Tawaran dipelawa kepada pemborong bumiputera yang berpengalaman,
berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di dalam bidang
dan kerja-kerja seperti di bawah untuk Kuarters Pegawai dan kakitangan di INSTITUT KEMAHIRAN MARA PULAU PINANG seperti berikut:
|
No.
Tawaran |
Kod
Bidang |
Tajuk
Kerja |
|
50/2002 |
020100/020101/020199 |
Cadangan Membekal, Menghantar, Menempat dan Menyusun Perabot
Untuk Kuarters Pegawai Dan Kakitangan Di Institut
Kemahiran MARA Pulau Pinang. |
Pemborong hendaklah mengemukakan sijil-sijil berikut yang masih sah
tempohnya untuk semakan sebelum dibenar mengambil dokumen:-
i)
Sijil Pendaftaran Asal yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan
Malaysia.
ii)
Sijil Pengiktirafan Bumiputera Asal yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan
Malaysia.
Satu salinan Sijil-Sijil Pendaftaran di atas hendaklah dikemukakan
untuk simpanan MARA semasa hendak mengambil dokumen. MARA berhak menolak
permohonan yang pada tanggapan MARA tidak layak.
Dokumen Tawaran dan keterangan lanjut boleh didapati pada waktu
pejabat di alamat seperti di bawah mulai 21/5/2002
hingga 4/6/2002. Dokumen tawaran
tidak akan di jual selepas tempoh ini.
i)
50/2002 - Bayaran Dokumen Tawaran boleh dibuat secara Tunai atau Bank Draf / Perintah
Kiriman Wang atas nama Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang mana wang ini
tidak akan dikembalikan.
Dokumen tawaran yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke
dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda nombor dan tajuk tawaran kerja
yang berkenaan di sebelah kiri atas sampul dan dipos atau dimasukkan ke dalam
peti tawaran di:
Pengarah
Bahagian Pengurusan
Harta, Bekalan Dan Kontrak MARA
Tingkat 10, Ibu
Pejabat MARA
21, Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur.
Pada atau sebelum 11/6/2002
jam 12.00 tengahari.