KENYATAAN TAWARAN NO. 47/2002

(KHAS UNTUK BUMIPUTERA)

 

Tawaran adalah dipelawa kepada pemborong-pemborong Bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan agensi-agensi berikut:-

 

i.                    Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di dalam Kelas F atau EX di bawah Kepala II Sub-Kepala 2 (a)

ii.                  Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) di dalam Gred G2 dan Kategori B 04

 

Bagi melaksanakan kerja-kerja berikut:

 

TENDER SEMULA CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEBUAH RUMAH WARDEN ASRAMA DI MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) SERTING, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

 

Pemborong hendaklah mengemukakan sijil-sijil berikut yang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum dibenarkan mengambil dokumen:

 

i.                     Sijil Pendaftaran Asal yang dikeluarkan oleh PKK

ii.                  Surat Pengiktirafan Taraf Bumiputera Asal yang dikeluarkan oleh PKK

iii.                Sijil Pendaftaran Asal yang dikeluarkan oleh LPIPM

 

Satu salinan Sijil-Sijil Pendaftaran dan Surat Pengiktirafan di atas hendaklah dikemukakan untuk simpanan MARA semasa hendak mengambil dokumen. MARA berhak menolak permohonan yang pada tanggapan MARA tidak layak. Bayaran Dokumen Tawaran boleh dibuat dengan Tunai atau Perintah Kiriman Wang/Deraf Bank/Perintah Kiriman Pos sebanyak RM400.00 atas nama Majlis Amanah Rakyat (MARA). Wang ini tidak akan dikembalikan.

 

Dokumen tawaran dan keterangan lanjut boleh didapati pada waktu pejabat di alamat seperti di bawah mulai 18.4.2002 hingga 2.5.2002. Dokumen tawaran tidak akan dijual selepas tempoh ini. Pemborong yang berminat diwajibkan menyertai lawatan ke tapak dengan membawa bersama-sama dokumen tawaran pada 3.5.2002.

 

Dokumen tawaran yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan tawaran kerja yang berkenaan di sebelah kiri atas sampul dan dimasukkan ke dalam peti tawaran di:

 

PENGARAH

BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA, BEKALAN & KONTRAK

TINGKAT 10, BANGUNAN MARA

21, JALAN RAJA LAUT

50609 KUALA LUMPUR.

 

Pada atau sebelum 10.5.2002 jam 12.00 tengahari