SKIM PEMBIAYAAN

SKIM PEMBIAYAAN AM

SKIM PEMBIAYAAN KONTRAK

SKIM PEMBIAYAAN KHAS PEMBUATAN & FRANCAIS

home..Muka Utama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

AL BAI - BITHAMAN AJIL

 

 

 

Maksud :-

' Jualan Dengan Harga Tangguh '.

Pembiayaan boleh digunakan untuk semua tujuan yang berkaitan dengan perniagaan seperti membeli harta tetap, keperluan modal kerja, belanja mengurus dan jaminan bank. (Bank Guarantee).

 

 

 

 

 

 

 

 

 AL - MURABAHAH

 

Maksud :-

' Jualan Dengan Tambah Untung '.

 

Digunakan untuk membiayai pembelian bahan mentah, barang - barang separuh siap, barang - barang siap dan kelengkapan alat ganti.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 AL - IJARAH

 

Maksud :-

 ' Pajakan Atau Sewaan '

 Pelanggan yang memerlukan peralatan loji, mesin, kenderaan atau aset mudah alih boleh menyewa peralatan tersebut daripada MARA . Setelah bayaran sewa diselesaikan, peralatan berkenaan dipindahmilik kepada pelanggan. 

 

 

 

 

 

 

BAI AL - INAH  

 

Maksud :-

' Menjual Sesuatu Barangan Dengan Harga Tangguh Kepada Pembeli '

 

 Pembiayaan ini khusus bagi kegunaan belanja mengurus (overhead) sahaja, seperti membayar gaji, sewa premis, elektrik dan air.