendaklah mengandungi tajuk perkara berikut ; panjang daun (mm), bilangan daun dan jumlah daun.

           [ 2 markah ]
 

 (b) (i) Berpandukan jadual di (a)  binakan histogram taburan panjang daun bunga raya pada kertas graf yang disediakan. Lukiskan bentuk graf lengkung panjang daun jika ciri panjang daun digunakan untuk mengkaji variasi pada daun.

           [ 3 markah ]
 
  (ii)  Terangkan bagaimana anda mendapatkan bentuk graf lengkungan itu.
           [ 1 markah ]
 
 (c) (i) Apakah jenis variasi yang ditunjukkan oleh ukuran panjang daun bunga raya?
            [ 1 markah ]
  (ii)  Berikan dua sebab bagi jawapan anda di (c)(i) di atas.                                                                   [ 2 markah ]
 

6. Satu eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji kawasan yang mengalami pertumbuhan bagi hujung akar anak benih pokok kacang. Lima anak benih pokok kacang yang mempunyai akar yang lurus telah dipilih. Hujung akar itu kemudiannya ditanda dengan dakwat India pada sela 1 mm (Rajah 5a). Selepas 48 jam hujung anak benih itu diukur semula dan pertambahan panjangnya antara sela-sela tadi (Rajah 5b) dicatatkan di dalam jadual seperti berikut:-
 
 

Zon 
(dari hujung akar)
Purata panjang antara tanda (mm)
Pada Permulaan (a)
Selepas 48 jam (b) 
1
1.0
1.0
2
1.0
10.0
3
1.0
9.0
4
1.0
5.0
5
1.0
3.0
6
1.0
2.0
7
1.0
1.5
8
1.0
1.0
9
1.0
1.0
10
1.0
1.0
Jadual 2
 
 
 Rajah 5

 (a) Lukiskan graf purata pertumbuhan selepas 48 jam melawan zon di dalam kertas graf yang disediakan.

              [ 3 markah ]
 
 (b) (i) Pada zon manakah dihujung akar, pertumbuhan adalah maksimum?
           [ 1 markah ]
   (ii) Jelaskan apa yang berlaku kepada sel-sel di kawasan ini.
            [ 1 markah ]
  (c) Nyatakan perbezaan sifat di antara sel-sel pada zon 2 dan 3.
           [ 2 markah ]
 
(d) Hujung akar satu tumbuhan direndam dalam larutan Knop yang dibubuh racun respirasi.

  (i) Nyatakan kesan racun respirasi ini terhadap aktiviti di zon berikut :-

   Zon I   : ...........................................................................................................................

   Zon II : ...............................................................................................................................

           [ 2 markah ]
 
  (ii) Terangkan sebab bagi jawapan di d(i)
            [ 2 markah ]
Bahagian B
[40 markah]
Jawab mana-mana dua soalan daripada bahagian ini.

Markah maksimum yang diperuntukkan dalam kurungan pada hujung tiap-tiap soalan atau ceraian soalan.

1.  (a)    (i)    Nyatakan satu perbezaan kepentingan di antara proses pengangkutan aktif dengan proses osmosis.

              (ii)     Dengan merujuk kepada contoh yang sesuai, huraikan peranan proses osmosis dan pengangkutan aktif dalam badan manusia.

[8 markah]
     (b)    Terangkan bagaimana anda akan menjalankan satu penyiasatan untuk menunjukkan kesan kepekatan larutan terhadap jalur ubi kentang.
[12 markah]
2.    (a)    Bincangkan bagaimana gas oksigen dalam atmosfera boleh sampai ke tisu badan manusia.
[8 markah]
 
        (b)    Seorang pelari Marathon mengalami kekejangan selepas menamtkan larian sejauh 20km.  Terangkan dari segi prinsip biologi kenapa keadaan ini berlaku.
[4 markah]
 
        (c)    Huraikan bagaimana anda akan menjalankan satu eksperimen untuk menunjukkan yis melakukan respirasi anaerob.
[8 markah]
 
3.    (a)    (i)    Apakah yang dimaksudkan dengan homeostasis?
                (ii)    Terangkan mengapa aliran darah dari organ usus perlu melalui organ hati sebelum disebarkan keseluruh badan.
[10 markah]
 
    (b)    Huraikan bagaimana anda akan menjalankan satu eksperimen makmal untuk memerhatikan komponen tisu darah manusia.                                                                                                                        [10 markah]

4.    (a)    Apakah yang dimaksudkan dengan pengimunan?                                    [2 markah]

        (b)    Graf menunjukkan kepekatan antibodi yang dihasilkan dalam manusia dalam tempoh masa tertentu.

Dengan merujuk kepada graf di atas, huraikan bagaimana badan manusia memperoleh keimunan terhadap sesuatu penyakit.

[6 markah]

    (c)    salah satu daripada fungsi badan manusia adalah pertahanan terhadap serangan penyakit.  Huraikan secara ringkas bagaimana badan manusia mengatasi serangan patogen.          (12 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT