MAKTAB RENDAH SAINS MARA

 

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2000

 


 BAHASA MELAYU

KERTAS 1
Satu jam tiga puluh minit
©2000  Hak Cipta Bahagian Pelajaran Menengah, MARA

 




 
1
 
 
 
 
Pelbagai langkah perlu dijalankan untuk memupuk semangat patriotik atau semangat cinta akan negara di kalangan pelajar. Pada pandangan anda apakah cara-cara yang boleh dijalankan oleh pihak sekolah untuk memupuk semangat ini. 

Jelaskan. 
 

2.
 
 
 
Kemiskinan di kalangan penduduk luar bandar perlu diberi perhatian supaya nasib mereka terbela. Anda berminat untuk mengupas isu tersebut dengan memberi langkah-langkah mengatasinya untuk disiarkan dalam akhbar tempatan. 

Tuliskan rencana itu selengkapnya. 
 

3.
 
 
 
 
 
Satu tragedi tanah runtuh telah berlaku di tempat anda. Tragedi itu menyebabkan beberapa buah rumah rosak, beberapa orang telah tercedera, dan ada yang meninggal dunia. Selaku pegawai Pasukan Bomba dan Penyelamat, anda dikehendaki membuat laporan tentang tragedi itu. 

Sediakan laporan  itu selengkapnya. 
 

4.
 
 
 
 
Hubungan dan kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan ibu bapa sangat penting untuk membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar baik dalam akademik mahupun aktiviti kokurikulum. 

Bincangkan peranan PIBG untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar di sekolah. 
  

5.
 
 
 
 
 
Anda telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke salah sebuah institusi pengajian tinggi. Namun anda menghadapi masalah kewangan. Sehubungan dengan itu anda  ingin memohon bantuan kewangan kepada pihak tertentu. 

 Tuliskan surat tersebut selengkapnya dengan menyatakan alasan-alasan untuk menyokong permohonan anda. 
 

6. Pada cuti semester yang lalu, anda dan keluarga anda telah mengalami banjir kilat akibat hujan yang turun tanpa henti-henti. 

Ceritakan pengalaman dan tindakan anda menghadapi keadaan tersebut. 

 
 
 KERTAS SOALAN TAMAT