Sesungguhnya kami warga MARA akan sentiasa komited kepada pengeluaran berkualiti dan perkhidmatan yang berkesan. Kami juga berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan , menerusi program dan aktiviti berikut :
Berusaha untuk menambah bilangan gunatenaga Bumiputera yang terlatih dalam bidang profesional dan teknikal ke tahap 30% daripada keperluan negara
Semua permohonan pinjaman perniagaan dan pelajaran yang lengkap akan diputuskan dalam masa tidak lebih daripada 50 hari
Memastikan semua pelajar tajaan MARA di seberang laut akan menerima elaun bulanan sebelum tiba bulan berikutnya.
Setiap panggilan ke Ibu Pejabat MARA akan dilayan tidak lewat daripada 30 saat samada oleh Telefonis atau melalui mesin sistem kendalian panggilan.
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
Sebarang cadangan dan komen sila hantarkan kepada:webmaster@mara.gov.my