
1 Pada 1 Mac 2000, Puan Shalina memulakan perniagaan Galeri Sukan Alor Gajah dengan modal tunai di tangan RM1000 dan tunai di bank RM2 400. Perniagaan ini dijalankan di premis yang disewa daripada pihak MARA Daerah Alor Gajah.
Urusniaga yang berlaku sepanjang bulan Mac 2000 ditunjukkan oleh dokumen-dokumen dalam dalam Lampiran A.
Anda dikehendaki:
(a) menyediakan buku-buku catatan pertama termasuk Buku Tunai
(Jurnal Penerimaan Tunai dan Jurnal Pembayaran
Tunai tidak diperlukan).
(c) menyediakan Imbangan Duga pada 31 Mac 2000.
[7 ½ markah]
2 Berikut adalah Imbangan
Duga Perniagaan Mewah pada 30 Jun 2000:
|
|
|
|
| Modal |
24 968
|
|
| Stok pada 1 Julai 1999 |
7 290
|
|
| Belian dan Jualan |
40 720
|
45 124
|
| Pulangan |
450
|
320
|
| Kenderaan |
16 000
|
|
| Peruntukan susut nilai kenderaan |
3 040
|
|
| Angkutan masuk |
290
|
|
| Diskaun |
568
|
|
| Gaji |
5 800
|
|
| Kadar bayaran |
760
|
|
| Insurans |
300
|
|
| Iklan |
340
|
|
| Bank |
2 840
|
|
| Penghutang dan Pemiutang |
2 920
|
3 850
|
| Hutang Lapuk |
160
|
|
|
|
|
|
|
77 870
|
77 870
|
|
|
|
|
(i) Stok pada 30 Jun 2000 bernilai RM8 150 pada harga kos dan RM8 510 pada harga pasaran.
(ii) Ambilan barang bernilai RM185 belum direkodkan dalam mana-mana buku.
(iii) Insurans terdahulu berjumlah RM100.
(iv) Seorang penghutang telah meninggal dunia dan hutangnya RM120 dihapuskan sebagai hutang lapuk.
(v) Kenderaan disusutnilaikan 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.
Anda dikehendaki menyediakan Lembaran Kerja 10 lajur bagi tahun berakhir 30 Jun 2000.
3 Encik Basir, seorang pekedai telah
memberitahu anda bahawa beliau menyimpan rekod perakaunan tidak mengikut
sistem catatan bergu. Berikut ialah butir-butir yang diambil dari buku-bukunya
pada 31 Disember:
|
|
|
|
| Kelengkapan kedai |
9 800
|
9 800
|
| Penghutang |
2 850
|
3 680
|
| Stok |
2 624
|
4 266
|
| Pemiutang |
1 992
|
1 628
|
| Overdraf bank |
1 288
|
-
|
| Gaji terakru |
-
|
400
|
| Tunai ditangan |
176
|
155
|
| Tunai dibank |
-
|
2 490
|
(i) Pada bulan Februari 1999, Basir menjual sebahagian daripada asetnya yang bernilai RM1 500 dan wang ini dimasukkan ke dalam akaun bank perniagaannya.
(ii) Peruntukan hutang ragu diselaraskan pada kadar 5% atas penghutang dan kelengkapan kedai disusutnilaikan pada kadar 10% atas kos.
(iii) Dalam tempoh perniagaan ini juga, peniaga telah mengeluarkan RM140
sebulan untuk kegunaannya sendiri.
Anda dikehendaki:
(a) mengira modal pada 31 Disember 1999.
(b) menghitung untung atau rugi perniagaan Encik Basir bagi tahun berakhir 31 Disember 1999.
(c) Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 1999.
4 Puan Hasnita, seorang kerani akaun menyediakan satu Imbangan Duga pada 31 Julai 2000. Jumlahnya tidak seimbang dan perbezaan itu diposkan ke Akaun Tergantung. Untung bersih sebanyak RM15 439 telah diperoleh dan kesilapan-kesilapan berikut ditemui:
(i) Jualan sebanyak RM270 kepada Shakirah diposkan ke Akaun Shahirah.
(ii) Belanja membaiki komputer RM150 telah didebitkan ke Akaun Komputer.
(iii) Diskaun Diterima sebanyak RM35 telah didebitkan ke Akaun Diskaun Diberi.
(iv) Barang-barang sebanyak RM50 yang dikeluarkan oleh pemilik kedai untuk kegunaan sendiri hanya dicatatkan dalam Akaun Ambilan.
(v) Insurans dibayar sebanyak RM86 telah dicatatkan dengan betul dalam Buku Tunai tetapi dicatat sebagai RM68 dalam Akaun Insurans.
Anda dikehendaki:
(a) menyediakan Akaun Tergantung dengan menunjukkan perbezaan asal dalam Imbangan Duga.
(b) menyelaraskan Penyata Untung Bersih.
|
|
(i) Sejumlah RM500 telah dikeluarkan dari bank untuk kegunaan perniagaan.
(ii) Belanja baiki alatan pejabat RM110 dibayar secara tunai.
(iii) Sekeping cek bernilai RM650 yang diterima daripada penghutang tidak dilayan oleh bank.
(iv) Beli barang secara kredit RM710.
(v) Jual ¼ daripada stok dengan harga RM1 000 secara kredit.
(vi) Bayar pinjaman RM1 000 dengan cek.
(vii) Jual alatan pejabat lama secara tunai RM440. Nilai buku alatan pejabat berkenaan RM400.
(viii) Bawa masuk kenderaan persendirian ke dalam perniagaan bernilai
RM12 000.
Berdasarkan Kunci Kira-Kira dan maklumat di atas anda dikehendaki menyediakan Kunci Kira-Kira pada 31 Ogos 2000.
Lembaga pengarah syarikat telah memutuskan perkara-perkara berikut:
(i) membayar dividen interim sebanyak 4% kepada pemegang syer biasa dan syer keutamaan pada 30 Jun 1999.
(ii) mengisytiharkan dividen akhir 10% pada 31 Disember 1999.
Anda dikehendaki:
(a) mengira dividen interim dan dividen akhir untuk kedua-dua jenis syer.
(b) menunjukkan bahagian ekuiti pemilik dalam Kunci Kira-Kira syarikat itu pada 31 Disember 1999.
|
|