SOALAN LAZIM

 KEPERLUAN ASAS & PAKAIAN SERAGAM

1. Apakah keperluan asas yang perlu disediakan oleh pemohon yang berjaya ditawarkan ke MRSM?

  • Segala keperluan asas tinggal di asrama akan dimaklumkan melalui senarai yang dilampirkan bersama-sama surat tawaran kepada pemohon. Walau bagaimanapun kebanyakan keperluan tersebut boleh didapati di Koperasi MRSM.


2. Apakah pakaian pelajar MRSM ketika sesi akademik / hari persekolahan?

  • Pakaian Rasmi :

Lelaki : Baju kemeja lengan panjang berwarna ‘beige'. Seluar panjang warna coklat.

Perempuan : Baju kurung berwarna ‘beige', kain kurung warna coklat.
- Pakaian pilihan :

Lelaki : Baju Baju kemeja lengan panjang berwarna biru muda. Seluar panjang warna biru tua

Perempuan : Baju kurung berwarna biru muda, kain kurung warna biru tua.

3. Apakah jenis kasut rasmi bagi MRSM ?

  • Pelajar diwajibkan memakai kasut berwarna hitam (kulit,separuh kulit dan PVC).


4. Apakah warna baju Melayu rasmi MRSM?

  • Baju Melayu rasmi bagi MRSM berwarna putih. (Boleh didapati di Koperasi MRSM).