KENYATAAN TAWARAN NO.
46/2002
(Khas Untuk Bumiputera)
Tawaran adalah dipelawa
daripada pembekal berpengalaman dan berkelayakan yang berdaftar dan bertaraf Bumiputera dengan Kementerian Kewangan
Malaysia untuk melaksanakan kerja-kerja berikut:-
Cadangan Kerja-kerja Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Untuk Kolej Profesional MARA Melaka, Melaka
Bandaraya Bersejarah.
|
No. Tawaran |
Tajuk |
Alamat |
Bidang |
Tarikh Taklimat Tapak |
Tarikh Tutup |
|
46/2002 |
Cadangan Kerja-kerja
Perkhidmatan Kawalan Keselamatan |
Kolej Profesional MARA,
Melaka |
220303 |
2 Mei 2002 10.30 pagi di KPM Melaka |
10 Mei 2002 |
Dokumen tawaran dan
keterangan lanjut boleh diperolehi pada waktu pejabat di alamat seperti di
bawah mulai 18 April 2002 hingga 02 Mei
2002. Dokumen tawaran tidak akan
dijual selepas tempoh tersebut.
Dokumen tawaran dijual
dengan harga RM50.00 senaskah dan boleh dibayar secara Tunai atau Bank
Deraf/Kiriman Wang Pos atas nama Majlis
Amanah Rakyat (MARA). Wang ini tidak
akan dikembalikan.
Pembekal hendaklah
mengemukakan Sijil Asal Pendaftaran
dan Sijil Asal Pengiktirafan Bumiputera
yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia Malaysia dan masih sah
tempohnya untuk semakan beserta satu
salinan fotostat kedua-dua sijil untuk simpanan MARA sebelum dibenarkan
mengambil dokumen tawaran. MARA berhak menolak permohonan yang pada tanggapan
MARA tidak layak.
Dokumen tawaran yang telah
disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri serta
bertanda dengan tajuk dan nombor tawaran di sebelah kiri atas sampul surat dan
dimasukkan sendiri ke dalam Peti Tawaran
sepertimana alamat di bawah sebelum jam
12.00 tengah hari pada 10 Mei 2002.
PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA, BEKALAN DAN KONTRAK,
TINGKAT 10, BANGUNAN MARA,
21, JALAN RAJA LAUT,
50609 KUALA LUMPUR.
TEL: 03-26915111