Bahagian Pembangunan Usahawan Bahagian Pembangunan Usahawan

Journal Content Journal Content

 

1
  • IKM Lumut memenangi Anugerah Industri Tenaga 2011 bagi Kategori Institusi Latihan Kompetitenan Elektrik. Majlis Penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Peter Chin Fah Kui, Menteri Tenaga,Teknologi Hijau dan Air pada 11 Oktober 2011 bertempat di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur.

2
  • Fakulti Senibina, KKTM Pasir Mas memenangi tempat pertama dan kedua bagi Kategori Underwater Enviroment Student Competition, PAM-CIS Student Award 2011 serta Participating School dalam PAM Annual Architecture Student Works Exhibition 2011 serta ketiga bagi Kategori Multimedia anjuran Persatuan Arkitek Malaysia(PAM) pada 3 hingga 9
    Oktober 2011 bertempat di One Utama, Damansara.

3
  • Fakulti Senibina, KKTM Pasir Mas memenangi tempat pertama dan tiga saguhati dalam Pertandingan Rekabentuk & Ide Senibina Masjid(PRISMA) bagi Kategori Rekabentuk Senibina Masjid, tempat kedua dan ketiga serta 2 saguhati bagi Kategori Multimedia anjuran Universiti Teknologi Malaysia pada 7 hingga 9 Oktober 2011 bertempat di Universiti
    Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim.

4
  • MARA raih tiga pingat menerusi penyertaan The iENA Nuremberg, Germany

    Projek Hanger Dryer oleh Encik Manap bin Ab Razak, IKM Johor Bahru telah berjaya memenangi pingat emas menerusi penyertaan The iENA Nuremberg-International Trade Fair Ideas, Invention, New Products 2011 yang berlangsung di Exhibition Centre Nuremberg, Messezentrun, Nuremberg, Germany pada 27 hingga 30 Oktober 2011. Manakala projek Smart Rub oleh Encik Nor Azmi bin Sumiran dan Encik Hamdan bin Ayoub dari IKM Johor Bahru, meraih pingat perak, serta projek Ground Plug oleh Encik Muhd Mulyadi bin Tauhid, IKM Sik, memperoleh pingat gangsa pada penyertaan yang sama.

5
  • IKM Tan Sri Yahaya Ahmad, Pekan, menerima Anugerah Emas sempena Konvensyen Persekitaran Berkualiti (5S) Kebangsaan 2011 daripada Perbadanan Produktiviti Negara yang berlangsung di Sunway Resort Hotel and Spa, Petaling Jaya pada 19 hingga 20 Oktober 2011.

1
  • Pusat Pembangunan Reka Bentuk (DDEC) memenangi tempat kedua dalam kategori Best Booth Design Award menerusi penyertaan Pameran Malaysian Food & International Beverage (MIFB) 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 13 hingga 15 Julai 2011.

2
  • MRSM Tun Ghafar Baba Raih 3 Emas Dalam Pertandingan Expo Sciences International (Esi) 2011
    18 - 24 Julai 2011
    Bratislava, Slovakia

    Maklumat lanjut >>

3
  • Khairul Anwar Araif Telah Menerima Anugerah 'Tes Aviation Group Prize For Best Bsc (Hons) Aircraft Maintenance Engineering Student 2010/2011' Dari University Of Glamorgan, United Kingdom.      
    15 Julai 2011

    Maklumat lanjut >>

4
5
  • Kejayaan Staf IKM Kota Kinabalu, Tengku Ahmad Sukri Bin Tengku Mansor Telah Memenangi Anugerah Inovasi dan Kreativiti Sempena Majlis Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri Sabah 2011 Pada 12 Julai 2011 Bertempat Di Magellan Sutera Harbour, Sabah.

    Maklumat lanjut >>

1
2