KENYATAAN TAWARAN
51/2002
(KHAS UNTUK BUMIPUTERA)
Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal yang berpengalaman,
berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan bertaraf
bumiputera bagi menyertai tender seperti di bawah:-
|
TAJUK
KERJA |
KOD
KEPALA |
TAKLIMAT
TENDER (DIMESTIKAN) |
|
Cadangan Kerja Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Untuk Bangunan
Medan MARA dan Bangunan Lama MARA Kuala Lumpur Bagi Tahun 2002/2003 |
220302 |
5 Jun 2002 (Jam 10.00 pagi) Di Tingkat 10, Bangunan
Medan MARA, 21, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur. |
Dokumen tawaran dan keterangan lanjut boleh diperolehi pada waktu
pejabat di alamat seperti di bawah mulai 22 Mei 2002 hingga 4 Jun 2002. Dokumen tawaran tidak akan dijual selepas tempoh
tersebut.
Bayaran dokumen tawaran boleh dibuat secara Tunai atau Bank Deraf / Kiriman Wang sebanyak RM50.00 atas nama MAJLIS
AMANAH RAKYAT (MARA), yang mana wang ini tidak akan dikembalikan. Syarikat
dikehendaki mengemukakan Salinan Asal
Sijil Pendaftaran yang masih sah
tempoh lakunya dan Sijil Pengiktirafan
Bumiputera dengan Kementerian
Kewangan Malaysia untuk semakan sebelum dibenarkan mengambil dokumen dan
satu salinan sijil untuk simpanan MARA. MARA berhak menolak permohonan yang
pada tanggapan MARA ianya tidak layak.
Dokumen tawaran yamg telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke
dalam sampul surat yang bermeteri serta bertanda dengan tajuk dan nombor
tawaran di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam
Peti Tawaran sepertimana alamat di bawah sebelum atau pada 12 Jun 2002 jam 12.00 tengahari.
Pengarah
Bahagian Pengurusan
Harta, Bekalan & Kontrak
Tingkat 10, Bangunan
Medan MARA
No. 21, Jalan Raja
Laut,
50609 Kuala Lumpur.