MAKTAB RENDAH SAINS MARA

 

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2000

 


MATEMATIK

KERTAS 2
Dua jam tiga puluh minit
©2000  Hak Cipta Bahagian Pelajaran Menengah, MARA

 


 
Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan empat soalan dari Bahagian B
                 

 
BAHAGIAN A
[ 52 markah ]
Jawab semua soalan dalam bahagian ini.
 

 
1. (a) (i) Carikan nilai bagi 
      (ii)  Ringkaskan    ( 4p -2 q4 )1/2    ( p3 q -2 )2
                                                                                                                                   [ 3 markah ]
(b) Selesaikan tiap-tiap persamaan berikut :-
 
   (i)  (2x)/3   (x  - 5) + 4  =  0

   (ii)  (3y  - 2)2   =  3y2  - 2
                                                                                                   [ 5 markah ]
 
 

                                 RAJAH 1

2. (a) Dalam Rajah 1, ABCDEF ialah sebuah heksagon sekata dan CGHDI ialah
  sebuah pentagon sekata. IJG dan CJD ialah garis lurus. Hitungkan nilai

(i) x
(ii) y
(iii) z
                                                                                                           [4 markah ]
    (b) Ungkapkan    sebagai satu pecahan tunggal  dalam sebutan terendah

              [ 3 markah ]
(c) Hitungkan nilai m dan n yang memuaskan kedua-dua persamaan berikut :-

                                        2m  -   n         =  10
                                          m   + ¾ n     =  0
                                                                                                                                                  [4 markah ]
 

3. (a) Diberi bahawa set semesta   E  = {x : 30  50, x ialah integer}

Set P   =  {x : x ialah nombor perdana}
Set Q   = {x : x ialah nombor yang mempunyai kedua-dua digit ganjil}
 Set R   = {x : x ialah nombor dengan keadaan hasil tambah digit-digitnya  adalah  melebihi 10}

(i) Senaraikan unsur bagi set P
(ii) Senaraikan unsur bagi set Q
(iii) Carikan n ( P  Q )
(iv) Carikan n ( P U Q U R )'
                                                                                                                                       [6 markah]
(b) (i) Tuliskan matriks M jika 

 (ii) Seterusnya dengan menggunakan kaedah matriks, hitungkan nilai x dan nilai y yang memuaskan persamaan berikut :-

                                                - 2x + 12y   =  6
                                                  - x +  3y    =  - 3
                                                                                                                               [ 5 markah]
 
 
 
 

4. (a) Dalam Rajah 2, ABCD ialah sebuah rombus dimana 0 ialah asalan.
Titik C terletak pada paksi- x dan titik D terletak pada  paksi-y.  Titik E ialah  titik persilangan garis lurus AC dan BD dan persamaan garis lurus AB ialah    5y = 3x + 19
     Carikan :-

                                                                                                                                      [ 6  markah]
 
 
 (b)
 

Rajah 3 menunjukkan graf laju-masa bagi satu zarah dalam tempoh 15s.

Hitungkan :-

(i) kadar perubahan laju dalam masa 5 saat yang pertama

(ii) nilai u, diberi bahawa purata laju bagi tempoh 10 s yang terakhir ialah 35 ms-1
                                                                                                                               [ 5  markah]
 
 
 
 

5. (a) Dalam Rajah 4, O ialah pusat bulatan dengan diameter POQR = 24 cm. PMQ dan QNR ialah semibulatan. Q ialah titik tengah OR. TQS ialah suku bulatan berpusat Q  dimana RS  = 8 cm.
  Dengan menganggap  =   22/7 , hitungkan :-
(i) jumlah perimeter rajah berlorek
(ii) luas rantau yang berlorek
                                                                                                            [ 7 markah ]
 
 

                                                        RAJAH 5
(b) Rajah 5 menunjukkan sebuah pepejal berbentuk selinder tegak dengan sebuah  hemisfera  PQR dikeluarkan dari satu hujung selinder itu. Diameter tapak selinder ialah 6 cm dan  tinggi selinder ialah   12 cm. Dengan  menganggap
  =    22/7,   hitungkan luas permukaan pepejal yang tinggal.

                                         [ 4 Markah]
 
Bahagian B
 [ 48 markah ]
 Jawab empat soalan daripada bahagian ini.
 

6. Untuk soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan.

(a) Salin dan lengkapkan jadual berikut untuk nilai y bagi y = 2 (7x - x2) + 5
 

x
-1
0
1
2
3
4
5
6
7
y
 
5
17
25
29
 
25
 
5
 
        [ 2 Markah ]
(b) Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi x dan 2 cm kepada 5 unit pada  paksi y, lukiskan
    graf   y  =   2 (7x - x2) + 5 bagi  nilai x dalam  julat  - 1   7                                 [ 3 Markah ]

(c) Carikan daripada graf anda,

    (i) nilai y apabila  x  =   1.4

    (ii) nilai-nilai x dalam julat  - 1  7 yang memuaskan persamaan  8x - 2x2  =  5                          [ 4 Markah ]
 
(d) Lukiskan garis lurus  y = 10  dan  y = (5/2) x  pada graf anda. Seterusnya, nyatakan koordinat bagi titik yang memuaskan
                                                 y  =   2 (7x  -  x2) + 5,   y = 10 dan y > 5/2 x.                                         [ 3 Markah ]

 
 

                                                  RAJAH 6

7. (a) Dalam Rajah 6, ABCD ialah empat titik pada permukaan mengufuk. Bearing titik D dari titik B ialah 245°. CE ialah seutas tali yang tergantung tegak  dari titik C dengan panjangnya 9 m.
(i) Hitungkan bearing titik B dari titik D
(ii) Hitungkan bearing titik B dari titik A
(iii) Jika sudut tunduk E dari titik B  ialah 40°, hitungkan jarak BC                                                [ 6 markah ]
 
 
                                                                                     RAJAH 7

(b) Rajah 7 menunjukkan sebuah piramid, dengan tapak segiempat tepat PQRS mengufuk. M ialah titik tengah  PQ. Mercu T tegak di atas titik M. Titik V berada 4 cm tegak  di atas titik  N dimana PN = NM.

(i) Hitungkan panjang QV
(ii) Hitungkan sudut antara garis QV dengan satah PQRS
(iii) Namakan sudut antara satah RVQ dengan satah RTQ
                                                                                                                                   [6 markah ]

8. Graf dalam Rajah 8 menunjukkan segitiga  ABC, ADE dan AXY. BAE ialah
               garis lurus dan D ialah titik tengah AX.

         - 3
(a) Penjelmaan L mewakili  satu  translasi   .  Penjelmaan  M

 mewakili  satu  pantulan pada garis lurus  x = 4.  Penjelmaan  N mewakili  satu putaran  90° ikut  arah jam  pada pusat (3, 3).

(i) Nyatakan  koordinat imej bagi titik A di bawah translasi L.

(ii) Nyatakan  koordinat imej bagi titik B di bawah putaran  N.

(iii) Carikan koordinat imej bagi titik X di bawah penjelmaan MN.
                                                                                                                               [ 5 markah ]

(b)       Segitiga  ABC  ialah  imej  bagi segitiga  AXY  di bawah satu  penjelmaan V  dan segitiga ABC juga ialah imej bagi segitiga ADE di bawah penjelamaan  W
(i)       Huraikan  selengkapnya

(ii) Diberi bahawa luas segitiga ABC ialah 32 unit persegi.  Hitungkan  panjang AE.                                       [ 7 markah ]

9. (a) Dalam satu acara menembak Siti  melepaskan  tiga das tembakan  kepada sasarannya. Kebarangkalian Siti  mengena sasarannya ialah 2/5 .   Jika Siti  mengena sasaran sekurang-kurangnya  dua kali maka  dia dianggap  berjaya .   Hitungkan kebarangkalian  (ungkapkan sebagai pecahan tunggal) bahawa
(i) Siti tidak mengena sasarannya.
(ii) Siti mengena sasarannya sekurang-kurangnya sekali.
(iii) Siti akan berjaya.                                                                                                [ 5 markah ]
 

      (b)

Kotak
Warna Guli 
Hitam
Putih 
X
9
6
Y
6
x
Z
2
10
JADUAL I

Jadual I menunjukkan kotak X, kotak Y dan kotak Z yang  masing-masing mengandungi   guli berwarna  hitam  dan putih.
(i) Jika  sebiji  guli  dipilih secara rawak dari kotak Y, kebarangkalian  guli itu adalah  hitam ialah   3/5 .   Hitungkan  nilai x .
 (ii) Jika  dua biji  guli  di pilih  secara  rawak  daripada  kotak X, hitungkan kebarangkalian  bahawa   kedua dua guli itu  adalah hitam.
(iii)    Jika dua biji guli  dipilih secara rawak daripada  mana-mana  dua kotak  yang berlainan,  hitungkan  kebarangkalian  bahawa  kedua-dua biji guli  itu adalah  berwarna hitam,
                                                                                                   [ 7 markah ]
 

10. Untuk  soalan ini, gunakan kertas kosong yang disediakan

Rajah 9 menunjukkan sebuah  pepejal yang terdiri daripada tiga buah  prisma berasingan  yang  tercantum  pada satah HIJK dan satah DEIH.  Tapak pepejal  itu yang berbentuk segiempat  tepat VGFW terletak  di atas meja mengufuk.  Satu  daripada  prisma itu mempunyai  muka berbentuk QRSTUVW  sebagai  keratan rentas seragamnya  dimana RST berbentuk semibulatan.  Prisma  yang satu lagi  itu  ialah   sebuah kuboid dengan permukaan  mengufuknya  ialah segiempat sama FGKJ.  Sebuah selinder  berdiameter 2 cm diletakkan di tengah satah DEIH
kuboid tersebut.    Lukiskan  dengan saiz penuh.
 (a) pelan pepejal itu.    [ 4 markah ]
(b) dongakannya pada satah  mencancang yang  selari dengan GF sebagaimana   dilihat  dari  X .                          [ 4 markah ]
(c) dongakannya  pada satah  mencancang  yang   selari dengan VG sebagaimana dilihat dari Y            [ 4 markah ]
 
 

11. W (30oU, 20oB), X, Y dan Z (30oS, 110oT)  ialah empat   titik  di permukaan bumi dengan keadaan WX ialah diameter bumi.  Y terletak di utara X.   X dan Y mencangkum sudut 50o di pusat bumi.
(a) Cari (i) latitud bagi Y.
            (ii) jarak terpendek dalam  batu nautikal  dari W ke Y diukur   sepanjang  permukaan bumi.
            (iii) jarak  dalam  batu nautikal  dari X ke Z  diukur sepanjang    selarian latitud yang sama.
                                                                                                                                                                  [ 6 markah ]
 
 (b) Sebuah  kapal terbang  Supersonic  berlepas dari W pada jam 0745 dan terbang arah  ke selatan sehingga selarian  latitud 30oS.    Kemudian  kapal  terbang  menukar arah ke timur ke X .
  (i) Hitungkan jarak dalam  batu nautikal, yang dilalui oleh kapal terbang itu  dari  W ke X.
  (ii) Jika purata laju kapal terbang ialah 1200 knot,  carikan waktu   betul  kepada  minit terdekat, kapal terbang itu
sampai ke X.                                                                                                                                    [6 markah ]
 
 
 
 

Sempadan atas Umur (Tahun)
Kekerapan Longgokan
4.5
0
9.5
8
14.5
14
19.5
34
24.5
64
29.5
112
34.5
156
39.5
182
44.5
200
JADUAL 2

12.) Jadual 2 menunjukkan  jadual  kekerapan longgokan bagi umur 200 orang   penduduk di Taman Sungai Isap

(a)       Binakan satu jadual kekerapan bagi data dalam jadual 2.
                       Nyatakan   (i)     saiz selang kelas
                                         (ii)     kelas mod.
                                         (iii)     titik tengah kelas median
                                         (iv)     anggaran min umur                                              [ 9 markah ]

(b)    Dengan  menggunakan skala 2 cm   kepada 5 tahun  pada paksi-x  dan 2 cm kepada 5 orang penduduk pada paksi-y, lukiskan satu poligon  kekerapan bagi data di atas.             [ 3 markah ]
 

KERTAS SOALAN TAMAT