KENYATAAN TAWARAN NO 48/2002

(Khas Untuk Bumiputera)

 

 

Tawaran adalah dipelawa daripada pembekal berpengalaman dan berkelayakan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

 

No. Tawaran

Tajuk

Bidang

Taklimat Tender

Tarik Tutup

 

 

48/2002

 

Membekal, menghantar, memasang, menguji, melatih dan mentauliah perkakasan dan perisian komputer tambahan bagi melaksanakan Program Tekno Usahawan Teknologi (KUT), MARA di Technovation Park, (UTM) Skudai, Johor.

 

 

210100

210101

210104

 

30 Mei 2002

di

Bilik Kuliah 1,

Tkt. 2, PUSAT LATIHAN,

Bangunan Lama MARA,

50609 Kuala Lumpur.

 

6 Jun 2002

 

Dokumen tawaran dan keterangan lanjut boleh diperolehi pada waktu pejabat di alamat seperti di bawah mulai 16 Mei 2002 hingga 29 Mei 2002. Dokumen tawaran tidak akan dijual selepas tempoh tersebut.

 

Bayaran dokumen tawaran boleh dibuat dengan TUNAI sebanyak RM50.00 atau Bank Draf atas nama Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang mana wang ini tidak akan dikembalikan.

 

Pembekal hendaklah mengemukakan Sijil Asal Pendaftaran Pembekal dan Sijil Asal Pengiktirafan Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan masih sah tempohnya untuk simpanan MARA sebelum dibenarkan mengambil dokumen tawaran. MARA berhak menolak permohonan yang pada tanggapan MARA ianya tidak layak.

 

Dokumen tawaran yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri serta bertanda dengan tajuk dan nombor tawaran di sebelah kiri atas sampul surat dan dimasukkan sendiri ke dalam Peti Tawaran sepertimana alamat di bawah sebelum jam 12.00 tengah hari pada 6 Jun 2002.

 

PENGARAH

BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA, BEKALAN & KONTRAK,

TINGKAT 10, BANGUNAN MARA,

21, JALAN RAJA LAUT,

50609 KUALA LUMPUR.

 

TEL: 03-26915111