Frequently Asked Question Frequently Asked Question

Journal Content Journal Content

Cawangan Pembangunan Industri

 

1.     Apakah jenis pembiayaan perniagaan yang ditawarkan oleh Bahagian Infrastruktur MARA?

 

Antara pembiayaan perniagaan yang ditawarkan adalah seperti berikut :

 

                 i.    The Baron

-    Kemudahan pembiayaan bagi meningkatkan pemilikan ekuiti dari kalangan ahli korporat profesional melalui kaedah pembelian ekuiti sedia ada,  peningkatan modal berbayar syarikat, pengambilalihan dan penyatuan syarikat serta venture capital / pengkorporatan.

 

                ii.   PRiN (Program Rantaian Nilai Industri)

-    Diformulasikan bagi tujuan mengukuhkan penyertaan usahawan Bumiputera di sepanjang rantaian nilai industri khususnya di peringkat yang kurang atau belum dirintis.

 

              iii.    MISA (MARA Integrated Smart Auto)

-   Merupakan satu pakej bantuan transformasi usahawan automotif ke arah standard bengkel yang lebih kondusif dan kompetitif.

 

              iv.   GEB (Galakan Eksport Bumiputera)

-   Menyediakan kemudahan pakej bantuan bersepadu bagi meneroka pasaran baharu, pemadanan perniagaan dan peluasan pasaran, seterusnya boleh menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan eksport.

 

                v.   IBS-Hardware (Integrated Building System-Hardware)

-    Menyediakan kemudahan pembiayaan modal perintis bagi mewujudkan kedai hardware binaan mengikut konsep peniagaan yang dipersetujui.

 

              vi.    PUTRA

-   Menyediakan kemudahan pembiayaan mikro dalam semua sektor seperti peruncitan, pembuatan dan perkhidmatan.

 

             vii.     PUTEK

-    Menyediakan kemudahan pembiayaan dalam mewujudkan usahawan baru dalam bidang teknikal.

 

 

2.        Berapakah jumlah maksimum pembiayaan yang ditawarkan oleh BIK?

 

i.             Program The Baron/ PRiN/ MISA/ IBS-Hardware/ GEB

-      RM500,001 sehingga RM5,000,000.

 

ii.           Program PUTRA

-      Maksima RM10,000.

 

iii.          Program PUTEK

-      RM3,000 sehingga RM500,000.

 

 

3.        Berapa lama tempoh bayaran balik pembiayaan?

 

i.             Program The Baron/ PRiN/ MISA/ IBS-Hardware/ GEB

-      Maksima 10 tahun (120 bulan).

 

ii.           Program PUTRA

-      Maksima 3 tahun (36 bulan).

 

iii.          Program PUTEK

-      Maksima 5 tahun (60 bulan).

 

 

4.        Adakah saya perlu membayar yuran pemprosesan untuk memohon pembiayaan?

 

Ya, anda perlu membayar yuran pemprosesan setelah permohonan diluluskan seperti ketetapan berikut:

 

 

Bil

Program Pembiayaan

Yuran Pemprosesan

1

The Baron

-      RM1,000.00 dibayar kepada MARA, dan

-      0.3% dari jumlah pembiayaan dibayar kepada Pelaburan MARA Berhad

2

PRiN/MISA/GEB/IBS-Hardware

-      RM1,000.00 dibayar kepada MARA

3

PUTRA /PUTEK

-      tiada

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

5.     Adakah yuran pemprosesan ini ditolak dari pembiayaan yang diluluskan.

 

Tidak, yuran pemprosesan ini perlu dibayar terlebih dahulu sebelum dana pembiayaan disalurkan.

 

 

6.     Adakah pembiayaan perniagaan ini memerlukan cagaran. Sekiranya perlu, apakah jenis cagaran yang diperlukan bagi mendapatkan pembiayaan?

 

Ya, semua pembiayaan perniagaan memerlukan cagaran kecuali bagi Program PUTRA dan PUTEK. Jenis cagaran yang diterima adalah seperti berikut:

 

Bil

Jenis Cagaran / Jaminan

1

Tanah

Bebas dari sekatan

Milik sendiri/ pihak ketiga

2

Simpanan Tetap berkonsepkan Islam (Fixed Deposit)

Bernilai 10% daripada jumlah pembiayaan

3

Jaminan Orang Perseorangan

Bernilai 3% daripada jumlah pembiayaan

Kakitangan awam/ swasta

Tiada had bilangan penjamin

 

 

7.    Saya ingin tahu bagaimana MARA menyalurkan dana pembiayaan yang telah diluluskan kepada usahawan?

 

Dana pembiayaan akan disalurkan mengikut jenis kemudahan yang ditawarkan. Bagi pembiayaan modal kerja, ia akan disalurkan kepada akaun Syarikat atau Individu (bagi pembiayaan The Baron).

 

Bagi pembiayaan aset tetap dan ubahsuai kilang, pembiayaan ini akan disalurkan terus kepada akaun pembekal atau penjual.

 

 

8.     Adakah kadar keuntungan yang dikenakan oleh MARA kompetitif dengan kadar faedah pembiayaan konvensional yang ditawarkan oleh institusi kewangan lain?

 

Ya, kadar keuntungan yang dikenakan oleh MARA adalah kompetitif iaitu sekitar 2%-6% tertakluk kepada kategori industri.

  

 

 

Cawangan Pembangunan Infrastruktur

 

1.     Apakah prosidur permohonan penyewaan premis perniagaan MARA?

 

Pemohon perlu mengemukakan borang permohonan penyewaan premis perniagaan melalui Pejabat MARA Daerah/ Pejabat MARA Negeri yang terhampir dengan premis perniagaan yang berkenaan.

 

 

2.     Di manakah boleh saya dapatkan borang permohonan penyewaan premis perniagaan MARA?

 

Borang permohonan sewa boleh didapati di semua Pejabat MARA Daerah/ Pejabat MARA Negeri.

 

 

3.     Apakah syarat-syarat am penyewaan premis perniagaan MARA?

 

§  Pemohon warganegara Malaysia dan berstatus Bumiputera.

 

§  Berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh permohonan.

 

§  Syarikat telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) – Perkongsian / Sendirian Berhad / Berhad.

 

 

4.     Apakah jenis-jenis premis perniagaan yang disediakan oleh MARA?

 

Antara premis perniagaan yang disediakan oleh MARA di seluruh Malaysia termasuklah :

 

                  i.        Bazar

                ii.        Arked

               iii.        Lot Komersial

               iv.        Entrepreneur Park (Lot Industri)

                v.        Halal Park (Lot Industri)

 

 

5.     Berapakah kadar sewa yang dikenakan sebulan?

 

Untuk mengetahui kadar sewa yang dikenakan perlu rujuk Pejabat MARA Daerah/ Pejabat MARA Negeri yang terdekat dengan premis perniagaan tersebut.

 

6.     Berapa lamakah tempoh penyewaan yang ditawarkan oleh MARA?

 

Tempoh penyewaan asas adalah selama 3 tahun. Penyambungan tempoh penyewaan boleh dipertimbangkan tertakluk kepada prestasi bayaran sewa serta prestasi perniagaan yang dijalankan.

 

 

7.     Bagaimana caranya untuk saya mengetahui permohonan saya berjaya atau tidak?

 

Pemohon yang memehuhi kriteria akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga terlebih dahulu. Surat makluman keputusan permohonan akan dikemukakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh temuduga.