Pinjaman Pelajaran MARA Pinjaman Pelajaran MARA

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

 

MARA menyediakan kemudahan Pinjaman Pelajaran berbentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar Bumiputera yang melanjutkan pengajian bermula dari peringkat Persediaan Ijazah Pertama hingga ke peringkat Ijazah Tertinggi (PhD) di dalam dan luar negara, tertakluk kepada tawaran program yang diiklankan oleh MARA dari semasa ke semasa.

Program-program yang ditawarkan bagi tahun 2017 adalah seperti berikut:

1. Program Pelajar Cemerlang Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
     
  1.1 Ia meliputi Program Persediaan Ijazah Pertama di dalam dan luar negara, khusus kepada pelajar yang memperolehi 
    kecemerlangan di peringkat SPM. Pemilihan calon dibuat berdasarkan keputusan SPM yang cemerlang serta mengikuti modul penilaian pelajar dengan jayanya.
     
  1.2 Bidang-bidang keutamaan adalah Science, Technology, Religion, Engineering, Arts dan Mathematics (S.T.R.E.A.M)
     
  1.3 Tempat pengajian adalah berdasarkan jenis program persediaan seperti berikut:
   
Tempat Pengajian Program
Kolej MARA (KM) Seremban, KM Banting & MARA-KETENGAH International College (MKIC) International Baccalaureate (IB) & A-Level
Universiti Kuala Lumpur (UniKL)-Malaysia Institute of Aviation Technology (MIAT)
UniKL-Malaysian Spanish Institute (MSI)
UniKL-Malaysia France Institute (MFI)
UniKL-Malaysian Institute of Information Technology (MIIT)
German-Malaysia Institute (GMI)

(Program persediaan yang menggunakan bahasa pengantar selain Bahasa Inggeris) 
Pre-Russia

Pre-Spain

Pre-France

Pre-Korea

German A-Level Preparatory Programme (GAPP)

KM Kuala Nerang Foundation Sains
KM Kulim Pra-Universiti
     
  1.4 Pelajar-pelajar di bawah Program Pelajar Cemerlang Lepasan SPM yang telah menamatkan pengajian di peringkat 
    (IB/A-Level/Foundation) serta memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan, akan dihantar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama sama ada di dalam negara atau luar negara seperti berikut:
     
   
Program Luar Negara Program Dalam Negara
Memenuhi syarat kelayakan pengajian ke luar negara Memenuhi syarat kelayakan pengajian di dalam negara
Mendapat tawaran daripada Top 50 Universities di bawah QS World University Rankings by Faculty atau Times Higher Education (THE) World University Rankings by Subject. Pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) dan institusi pendidikan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pemilihan MARA.
Keutamaan kepada program pendedahan di luar negara secara jangka pendek melalui kaedah Mobility Programme atau Industry Internship atau program berkembar di institusi pendidikan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pemilihan MARA.  
     
  Permohonan untuk program ini adalah secara online yang akan dihebahkan melalui Portal Rasmi MARA (www.mara.gov.my) selepas keputusan SPM diumumkan.
     
2. Program Pinjaman Pelajaran (SPiP) 
     
  2.1 Program ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar selain Program Pelajar Cemerlang Lepasan SPM. Pertimbangan
    pinjaman pelajaran adalah kepada pelajar yang menyambung pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) sahaja, tertakluk kepada Sosio Economic Status (SES) keluarga seperti berikut:
     
   
Pendapatan Bulanan Keluarga Jenis Pinjaman
Kurang atau sama dengan RM8,000.00 Yuran Pengajian dan Elaun Sara Hidup (ESH)
RM8,001.00 hingga RM15,000.00 Yuran Pengajian sahaja
Lebih besar atau sama dengan RM15,000.01  Skim MARA-Bank / PTPTN
     
  2.2 IPMa yang terlibat adalah:
    a) Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
b) Universiti MARA (UniMARA)
c) Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM)
d)German-Malaysia Institute (GMI)
e)Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
     
  Syarat am bagi semua jenis program di bawah Pinjaman Pelajaran MARA adalah seperti berikut:
     
  1. Keutamaan pinjaman diberikan kepada pelajar dari keluarga golongan luar bandar/bandar yang berpendapatan rendah
    (B40 & M40).
  2. Pelajar dan salah seorang ibu atau bapa mesti berketurunan Melayu/Bumiputera dan warganegara Malaysia. 
  3. Ibu bapa atau penjaga serta pelajar tidak disenaraihitam oleh MARA.
  4. Pengajian sepenuh masa sahaja.
  5. Pelajar tidak menerima bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi/badan penaja lain untuk peringkat
    pengajian yang sama (double sponsor).
  6. Pinjaman tidak diberikan kepada pengajian di peringkat yang sama (contohnya telah ada ijazah pertama tetapi hendak 
    sambung ijazah pertama dalam bidang lain).
  7. Tidak pernah ditamatkan bantuan atau pinjaman oleh mana-mana agensi/badan penaja atas sebab tindakan disiplin
    yang menyalahi undang-undang negara dan tidak mempunyai rekod jenayah.
  8. Bebas daripada penyakit kronik/berjangkit/penyakit yang memerlukan rawatan susulan.
  9. Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada agensi/badan
    penaja lain (kecuali MARA) untuk pengajian sebelum ini (bagi yang berkaitan sahaja). 
  10. Had umur pemohon mengikut peringkat pengajian:
     
   
Program Pengajian Dalam Negara
(umur)
Luar Negara
(umur)
Persediaan/Foundation 
(untuk ke Ijazah Pertama)
<20 Tahun < 20 Tahun
Diploma / HND <35 Tahun Tidak ditawarkan
Ijazah Pertama <40 tahun < 30 tahun
Ijazah Sarjana / Profesional <45 Tahun Tidak ditawarkan
Kepakaran / Doktor Falsafah <45 Tahun Tidak ditawarkan