KENYATAAN TAWARAN NO. 45/2002
(KHAS UNTUK BUMIPUTERA)
Tawaran adalah dipelawa
kepada pemborong yang berpengalaman, berkelayakan, berdaftar dan bertaraf Bumiputera dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam
bidang 220206 bagi melaksanakan
kerja-kerja berikut:-
CADANGAN PERKHIDMATAN TEMPAT
LETAK KERETA MEDAN MARA
Dokumen tawaran dan
keterangan lanjut boleh didapati pada waktu pejabat di alamat seperti di bawah
mulai 10.4.2002 hingga 17.4.2002.
Dokumen tawaran tidak akan dijual selepas tempoh ini.
Pemborong hendaklah
mengemukakan sijil-sijil berikut beserta salinannya untuk semakan sebelum
dibenarkan mengambil dokumen:-
i)
Sijil ASAL pendaftaran yang dikeluarkan oleh
Kementerian Kewangan
ii)
Sijil ASAL pengiktirafan Bumiputera yang
dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan
Bayaran dokumen tawaran
boleh dibuat dengan TUNAI atau Wang Pos/Kiriman Wang/Deraf Bank atas nama Majlis Amanah Rakyat (MARA), berjumlah RM50.00 yang mana tidak akan dikembalikan.
Pemborong yang berminat diwajibkan menyertai lawatan ke tapak yang
akan di adakan pada 18.4.2002 jam 10.00
pagi dengan membawa bersama dokumen tawaran.
Dokumen tawaran yang telah
disempunakan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan
bertanda dengan tawaran kerja yang berkenaan di sebelah kiri atas sampul surat
dan dimasukkan ke dalam peti tawaran di:-
PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA, BEKALAN DAN KONTRAK MARA
TINGKAT 10, BANGUNAN MEDAN MARA
21, JALAN RAJA LAUT
50609 KUALA LUMPUR
pada atau sebelum 26.4.2002 jam 12.00 tengahari.