::. Objektif    ::. Strategi   ::. Piagam Pelanggan   ::. Fungsi Bahagian     ::. Carta Organisasi Bahagian

 
Piagam Pelanggan

  1. Pengisian jawatan kosong (tetap) secara pengiklanan dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh iklan.
  1. Pembayaran gaji pertama dibayar dalam tempoh 2 bulan daripada tarikh melapor diri setelah dokumen lengkap disempurnakan.
  1.  Surat pengesahan dalam jawatan kepada anggota yang layak akan dikeluarkan dalam tempoh 1 bulan daripada tarikh kelulusan Jawatankuasa Kecil Pengesahan Jawatan.
  1. Setiap anggota baru yang dilantik ke jawatan tetap akan menghadiri Kursus Induksi dalam tempoh 1 tahun selepas tarikh lantikan.
  1. Setiap warga kerja MARA di semua peringkat diberi peluang berkursus sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun.
  1. Setiap permohonan kemudahan pembiayaan bagi warga kerja MARA yang lengkap dan memenuhi syarat akan diambil tindakan berdasarkan kriteria berikut:
          a.  Bagi Pembiayaan Rumah
               i.  Diluluskan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh permohonan diterima.
              ii.  Surat tawaran akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelulusan.
          b.  Bagi Pembiayaan Kenderaan
               i.  Kelulusan dan surat tawaran akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari dari tempoh 
                   permohonan diterima.
  1. Memastikan semua dokumen persaraan yang lengkap disempurnakan akan dimajukan ke bahagian pencen JPA dalam masa 6 bulan sebelum bersara.
  1. Menyediakan baucar bayaran bagi bil-bil tuntutan warga MARA dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan
  1. Memastikan keputusan peperiksaan jabatan dikeluarkan sekurang-kurangnya 3 bulan daripada tarikh peperiksaan
  1. Memastikan keputusan permohonan program Skim Pinjaman Pengajian Secara Sambilan dimaklumkan sekurang-kurangnya 14 hari daripada tarikh penerimaan dokumen lengkap