 |
Bahagian Sumber Manusia - BSM |
| |
|
|
|
|
|
|
FUNGSI
BAHAGIAN
|
|
|
|
CAWANGAN
PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI
|
|
|
|
1.
KAJIAN DASAR DAN STRATEGIK
|
|
Kajian Dasar
|
- Menilai dan memantau keperluan tenaga kerja (termasuk
pakar asing) dalam bidang tertentu dan meneliti implikasinya terhadap
upah, keperluan latihan dan usaha-usaha penyusunan semula struktur.
|
- Mengkaji dan menggubal dasar-dasar pengurusan sumber
manusia yang selaras dengan perkembangan dan keperluan organisasi
MARA.
|
- Mengkaji dan menentukan perancangan strategik sumber
manusia selaras dengan keperluan organisasi MARA.
|
|
|
|
Skim dan Penentuan
|
- Menggubal dan melaksanakan skim-skim Perkhidmatan
mengikut sepertimana yang dilaksanakan oleh kerajaan berdasarkan
keperluan MARA.
|
- Menentukan syarat-syarat dan Peraturan Perkhidmatan
mengikut sepertimana yang dijalankan oleh kerajaan berdasarkan
keperluan dan dasar-dasar MARA.
|
- Mengkaji / Menggubal / Mengemaskini skim-skim yang
telah diluluskan, sukatan peperiksaan perkhidmatan.
|
- Perakuan dan semakan gaji.
|
- Penyediaan kertas kerja dan Pekeliling / Surat
Pekeliling Perkhidmatan.
|
- Menggubal syarat dan peraturan perkhidmatan dan
mengemaskini peraturan-peraturan perkhidmatan.
|
- Urusan yang dikemukakan oleh anggota mengenai
pengiktirafan kelulusan, pelarasan gaji dan peraturan sedia ada.
|
|
|
|
|
|
2.
NAZIRAN DAN KUALITI
|
|
Naziran
|
- Memeriksa dan memantau ke atas tahap penggunaan guna
tenaga, pemakaian skim perkhidmatan dan tahap pematuhan terhadap
struktur organisasi yang telah ditetapkan.
|
- Melaksanakan proses pengesanan bagi menentukan
keberkesanan dan kecekapan jawatan-jawatan yang diwujudkan serta
penempatan anggota di setiap pusat dan memastikan ianya digunakan
secara ekonomik.
|
- Menilai dan mengenalpasti keperluan latihan kemahiran
dan menganalisis usaha yang dijalankan oleh ILHAM dan badan-badan luar.
|
- Menyediakan perancangan dan pelan pelaksanaan bagi
program-program perubahan selaras dengan keperluan baru dan perubahan
struktur.
|
|
|
|
Pengurusan Kualiti
|
- Merancang, melaksana dan menyelaraskan segala usaha
pengurusan dan kualiti dalam perkhidmatan MARA.
|
- Menyelia dan menilai tahap pelaksanaan usaha
pengurusan dan peningkatan kualiti untuk semua Pusat Pentadbiran MARA
dan menyediakan laporan Jawatankuasa Pemandu Kualiti MARA.
|
- Menjadi badan penghubung di antara MARA dengan agensi
kerajaan mempunyai kepentingan dalam usaha peningkatan kualiti.
|
- Menggerak dan menyelaras pelaksanaan Kumpulan
Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) di seluruh Pusat Pentadbiran MARA
disamping merangka program-program yang berkaitan.
|
- Menyelia dan menyelaras segala bentuk laporan yang
berkaitan dengan peningkatan kualiti:
|
- Laporan Kemajuan Pelaksanaan Pengurusan Kualiti
Jabatan Perdana Menteri (MAMPU) dan Kementerian Pembangunan Usahawan
dan Koperasi.
|
- Laporan untuk Anugerah Perkhidmatan Awam seperti
Anugerah Kualiti Perdana Menteri, Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam
dan Anugerah Khas Perkhidmatan Awam.
|
|
|
|
3.
PERANCANGAN TENAGA MANUSIA DAN BELANJAWAN
|
|
Perancangan Tenaga Manusia
|
- Membuat kajian kenaikan / penurunan taraf, pengujudan
jawatan baru, tambahan / pengurangan / penghapusan jawatan dan
seumpamanya mengikut keperluan semasa MARA (off Budget).
|
- Menjalankan kajian keperluan tenaga MARA dan membuat
perakuan kertas kerja cadangan.
|
- Mengkaji dan menilai keberkesanan Struktur Organisasi
dan fungsi.
|
- Kajian Penyusunan Semula Bahagian / Pusat Pentadbiran.
|
- Mengumpul, menyimpan dan mengemaskini:
|
- Manual Prosedur Kerja
|
- Fail Meja
|
- Jadual Tugas
|
bagi setiap jawatan dalam MARA.
|
- Menggubal / mengemaskinikan keperluan dan norma
jawatan.
|
- Kajian sistem waktu bekerja lebih masa anggota kerja
dan keperluan pengambilan pekerja sambilan.
|
|
|
|
Belanjawan
|
- Mengadakan sistem dan peraturan berkaitan dengan
Belanjawan (Perjawatan) MARA.
|
- Pengumpulan maklumat berhubung dengan permohonan
jawatan baru / tambahan / naiktaraf untuk persediaan Belanjawan.
|
- Penyediaan Buku Cadangan Belanjawan (Perjawatan) dan
Buku Belanjawan (Perjawatan) dan yang berkaitan dengannya.
|
- Penyediaan Carta Organisasi dan Carta Fungsi MARA.
|
- Penyediaan maklumat berhubung dengan jawatan yang
terlibat dalam perubahan struktur, skim perkhidmatan, penaklukan skim
dan sebagainya.
|
- Mengatur Mesyuarat Penyediaan Belanjawan (Perjawatan)
Tahunan MARA.
|
- Mengkaji jawatan kosong dari masa ke semasa dan
memperaku jawatan yang perlu diisi serta mendapat kelulusan kuasa
pengisian jawatan dari Agensi Pusat.
|
|
|
|
|
|
4.
HRMIS
|
- Menyelaras aktiviti pembangunan sistem bagi
modul-modul yang berkaitan dengan HRMIS dan memantau sistem-sistem
yang mempunyai hubungan dengan Sistem HRMIS.
|
- Menyelaras aktiviti peralihan data (Data Conversion)
bagi sistem MARA untuk disesuaikan dengan Sistem HRMIS.
|
- Menyelaras aktiviti integrasi data.
|
- Menyelaras aktiviti latihan dan ujian (Provisional
Acceptance Test - PAT) ke atas modul-modul HRMIS.
|
- Menyelaras aktiviti pemasangan keperluan peralatan
dan memantau bagi memastikan peralatan ini dalam keadaan baik dan
boleh diguna.
|
- Membantu memastikan projek HRMIS berjalan lancar dan
mengenalpasti keperluan-keperluan masa hadapan terhadap pembangunan
sistem ini.
|
|
|
|
|
|
5.
LAPORAN PERUBAHAN GAJI
|
- Menguruskan hal-hal kenaikan gaji dan perubahan gaji
melalui penyemakan maklumat secara online dan sistem fail, menyediakan
borang BP3 dan borang LPG.
|
- Menyemak dan mengemaskini data dan maklumat gaji
anggota MARA.
|
- Membuat pengiraan gaji baru akibat perubahan
disebabkan oleh pergerakan gaji tahunan, perubahan atau pertukaran
jawatan, kenaikan pangkat, potongan-potongan, elaun dan lain-lain.
|
|
|
|
|
|
CAWANGAN
PENGURUSAN OPERASI
|
|
|
|
1.
PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN
|
- Menyelia dan mengemaskini rekod-rekod jawatan,
penyandang jawatan dan mengenalpasti kekosongan dan jawatan baru yang
perlu pengisian.
|
- Mengurus penempatan anggota kerja MARA.
|
- Menguruskan pengambilan anggota kerja baru atau
tambahan melalui iklan, makluman atau edaran dalaman.
|
- Menentukan ahli-ahli Panel Temuduga Perlantikan
Jawatan.
|
- Mengurus, mempertimbang dan meluluskan permohonan
penanggongan.
|
- Menyediakan senarai pengisian dan kekosongan jawatan
tiap-tiap bulan.
|
|
|
|
2.
PENGESAHAN, REKOD DAN PENCEN
|
|
Pengesahan
|
- Menerima perakuan daripada Pengawal Pusat.
|
- Menyediakan perakuan untuk Jawatankuasa Pengesahan.
|
- Menandatangani borang pengesahan dan mengemaskini
rekod anggota yang layak untuk pengesahan.
|
|
|
|
Rekod
|
- Menyediakan, menyemak, mengemaskini dan menyusun data
buku perkhidmatan dan surat pilihan sendiri.
|
- Mentadbir rekod cuti melalui penetapan dasar dan
peraturan, kelulusan cuti dan rekod cuti dan cuti rehat.
|
- Mentadbir urusan SOCSO.
|
|
|
|
Persaraan
|
- Mengurus persaraan anggota kerja MARA.
|
- Mengurus perletakkan anggota ke taraf berpencen.
|
- Mendapatkan dokumen perkhidmatan lepas serta
mendapatkan kelulusan JPA.
|
- Mengemaskini rekod dan data peribadi anggota yang
cukup tempoh bagi perletakkan dalam jawatan berpencen.
|
- Mengemaskini rekod dan data pesara dan keluarga.
|
|
|
|
|
|
3.
KEMUDAHAN
|
- Mengendalikan urusan yang berkaitan dengan kemudahan
pinjaman perumahan.
|
- Mengendalikan urusan yang berkaitan dengan kemudahan
pinjaman kenderaan.
|
- Mengendalikan urusan yang berkaitan dengan pinjaman
komputer.
|
|
|
|
|
|
4.
KHIDMAT PENGURUSAN
|
- Menguruskan hal-hal pentadbiran BSM.
|
- Penyediaan belanjawan dan pengawalan perbelanjaan.
|
- Menguruskan bayaran panel klinik bagi rawatan yang
dibuat ke atas anggota BSM.
|
- Menyediakan segala kemudahan peralatan, alatulis dan
kelengkapan pejabat bagi kegunaan anggota BSM.
|
- Mengawalselia pengeluaran rekod dan menyimpan
fail-fail perjawatan anggota MARA.
|
|
|
|
|
|
CAWANGAN
PENGURUSAN KOMPETENSI
|
|
|
|
1. PTK
DAN PEPERIKSAAN
|
- Menyedia, menggubal, menyemak dan menyelaras urusan
berkaitan peperiksaan jabatan.
|
- Menyedia jadual, tempat, pengawas-pengawas dan
lain-lain untuk kemudahan menduduki peperiksaan.
|
- Menyediakan senarai nama anggota yang menduduki
peperiksaan jabatan dan memaklumkan keputusan.
|
- Menyelaras aktiviti menyemak, menggubal, mencetak,
mengagih kertas-kertas soalan jabatan.
|
- Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Peperiksaan MARA
dan Jawatankuasa Penilaian Tahap Kecekapan.
|
- Berhubung dengan pihak yang menyediakan soalan dan
pemeriksaan kertas serta memastikan kertas peperiksaan jabatan yang
disediakan adalah mengikut silibus yang telah ditetapkan.
|
- Menyelaras urusan pembentukan silibus Penilaian Tahap
Kecekapan, penggubalan soalan dan latihan serta urusan-urusan yang
berkaitan.
|
|
|
|
2.
KAUNSELING
|
- Membuat tugasan dan kertas cadangan berkaitan dengan
perkhidmatan psikologi dan kaunseling di dalam perkhidmatan MARA.
|
- Memberi bantuan dengan mengadakan khidmat nasihat dan
latihan kepada anggota yang bermasalah dan berprestasi rendah.
|
- Mengadakan sesi kaunseling dan sesi pencegahan
melalui siri ceramah dari masa ke semasa.
|
- Memberi latihan kemahiran dan mengingkatkan keyakinan
diri serta mengurangkan ketegangan emosi anggota kerja MARA.
|
- Membantu klien dalam merancang arah kerjaya dan
pembentukan sikap positif terhadap kerjaya.
|
- Mengenalpasti permasalahan anggota kerja serta
memajukan kepada perkhidmatan pakar psikiatri / doktor agar rawatan
segera dapat diberikan.
|
- Memantau dan menyimpan rekod anggota kerja yang
bermasalah dan berprestasi rendah agar perkembangan mereka dapat
dinilai dari masa ke semasa.
|
- Memulihkan semula anggota kerja MARA yang bermasalah
dan yang telah dijatuhkan hukuman tatatertib.
|
|
|
|
3.
TATATERTIB DAN PENGISYTIHARAN HARTA
|
|
Tatatertib
|
- Menerima, menyemak dan mengkaji laporan tindakan
tatatertib daripada Ketua Jabatan / Pengawal Pusat untuk menentukan
mana-mana pelanggaran peraturan serta jenis-jenis tatatertib yang
boleh diambil.
|
- Menjalankan penyiasatan ke atas kes-kes yang diterima
laporan tindakan tatatertib untuk mendapatkan bukti sah untuk kertas
tuduhan.
|
- Mengemukakan kertas pertuduhan / kertas cadangan
tindakan tatatertib kepada Jawatankuasa Tindakan Tatatertib /
Jawatankuasa Perjawatan.
|
- Bertindak sebagai urusetia Jawatankuasa Tindakan
Tatatertib.
|
- Menerima keputusan Jawatankuasa Tindakan Tatatertib
dan menyediakan surat makluman kepada Pegawai / Kakitangan yang
terlibat.
|
- Menyampaikan keputusan Jawatankuasa Tindakan Tertib
kepada pihak-pihak berkenaan supaya mengambil tindakan seperti yang
diputuskan.
|
- Menerima dan meneliti rayuan dari yang tertuduh.
|
- Mengemukakan cadangan tindakan baru atau syor
mengekalkan tindakan yang telah diputuskan.
|
- Menyediakan kertas kerja untuk Majlis MARA
|
|
|
|
Pengisytiharan Harta
|
- Mengumpulkan data mengenai harta anggota.
|
- Menyediakan laporan surat harta yang telah diluluskan.
|
- Menyimpan rekod harta yang telah diluluskan.
|
|
|
|
|
|
3.
KEBAJIKAN
|
- Mentadbir Rancangan Rumah Kediaman MARA berhubung
dengan dasar dan pembahagian rumah MARA serta pembinaan rumah baru
|
- Mengendali urusan penyediaan kemudahan perubatan
kepada anggota kerja MARA dan memperakukan kelulusan untuk membuat
rawatan pakar,
|
- Mengendali urusan berkaitan dengan khairat kematian
dan Skim Kemalangan / Bencana untuk anggota kerja MARA.
|
- Menyedia dan mengemaskini maklumat dan data anggota
kerja berhubung rekod ahli keluarga, klinik panel dan lain-lain.
|
- Melaksanakan urusan pendaftaran ahli keluarga dan
pelantikan / penamatan klinik panel
|
- Mengendali urusan kebajikan pesara MARA (Perubatan
dan Khairat)
|
|
|
|
|
|
CAWANGAN
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
|
|
|
|
1.
PRESTASI DAN KENAIKAN PANGKAT
|
|
Prestasi
|
- Menentukan pegawai-pegawai penilai membuat laporan
penilaian prestasi pekerja bawahan mereka.
|
- Menyediakan senarai nama anggota kerja MARA yang akan
dinilai mengikut pusat pentadbiran.
|
- Merekod penerimaan LPP, membuat susulan, menyemak,
mengkaji dan merumuskan setiap LPP yang diterima.
|
- Membuat perakuan kepada Jawatankuasa LPP, mengambil
tindakan ke atas keputusan Jawatankuasa dan mengemaskini senarai nama
dari LPP.
|
|
|
|
Kenaikan Pangkat
|
- Menentukan dan memastikan kekosongan-kekosongan
jawatan kenaikan pangkat semua peringkat dan mengemukakan cadangan /
perakuan untuk proses pengisian.
|
- Sentiasa mengemaskini nama dan biodata calon-calon
yang layak untuk dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat.
|
- Menentukan pegawai-pegawai penilai untuk membuat
laporan penilaian prestasi.
|
- Menerima, memproses dan membuat perakuan laporan
prestasi untuk menentukan jumlah markah dari laporan prestasi.
|
- Menentukan pelantikan Ahli Panel Temuduga dan
mengeluarkan surat perlantikan.
|
- Bertindak sebagai urusetia kepada Panel Temuduga
Kanaikan Pangkat.
|
- Meneliti, menyemak dan menyediakan minit Temuduga
Kenaikan Pangkat.
|
- Menyedia dan membentangkan kertas kerja / perakuan
keputusan untuk kelulusan Jawatankuasa Perjawatan.
|
- Menerima dan mengemukakan / mengeluarkan keputusan
Mesyuarat Jawatankuasa Perjawatan.
|
|
|
|
2.
KERJAYA DAN PENGGANTIAN
|
- Memantau keperluan pembangunan sumber manusia
berkaitan bidang baru bagi menentukan kemahiran yang diperlukan.
|
- Membangun dan menyediakan pelan pembangunan kerjaya
dan laluan kerjaya (career path).
|
- Mengenalpasti jawatan-jawatan penting dan kritikal
untuk penyediaan pelan penggantian yang efektif.
|
- Menyedia dan menguruskan keperluan penggantian bagi
memastikan kesinambungan aktiviti dan perancangan urusan.
|
- Mengemukakan nama-nama calon yang telah layak untuk
urusan kenaikan pangkat dan penempatan semula.
|
- Mencadangkan program-program pembangunan kepada
calon-calon yang berada dalam jadual pelan penggantian.
|
|
|
|
3.
LATIHAN PEMBANGUNAN
|
- Mengenalpasti keperluan latihan dan perancangan
anggaran belanjawan latihan dan perancangan anggaran belanjawan
latihan dan kursus yang akan dijalankan bagi jangka pendek dan jangka
panjang.
|
- Menyediakan perancangan program latihan untuk
pembangunan kemahiran anggota MARA.
|
- Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk
keseluruhan program latihan anggota kerja.
|
- Mengadakan hubungan rapat dengan institusi-institusi
latihan di dalam dan di luar negara untuk mendapatkan pelatih kepada
anggota kerja MARA.
|
- Mengenalpasti, menimbang dan membuat cadangan
kursus-kursus yang dapat meningkatkan prestasi kerja dan kemajuan.
|
- Menapis anggota kerja yang sesuai dipertimbangkan di
bawah program latihan.
|
|
|
|
|
|
CAWANGAN
ILHAM
|
|
|
|
1.
KHIDMAT PENGURUSAN
|
- Menyedia dan mengawasi belanjawan tahunan ILHAM.
|
- Menguruskan tempahan makan dan minum, penginapan dan
tempat latihan peserta kursus.
|
- Menguruskan stor / inventori peralatan, kelengkapan
dan alatulis untuk latihan.
|
- Menguruskan tuntutan-tuntutan perjalanan peserta
kursus, pembekalan makan dan minum, penginapan, penyewaan tempat
latihan, bayaran penceramah dan lain-lain tuntutan yang berkaitan.
|
- Menyediakan laporan kursus secara suku tahunan dan
tahunan.
|
- Menguruskan perkara-perkara berkaitan dengan
peruntukan belanjawan dan pemindahan peruntukan ILHAM.
|
- Mengurus permohonan penggunaan Pusat Latihan dari
pihak luar.
|
|
|
|
2.
PENCERAMAH DAN PENYELARAS
|
- Merancang dan menyediakan keperluan program yang
hendak dijalankan dan memastikan ianya sedia untuk digunakan dalam
latihan / program yang bakal dilaksanakan.
|
- Melaksana program dan mengawasi perjalanan program
latihan.
|
- Menguruskan urusan penyelarasan kursus / latihan yang
dijadualkan / akan dilaksanakan / yang dijalankan.
|
- Menentukan butir-butir mengenai peserta adalah tepat
dan terkini untuk penyediaan surat tawaran, tempahan penginapan,
tempat latihan, makan dan minum serta lain-lain keperluan yang
bersesuaian.
|
- Menjaga kebajikan penceramah yang dijemput dan
menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan.
|
- Menguruskan penyediaan bahan / alatan latihan.
|
- Menentukan penggunaan bilik kuliah / dewan /
peralatan dan kelengkapan asas disusunatur.
|
- Memastikan penilaian kursus dilaksanakan dan
menentukan kaedah penilaian yang sesuai.
|
|
|