MAKTAB RENDAH SAINS MARA

 

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2000

 


KIMIA 
KERTAS 1
Satu jam lima belas minit
©2000  Hak Cipta Bahagian Pelajaran Menengah, MARA               
Bagi Soalan 1 hingga Soalan 30, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan.  Pilih satu jawapan yang terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan anda.

1 Antara radas berikut yang manakah  paling sesuai untuk menentukan takat didih sesuatu cecair tulen?
      A   B
 

   C
D

2  Satu sebatian ion mempunyai formula AlCl3.  Berapakah bilangan ion klorida yang terdapat dalam 13.35 g sebatian itu?    [Jisim atom relatif : Al, 27; Cl, 35.5;  Nombor Avogadro = 6 x 1023  per  mol ]

x 6 x  1023
      

 B  x   1/3   x  6    x   1023

 
 C    x   3   x  6    x  1023
 

  D    x   3/4   x  6    x  1023

3 Konfigurasi elektron bagi ion X+  ialah 2.8.8   dan mempunyai  20 neutron.  Berapakah nombor jisimnya?
 
A 36
B 38
C 39
D 40
 

Unsur
Nombor atom
Nombor jisim
P
3
7
Q
11
23
R
14
28
S
17
35
T
17
37
JADUAL 1

4 Antara yang berikut, yang manakah benar mengenai unsur   P,Q,R,S dan T dalam Jadual 1 ?

 A     R dan S adalah isotop
 B     P  lebih reaktif daripada Q
 C     Q lebih elektronegatif daripada T
 D     R dan T adalah unsur pada kala yang sama

5

                                RAJAH 1

Rajah 1 menunjukkan susunan elektron bagi atom unsur  E, F, G dan H.  Antara berikut yang manakah susunan menaik bagi jejari atom unsur
tersebut ?

A     H, E, F, G
B     E, F, G, H
C     F, G, H, E
D     G, F, E, H
 

6 Antara pernyataan di bawah, yang manakah sifat satu unsur  peralihan?

A     Boleh membentuk ion kompleks
B    Mempunyai takat lebur yang rendah
C     Semua larutan berair sebatiannya berwarna
D     Boleh bertindak balas dengan asid hidroklorik cair membebaskan gas  hidrogen
 

7
Unsur
Susunan Elektron
K
2.8.1
L
2.8.2
M
2.4
N
2.7
              JADUAL 2

Jadual 2 menunjukkan susunan elektron bagi  atom unsur-unsur K, L, M dan N.  Antara formula dan jenis ikatan berikut, yang manakah  benar  bagi sebatian yang terbentuk antara unsur-unsur tersebut?

          Formula       Jenis ikatan

A      K4M            Ionik
B      LN2              Ionik
C      M4N            Kovalen
D      KL2              Kovalen

8 Antara pernyataan berikut, yang manakah  benar  mengenai pembentukan sebatian  antara atom hidrogen dan atom klorin?

A     Satu  atom klorin berkongsi sepasang elektron dengan empat atom hidrogen
B     Kedua-dua atom hidrogen dan atom klorin  menerima satu elektron masing-masing
C     Satu atom hidrogen  kehilangan satu elektron dan satu atom klorin menerima satu elektron
D     Satu atom hidrogen berkongsi sepasang elektron dengan satu atom klorin

9
 
 
                     RAJAH 2

Dalam satu siri eksperimen, bahan berlainan dimasukkan  bergilir-gilir ke dalam mangkuk pijar seperti dalam  Rajah 2  untuk menguji kekonduksian.  Antara bahan berikut, yang manakah menghasilkan pemesongan jarum ammeter dalam  eksperimen itu ?

A     serbuk plumbum (II) bromida
B     ammonia akueus
C     larutan glukosa
D     etanol tulen
 

10
 
 
                                        RAJAH 3

Rajah 3  menunjukkan dua sel elektrolisis yang disambungkan secara bersiri.  Antara  pernyataan berikut,  yang manakah  benar  mengenai elektrolisis tersebut?

A     Jisim elektrod U bertambah
B     Jisim elektrod R berkurangan
C     Hidrogen terbebas di elektrod S
D     Kepekatan larutan nikel (II) sulfat berkurangan
 
 
Pasangan logam
Terminal negatif
Bacaan Voltmeter (V) 
K dan J
K
 0.3 
K dan F
F
 0.7 
K dan H
H
 1.1 
K dan N
K
 1.1 
                                                           JADUAL 3

11 Jadual 3 menunjukkan keputusan eksperimen daripada empat sel kimia.  Susunan logam secara menaik mengikut kecenderungan bagi membentuk ion ialah

A     N, H, F, J, K
B     H, F, K, J, N
C     N, J, K, F, H
D     K, J, F, H, N
 

12 Antara persamaan berikut yang manakah mewakili satu tindak balas peneutralan?

A     KOH    +  HCl    ->       KCl   +   H2O
B     AgNO3     +    HCl       ->      AgCl   +    HNO3
C     CaCO3       +    H2SO4   ->        CaSO4     +   CO2    +   H2O
D     2NaOH    +  CuSO4        ->     Cu(OH)2    +    Na2SO4

13 Antara larutan berikut, yang manakah mempunyai nilai pH yang paling rendah?

A     0.1 mol dm-3  CH3COOH
 B     0.1 mol dm-3  H2SO4
 C     0.1 mol dm-3  HCl
 D     0.1 mol dm-3  NH4OH
 
14
 
Ujian
Larutan X
 Larutan Y
Kekonduksian elektrik Boleh Boleh
Tindak balas dengan pita magnesium  Pembuakan berlaku Tiada pembuakan 
Tindak balas dengan cebisan marmar Pembuakan berlaku Tiada pembuakan 
Campurkan penunjukuniversal  Larutan merah Larutan  hijau 

JADUAL 4

Jadual 4 menunjukkan satu siri ujian yang dijalankan ke atas larutan X dan Y.  Antara kombinasi berikut yang manakah mungkin X dan Y?

                       Larutan X           Larutan Y

A                  H2SO4                Mg(OH)2
B                  KOH                    ZnCl2
C                  HCl                      Na2SO4
D                  NaCl                    CH3COOH
 
 15

                                                RAJAH 4

Rajah 4 menunjukkan graf suhu melawan masa bagi penyulingan berperingkat petroleum mentah.  Antara berikut yang manakah mewakili bahan E, F dan G?

           E                         F                  G

A     butana             pentana        heksana
B     pentana            heksana      butana
C     heptana            heksana      pentana
D     metil propana  butana         metil pentana
 

16
                               CH3
                                  |
                                CH2
                                  |
   CH3 – C -  CH = C -  CH2 – CH3
               ||
             CH2

             RAJAH 5

 Antara berikut yang manakah nama IUPAC formula struktur dalam Rajah 5?

 A     2 – metil – 4 – etil – heks – 3 - ena
 B     2 – metil – 4,4 – dietil – but – 1,3 - diena
 C     2 – metil - 4 – etil –heks –1, 3 –diena
 D     3 – etil – 5 – metil – heks – 3 – ena

17   Alat memasak jenama  ‘ POM-POM’  boleh dikenakan api secara lansung .  Antara berikut yang manakah jenis kaca yang digunakan untuk membuat alat tersebut?

A     kaca soda kapur
B     kaca borosilikat
C     kaca plumbum
D     kaca silika terlakur

 18 Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?

A     Proses Ostwald merupakan satu cara dalam penghasilan asid sulfurik
B     Garam ammonium disediakan melalui tindak balas  antara ammonia akueus dengan asid-asid tertentu
C     Penghasilan gas ammonia yang optimum tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti suhu, tekanan dan mangkin
D     Urea disediakan melalui pemanasan campuran gas ammonia dan oksigen pada suhu dan tekanan tertentu
 
19
 
Eksperimen Pemerhatian
Campurkan larutan natrium hidroksida sehingga berlebihan Mendakan putih larut dalam berlebihan natrium hidroksida 
Alirkan gas ammonia ke dalam larutan sehingga berlebihan Mendakan putih terbentuk dan tidak larut dalam berlebihan gas ammonia
Campurkan larutan natrium klorida Tiada mendakan terbentuk 
                                                 JADUAL 5

Jadual 5 menunjukkan pemerhatian daripada eksperimen yang telah dijalankan ke atas satu larutan Q.  Daripada pemerhatian boleh disimpulkan bahawa Q mengandungi kation

 A Mg2+
 B Zn2+
 C Pb2+
 D Al3+

20  Antara berikut yang manakah campuran paling sesuai untuk menyediakan  garam barium sulfat?

A     Barium karbonat dan asid sulfurik cair
B     Barium karbonat dan natrium sulfat
C     Barium karbonat, natrium nitrat dan natrium sulfat
D     Barium karbonat, asid nitrik dan natrium sulfat
 
  21 Larutan plumbum (II) nitrat 1.0 mol dm-3  telah ditambahkan secara berlebihan kepada 20.0 cm3   larutan natrium sulfat yang tidak diketahui kepekatannya.  Garam yang terhasil dituras, dibilas, dikeringkan dan jisimnya diperolehi sebanyak 3.03 g.  Berapakah kepekatan larutan natrium sulfat yang digunakan?
 (Jisim atom relatif: O, 16 ; S, 32 ; Pb, 207)
 
 A     0.5 mol dm-3
 B     1.0 mol dm-3
 C     1.5 mol dm-3
 D     2.5 mol dm-3
 
22
 
Campuran  Pemerhatian 
Logam M dan oksida logam N Campuran berbara 
Logam L dan oksida logam N Campuran tidak berbara 
Logam M dan oksida logam L Campuran menyala
                           JADUAL 6

 Jadual 6 menunjukkan satu siri eksperimen pemanasan   antara logam dan oksida logam yang berlainan.  Daripada maklumat di atas, dapat disimpulkan tertib menurun kereatifan logam-logam itu terhadap oksigen ialah

 A     M, L, N
 B     L, M, N
 C     N, L, M
 D     M, N, L
 

23 ‘ Kadar penyerapan gas ke dalam sesuatu larutan meningkat apabila suhu turun’ .   Antara fenomena berikut, manakah menjelaskan pernyataan  tersebut?
 
 A     Gelinciran air batu di kutub utara
 B     Seketul ais boleh dipotong dengan seutas benang
C     Minuman bergas dalam tin yang telah disejukkan dalam peti sejuk tidak akan membuak apabila dibuka penutupnya
D     Badan kita berasa lebih sejuk pada hari yang panas dan kering berbanding pada hari panas dan lembab
 
 24
 
 
Isipadu gas 
karbon diosida 
/cm3 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

RAJAH 6
 

 Graf di atas diperolehi daripada tindak balas antara asid hidroklorik dengan butiran kalsium karbonat.  Berapakah kadar pembebasan gas karbon dioksida pada minit ke 4?

 A 2.5 cm3  min-1
 B 2.9 cm3  min-1
 C 3.5 cm3  min-1
 D 4.0 cm3  min-1

25 Magnesium bertindak balas dengan asid mengikut pesamaaan di bawah

        Mg   +   2H+   -->         Mg2+     +     H2 H = negatif

Antara asid berikut yang manakah akan bertindak balas dengan magnesium berlebihan untuk membebaskan haba yang paling tinggi ?

A     25 cm3   asid etanoik 2.0 mol dm-3
B     25 cm3   asid sulfurik 2.0 mol dm-3
C     25 cm3   asid nitrik 2.0 mol dm-3
D     25 cm3   asid hidroklorik 2.0 mol dm-3

26  Apabila 0.72 g pentana dibakar dengan lengkap, haba yang dibebaskan menyebabkan suhu 200 cm3 air berubah dari 25 oC  kepada  60 oC .  Berapakah haba pembakaran satu mol pentana?

[Muatan haba tentu air = 4.2 J g-1  oC-1,  Jisim atom relatif : C,12; H,1]

A     1058.4  kJmol-1
B     1470.0  kJmol-1
C     2940.0 kJmol-1
D     5880.0 kJmol-1

27 Etanol dan 1,2 – etandiol dianggap sama dari segi kimianya kerana kedua-dua sebatian itu

A     mempunyai bilangan atom karbon per molekul yang sama banyak
B     mempunyai kumpulan berfungsi –OH yang sama
C     merupakan isomer antara satu sama lain
D     larut dalam air
 

28 Formula struktur bagi monomer getah asli iaitu 2-metilbut-1,3-diena  ditunjukkan seperti berikut:

Antara formula berikut yang manakah dapat mewakili formula struktur bagi getah asli?

 
29

RAJAH 7

Rajah 7 menunjukkan cartalir tindak balas – tindak balas yang melibatkan alkohol K.  Daripada maklumat yang diberikan, namakan alkohol K.

A     n - butanol
B     n - propanol
C      n - pentanol
D     etanol
 
 

30 Antara padanan berikut mengenai bahan tambah makanan dan fungsinya, yang manakah tidak benar?
 
Bahan TambahanDalam Makanan
Fungsi
A
Sakarin Memberikan rasa manis kepada makanan 
B
Natrium propionat Mengekalkan warna makanan 
C
Asid askorbik Mencegah minyak dan lemak daripada dioksida oleh udara
D
 Sulfur  dioksida Mencegah pembiakan mikroorganisma 
 

Bagi soalan 31 hingga 40, tiap-tiap soalan mempunyai satu atau lebih daripada satu cadangan jawapan yang betul.  Tentukan tiap-tiap cadangan jawapan itu  betul atau salah.  Kemudian, pilih satu jawapan yang betul daripada pilihan A, B, C dan D yang berikutnya..

31 Jisim atom relatif unsur X ialah 24, manakala jisim atom relatif unsur Y ialah 36.   Antara pernyataan berikut yang manakah benar mengenai kedua-dua unsur ini.?
 

I        24 atom unsur X sama berat dengan 36 atom unsur Y
II      Jisim satu atom unsur Y adalah 1.5 kali lebih berat dari jisim atom unsur X
III     24 g  unsur  X  mempunyai bilangan atom yang sama banyak dengan bilangan atom dalam 36 g unsur   Y
IV     Jisim 1 atom X adalah 24 kali lebih berat dari jisim 1 atom karbon-12  manakala jisim 1 atom Y adalah 36 kali labih berat dari jisim 1 atom karbon-12

    A     I dan II sahaja
    B     I dan III sahaja
    C     II dan III sahaja
    D     II dan IV sahaja
 
 

32 Susunan elektron bagi atom J ialah 2.8.2.  Unsur J berpadu dengan oksigen membentuk oksida.  Antara pernyataan berikut, yang manakah sifat oksida J?

 I        Larut dalam air membentuk larutan alkali
 II      Bertindak balas dengan asid menghasilkan garam dan gas hidrogen
III      Meneutralkan kedua-dua larutan asid hidroklorik dan natrium hidroksida
 IV     Elektrolisis leburan oksida J menghasilkan logam J dan  gas oksigen

         A     I dan IV sahaja
         B     II dan III sahaja
         C     II dan IV sahaja
         D     I, II dan III sahaja
 
 33       2CH3COOH       +       Ba(OH)2      --->        (CH3COO)2Ba   +  2H2O

Antara larutan barium hidroksida berikut, yang manakah dapat bertindak balas  lengkap dengan 20 cm3  asid etanoik 1mol dm-3 ?

I         10 cm3 ,  1 mol dm-3
II       20 cm3  , 1 mol dm-3
III      40 cm3 ,  0.1 mol dm-3
IV       5 cm3  , 2 mol dm-3

    A     II dan III sahaja
    B     II dan IV sahaja
    C     I, II dan  III sahaja
    D     I, III dan IV sahaja
 

34 Antara monomer berikut yang manakah boleh ditukarkan kepada polimer  melalui proses pempolimeran  tambahan?

     A     I dan III sahaja
     B     II dan IV sahaja
     C     I, II dan III sahaja
     D     I, II, III dan IV
 
 

35 Tindak balas antara zink dengan asid hidroklorik cair boleh diwakili oleh persamaan berikut

Zn   +    2HCl        -->              ZnCl2    +   H2

Apakah maklumat yang diberikan dalam persamaan ini ?

I          Jisim zink yang digunakan adalah separuh daripada jisim asid hidroklorik
II         1 mol zink akan bertindak balas lengkap dengan asid hidroklorik 2 mol dm-3
III       Bilangan mol zink yang  digunakan sama dengan bilangan mol hidrogen yang terhasil
IV       1 mol gas hidrogen terhasil apabila 1 mol zink bertindak balas lengkap dengan 2 mol asid hidroklorik
 

    A         III sahaja
    B         III dan IV sahaja
    C         I dan II sahaja
    D         I, II dan IV sahaja
 

36 Beberapa tindak balas kimia telah dijalankan dengan menggunakan asid  nitrik.    Antara persamaan-persamaan berikut, yang manakah menunjukkan asid nitrik cair bertindak sebagai agen pengoksidaan?

 I Ca(OH)2     +   2HNO3   ---->                        Ca(NO3 )2    +    2H2O
 II NH     +    HNO          --->            NH4 NO
 III Zn      +     2HNO         ----->           Zn(NO3 )2      +      H2
 IV MgCO   +    2HNO       ---->           Mg(NO3 )2       +  CO2  +  H2O

 A III   sahaja
 B I dan III sahaja
 C II dan IV sahaja
 D I, II, III dan IV

 37
 

 
                                                          RAJAH 9
 

Rajah   9   menunjukkan susunan radas bagi satu  eksperimen.  Antara berikut yang manakah pemerhatian yang anda jangka dalam eksperimen ini?

I       Kepingan zink terhakis dan enapan perang terbentuk pada elektrod kuprum.
II      Jarum ammeter terpesong menunjukkan elektron mengalir dari elektrod M ke kepingan zink
III     Larutan di sekeliling elektrod karbon N berwarna perang
IV     Keamatan warna biru larutan kuprum (II) sulfat berkurang

    A     I dan II sahaja
    B     II dan III sahaja
    C     III dan IV sahaja
    D     I, III dan IV sahaja
 
 

38 Seorang pelajar MRSM ingin menghasilkan gas hidrogen bagi tujuan tertentu.  Beliau telah memasukkan sekeping pita magnesium sepanjang 10 cm ke dalam sebuah bikar yang berisi 25 cm3 asid hidroklorik cair 0.1 mol dm-3.  Antara berikut  yang  manakah dapat mempercepatkan penghasilan gas hidrogen yang disediakan oleh pelajar ini?

I        Menggunakan serbuk magnesium bagi menggantikan pita magnesium
II      Menggunakan asid etanoik cair bagi menggantikan asid hidroklorik cair
III     Menambah sekeping lagi pita magnesium beserta 50 cm3  air suling ke dalam  asid tersebut
IV     Menambah 10 titis asid hidroklorik pekat ke dalam asid cair tersebut

     A     I dan III sahaja
    B     I dan IV sahaja
    C     II, III dan IV sahaja
    D     I, II , III  dan IV

39 Tindak balas antara minyak kelapa sawit dan larutan kalium hidroksida pekat untuk menghasilkan sabun boleh ditunjukkan oleh persamaan  berikut
 

 Antara pernyataan berikut yang manakah benar mengenai tindak balas di atas

I         Tindak balas ini adalah sejenis tindak balas hidrolisis
II       Setiap mol lemak akan menghasilkan sebanyak 3 mol sabun secara maksima
III     Minyak kelapa sawit merupakan sejenis ester manakala gliserol adalah sejenis alkohol
IV     Tindak balas ini boleh dipercepatkan dengan menggunakan asid sulfurik pekat sebagai mangkin

    A     I dan II sahaja
    B     III dan IV sahaja
    C     II, III dan IV sahaja
    D     I, II dan III sahaja
 
40

 
              RAJAH 10

 Rajah 10 menunjukkan formula struktur bagi ubat parasetamol.  Antara berikut yang manakah pernyataan-pernyataan yang  benar  mengenai parasetamol?

 I         Berfungsi untuk mengurangkan rasa sakit dan demam
 II       Penggunaannya boleh menyebabkan ketagihan
 III     Terdiri daripada rangkaian kumpulan amida
 IV     Nama kimianya ialah para-asetilaminophenol
 
    A       I dan IV sahaja
     B      II dan III sahaja
     C      II, III dan IV sahaja
     D      I, II dan IV sahaja
 

KERTAS SOALAN TAMAT