KENYATAAN TAWARAN

(Khas Untuk Bumiputera)

 

Tawaran adalah dipelawa kepada pemborong bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan agensi-agensi berikut:-

 

i.                    Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)

ii.                  Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM)

 

Bagi melaksanakan kerja-kerja berikut:-

 

CADANGAN PEMBESARAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) KOTA PUTRA BESUT TERENGGANU DARUL IMAN

 

NO. TAWARAN

KERJA-KERJA

PKK

LPIPM

HARGA DOKUMEN (RM)

KELAS

KEPALA

SUB KEPALA

GRED

KATEGORI

39/2002

Pemasangan Sistem Elektrik Dan Telefon

I

VII

1,2,3

G4

E 04

430.00

40/2002

Pemasangan Sistem Pencegahan Kebakaran

D

III

10

G2

M 02

260.00

41/2002

Pemasangan Sistem Penghawa Dingin

D

III

1(a)

G2

M 01

130.00

42/2002

Pemasangan Sistem Kelengkapan Dapur

D

III

7

G2

M 07

100.00

43/2002

Pemasangan Sistem 'LP Gas'

D

III

17(c)

-

-

120.00

44/2002

Pemasangan Sistem 'Fume Cupboard'

F

III

17(i)

-

-

120.00

 

Pemborong hendaklah mengemukakan sijil-sijil berikut yang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum dibenarkan mengambil dokumen:-

 

i.                    Sijil Pendaftaran Asal yang dikeluarkan oleh PKK

ii.                  Sijil Pendaftaran Asal yang dikeluarkan oleh LPIPM

 

Satu salinan Sijil-Sijil Pendaftaran di atas hendaklah dikemukakan untuk simpanan MARA semasa hendak mengambil dokumen. MARA berhak menolak permohonan yang pada tanggapan MARA tidak layak.

 

Bayaran Dokumen Tawaran boleh dibuat dengan Wang Tunai atau Perintah Kiriman Wang/Bank Draf/Perintah Kiriman Pos atas nama MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA). Wang ini tidak akan dikembalikan.

 

Dokumen tawaran dan keterangan lanjut boleh didapati pada waktu pejabat di alamat seperti di bawah mulai 10 April  2002 hingga 24 April 2002. Dokumen tawaran tidak akan dijual selepas tempoh ini.

 

Dokumen tawaran yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan kedalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan tawaran kerja yang berkenaan di sebelah kiri atas sampul surat dan dimasukkan ke dalam peti tawaran di:-

 

 

PENGARAH

BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA, BEKALAN & KONTRAK,

TINGKAT 10, BANGUNAN MARA,

21, JALAN RAJA LAUT,

50609 KUALA LUMPUR.

 

Pada atau sebelum 2  Mei 2002, jam 12.00 tengahari.