MAKTAB RENDAH SAINS MARA
PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2000
SEJARAH
KERTAS 2
Dua jam
©2000 Hak Cipta Bahagian Pelajaran Menengah, MARA
Kertas soalan ini mengandungi lapan soalan.
Jawab tiga soalan dari Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian
B
Bahagian A
(Sejarah Malaysia)
Jawab mana-mana tiga soalan
1. a. Anda adalah seorang Raja Muda dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Sebagai seorang bakal sultan, anda sangat mengharapkan pertabalan
anda akan diakhiri dengan seruan “Daulat Tuanku” Mengapa?
(10 markah)
b. (i) Kesultanan Melayu Melaka mempuyai hubungan dengan negeri-negeri
luar dalam berbagai-bagai bentuk. Jelaskan?
(ii) Mengapakah hubungan luar sekarang
berbeza dengan Zaman Kesultanan Melayu Melaka?
(15 markah)
2. a.
Merujuk kepada carta di atas bagaimana Portugis telah menggugat
kuasa politik dan ekonomi tempatan.
(15 markah)
b. Pendudukan Inggeris di Melaka telah menggugat kedudukan Dol Said di
Naning. Jelaskan.
(10 markah)
3. a. Tanah Melayu telah mempunyai sistem
rangkaian jalan perhubungan yang baik sejak awal abad ke 20.
Buktikan.
(13 markah)
b. Perkembangan ekonomi telah
mendorong pertumbuhan bandar-bandar baru.
Jelaskan.
(12 markah)
4. a. Apakah asas dalam pembentukan negara Malaysia.
(10 markah)
b. (i) Ada kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu telah
berjaya sebagai negeri Melayu yang moden sebelum dikuasai oleh British.
Buktikan.
(ii) Nyatakan ciri-ciri Perlembagaan Johor yang dikuatkuaskan
mulai tahun 1895?
(15 markah)
5. a. “Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung”.
Sebagai rakyat Malaysia bagaimanakah anda boleh mengamalkan peribahasa
di atas dalam kehidupan seharian ?
(13 markah)
b. Mengapakah Penyata Razak 1956 dijadikan asas kepada Sistem Pelajaran
Kebangsaan ?
(12 markah)
6. a. Berdasarkan contoh yang sesuai, jelaskan peranan Wisma Putra.
(5 markah)
b. Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai tunjukkan bagaimana Malaysia
berperanan sebagai pendesak dan pengaman dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu
(10 markah)
c. Sejauh manakah Sukan Komanwel pada tahun 1998 telah membawa kebaikan
kepada Malaysia
(10 markah)
Bahagian B
(Sejarah Peradaban Dunia)
Jawab satu soalan sahaja
7. Peta di atas menunjukkan aktiviti pelayaran orang Eropah Barat pada
abad ke 15 dan 16.
a. Jelaskan faktor-faktor yang menjadi daya
penggerak pelayaran tersebut ?
(10 markah)
b. (i) Apakah peranan Paus Gereja Katolik terhadap aktiviti pelayaran
di atas.
(ii) Orang-orang Eropah Barat berjaya menguasai beberapa
kawasan sepanjang pelayaran mereka. Buktikan?
(15 markah)
8. a. Mengapakah Jepun mengambil keputusan untuk melibatkan
diri dalam Perang Dunia II pada 7 Disember 1941
(8 markah)
b. Apakah yang anda faham dengan konsep “Dominion-dominion
Putih” ?
( 5 markah)
c. Anda diminta menyampaikan sebuah ucapan yang bertajuk “halangan-
halangan utama yang terpaksa dihadapi oleh Negara-Negara Selatan dan langkah-langkah
mengatasinya”. Tuliskan teks ucapan anda.
(12 markah)
KERTAS SOALAN TAMAT